Selamat Datang ke Cakap Pomen Motor, jika anda ingin belajar baiki motosikal secara online inilah platform yang perlu sentiasa anda kunjungi. Saya Mad Malaysia sebagai author blog baikimotor.com, juga sebagai seorang mekanik motor, berkecimpung dalam bidang ini lebih 20 tahun. Saya menyediakan konten-konten tentang asas mekanik motosikal yang ingin anda pelajari untuk menjadi seorang mekanik atau sekadar hobi baiki motor di masa lapang.
baikimotor.com
Kursus baiki motosikal
Ya disini anda boleh belajar mekanik secara online tapi bagi adik-adik lepasan sekolah atau yang mempunyai banyak masa dan ingin bekerjaya sebagai mekanik motor sepenuh masa saya cadangkan dapatkan sijil dengan meyertai kursus-kursus mekanik bertauliah yang terbuka diluar sana.
Antara institusi automotif yang terbaik menyediakan kursus mekanik motor di Malaysia ialah seperti Giatmara atau mana-mana instutusi automotif swasta.
Repair motor sendiri dirumah
Anda sudah mempunyai kerjaya lain tetapi suka repair motor sendiri dirumah, ya kedatangan anda kesini adalah tepat sekali dan bersesuaian dengan anda. PIlih tajuk-tajuk yang mahu anda pelajari dibawah tentang belajar mekanik, tersedia dalam bentuk artikel penerangan dan juga video.
Selamat maju jaya!
Isu masalah motor rosak
Blog Cakap Pomen Motor adalah blog automotive yang khususnya kepada mengajar asas mekanik motor, disamping itu disini saya juga menyediakan konten-konten soal jawab tentang isu motor rosak. Ini adalah penting kepada pengguna motor biasa ketahui masalah-masalah ‘penyakit’ motor anda sendiri sebelum membuat keputusan untuk terus ke bengkel motor.
Aturan belajar mekanik motosial supaya cepat pandai
Sesiapa sahaja boleh belajar mekanik motosikal asalkan berminat. Seperti apa-apa perkerjaan sekalipun anda perlu belajar terlebih dahulu, perlu ada asas kemahiran sebelum memulakan kerja. Kita repair motor ya bukan merosakan lagi!
Aturan belajar mekanik motosikal adalah seperti dibawah:
2.Belajar kenal komponen motosikal
3.Belajar buka/tukar barangan luaran(senang) motosikal seperti (2) mentol, (13) cara tukar tayar, tukar spoket, brek, (3) tarik rantai sepertinya
4.Mula belajar bahagian enjin seperti (4) tukar minyak hitam, (5) tukar plug, (6) servis karburator
5.Famahi cara kerja enjin motosikal dengan membaca serba sedikit tentangnya, juga baca tentang elektrik motosikal
5.Famahi (7) cara kerja enjin motosikal dengan membaca serba sedikit tentangnya, juga baca tentang (8) elektrik motosikal
6.Boleh mula belajar (9) buka enjin pada bahagian clutch atau buka tukar coil starter
7. (10) Membuat top Overhaul enjin motor 2 lejang dan 4 lejang
8.Membuat Full (11) Overhaul enjin motosikal
9.Membuat wiring
10. (12)Rim balancing
11.Kursus tamat
*(baca juga topic berkaitan(link))
Keselamatan mekanik dalam kerja bengkel

Ya diatas adalah asas aturan belajar mekanik motor, tetapi yang paling mustahak sebelum memulakan kerja bengkel, silalah mematuhi langkah keselamatan anda sendiri dalam menggunakan alatan bengkel dan ‘bermain’ dengan enjin. Pkai kasut, seluar panjang, cermin mata(jika perlu), awas benda panas, tajam dan elektrik.
Keselamatan adalah tanggungjawab anda sendiri. Semoga maju jaya!
- April 20, 2023
- April 19, 2023
- April 18, 2023
- April 1, 2023
- Mac 25, 2023