Cara tukar minyak pelincir motor untuk bukan mekanik

Cara tukar minyak pelincir motor cub buatan Japan seperti Yamaha,Kawasaki,Honda,Suzuki

Takut tukar minyak pelincir(minyak hitam) motor sendiri? kerana apa harus ditakuti, kerana anda bukan seorang mekanik. ITU bukan alasan untuk menambah lagi Pengetahuan hidup. Cuma ikut saja cara tukar minyak pelincir motor yang saya tunjuk di bawah ini senang dan mudah untuk difahami

cara tukar minyak perlincir atau minyak hitam motor
Cara tukar minyak pelincir/hitam motor

Tempoh tukar minyak hitam

Sebelum tu sedikit penerangan bagi tentang waktu atau tempoh tukar minyak hitam motor, secara umumnya disyorkan tukar bila jarak perjalanan anda mencecah 1000km atau boleh lanjutkan lagi lama jika menggunakan minyak mahal. Adalah lebih baik awalkan waktu tukar seperti 500km supaya enjin lebih sihat tambahan kalau motor lama.

Bahan-bahan diperlukan untuk tukar minyak pelincir motor

Baik, kita lanjutkan sahaja tutorial menukar minyak pelincir. Sediakan bahannya

1.minyak pelincir motosikal
2.sepanar pembuka skru penutup
(Berbeza mengikut jenis motor)
3.bekas untuk takungan minyak

Tegakkan posisi motosikal anda
dengan guna tongkat tengah motor
Letak bekas takungan di bawah motor
Buka skru penyukat(tempat masuk minyak) dahulu supaya udara masuk bagi mudah minyak keluar

Seterusnya

cara tukar minyak hitam motor
Skru buang minyak

Perhatian! Arah buka skru minyak pelincir

Buka (arah lawan jam)skru(bawah) buang minyak pelincir

dengan sepana yang di sediakan
Biar selama beberapa minit sampai minyak keluar semuanya
Tendang penyetat kaki beberapa Kali untuk keluarkan baki minyak pelincir lama.

(Update 2018)saya mendapat aduan beberapa kes skru buang pelincir/skru bawah tak dapat buka dan ada pula jadi rosak atau lus kerana salah arah buka skru itu.
Disini saya terangkan lebih jelas sikit harap ambil perhatian ya kerana ini penting dan boleh melibatkan masalah besar.

Arah mana buka skru

Bila nak tukar minyak perlincir motor kita kena tahu macamna nak buka skru dia.

Arah buka skru bawah minyak pelincir bagi motor-motor Cub  (bawah 250cc) seperti Honda ex5,Yamaha Lc135,Suzuki Smash 110 atau Kawasaki KR 150 semuanya dibuka arah lawan jam.Jawabnya LAWAN JAM! Skru ini ikut arah normal(Japan) tapi oleh kerana KEDUDUKAN IA DIBAWAH kita berperasan ia mengikuti arah jam.Sebagai untuk pastikan ia benar sekarang anda bayangkan anda lihat dari bawah enjin..arah jam atau ikut jam??

Kalau sukar lagi untuk fahami itu ikuti tips ini saja semasa buang minyak hitam. (Kalau skru dibawah)

Posisi anda ketika menukar perlincir

  • Posisi anda ialah duduk di sebelah kiri motor (sebelah gear,rantai spoket)
  • Pegang sepana itu dan tolak ke arah ekzos
  • Atau kalau anda lebih selesa duduk disebelah ekzos; Tarik sepana ke arah anda untuk buang minyak.

Harap ini jelas bagi semua dan tak ada lagi ada yang keliru bagi hal ini.Ok lanjutkan tutorial kita…

Cara masuk minyak pelincir baru

Setelah selesai buang minyak yang lama bolehlah bersedia untuk masukkan minyak pelincir motor yang baru
Langkahnya



1.periksa “sealing washers” atau
Tukar yang baru jika rosak
2.setelah itu pasang(ikut jam)skru
buang minyak pelincir

skru minyak hitam
Ikat skru guna tangan terlebih dahulu
  • gunakan tangan terlebih dahulu
    Supaya kita dapat rasa skru
  • Masuk dengan betul tidak senget
    (Masuk dengan lurus)
  • rapatkan skru guna tangan
    Seboleh mungkin,
  • kemudian
    baru guna sepanar pengetat
    Skru

Semua teknik ini membantu elak dari masalah skru rosak(benang skru rosak)
*jangan ikat /ketatkan skru terlalu kuat

ukur minyak hitam motor dipstik
Panduan

3.tuang minyak pelincir mengikut kadar yang ditetapkan

-kurang 1 liter bagi kebanyakkan motosikal berkapasiti 250 kebawah
-tuang gunakan corong minyak

4.ketatkan atau tutup penutup atas (tempat tuang)minyak pelincir

5.hidupkan enjin 2 minit kemudian matikan enjin

-buka penutup untuk periksa keselarasan minyak
-jika kurang tambahkan lagi

6.anda sudah selesai tukar minyak pelincir motor anda dengan cara mudah ini


Video cara tukar minyak hitam motor Yamaha Lc 135

YouTube video

-selamat mencuba-
-semoga jumpa lagi dalam artikel akan datang,terima kasih->