mekanik motor kisah tauladan

mekanik kisah tauladan

Ingin aku ceritakan disini satu kisah untuk dijadikan tauladan kepada kamu yang ingin menceburi bidang mekanik ini
Seorang pemegang sijil institut kemahiran motosikal datang mohon kerja bengkel aku bekerja dahulu
Dengan adanya sijil ditangannya dia telah berjaya yakinkan majikan aku untuk mengambilnya bekerja walaupun menetapkan gaji permulaan yang tinggi
Dan bermulalah pekerjaanya sebagai mekanik motor pada esok hari
Dia begitu bersemangat memulakan hari pertama berkerja dan seterusnya tibalah bakal sentuhan pertamanya iaitu sebuah motosikal kriss 110 yang pancit tayarnya

Disebabkan dia orang baru ,aku tolong carikan sepanar untuknya kerana susun atur alatan kerja dalam bengkel ni berterabur
Dia ambil sepanar yang aku bagi terus buka tayar motor tadi sambil diperhatikan oleh majikan dan aku

Gunakan sepanar yang bagus untuk  membaiki

Aku yakin dia boleh buat kerana kelulusan yang dia miliki
Apapun 15 minit masa berlalu dia masih gagal tukar tiub motor tu
*info:mekanik yang mahir memerlukan masa 10-15 minit untuk menukar tiub motor
malah tayar pun belum tercabut dari motor
Majikan dah mula masam muka
disuruhnya aku selesaikan masalah yang kawan saya ni
Aku pergi  tengok masalah dia
rupa rupanya skru pembuka tayar motor tu rosak dan perlukan sedikit teknik untuk membukanya
Teknik ini lah yang tidak di ajar kepadanya semasa kursus di instutut tersebut
Kerana tidak ada teknik ini dia telah gagal buat kerja yang secara teori dia tahu membuatnya
Dan satu hari pertama dia penuh dengan kesulitan dan kegagalan
Bermula dari hari itulah dia mula belajar dan belajar berbagai teknik dan cara baiki motor yang benar
1 tahun berlalu dia sudah mahir baiki motor dan menjadi kebiasaan bagi mekanik mekanik yang mahir akan mencari peluang kerja yang baru untuk mendapat gaji yang lebih tinggi
Maka suatu hari kami membuat keputusan untuk sama sama cuba minta kerja dibengkel yang lebih besar lalu mendapatkan gaji yang lebih tinggi
Pergilah kami ke bengkel besar tersebut dan syarat untuk mendapatkan kerja dibengkel tersebut ialah mekanik bersijil sahaja diterima
dan aku telah gagal dalam permohonan
Kelebihan itu dimiliki oleh kawan aku dan dia diterima bekerja
Dengan ada pula pengalaman bekerja dia telah mendapat bayaran  yang tinggi dari bengkel tersebut..
Itu lah saja kisah seorang mekanik yang aku anggap berjaya
Dapat kita lihat disini dengan menguasai teori dan teknik membuatkan kita lebih berjaya dalam bidang kerja motor ini

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top: