Skru asal bermakna skru pemasangan dari kilang pengeluar motosikal bukan skru yang di tukar oleh pomen di bengkel motor ye geng
Dengan cara sempoi ni semoga dapat memberi manfaat untuk pemula dalam bidang pemotoran ini-maaf panggilan yang yang digunakan adalah bahasa pasar pomen Malaysia,haha
Seterusnya lanjutan kita kepada tajuk..
kenali empat jenis skru asal motor dan cara ikat nya
1. Skru jenis bunga paling banyak digunakan pada motor terutama pada cover set,badan dan enjin
-Daya ikat tangannya adalah sederhana
Untuk buka/pasang skru ini gunakan pemutar skru jenis bunga
-ketahuilah skru pada badan dan enjin menggunakan ikat mesin dan daya ikat mesin juah lebih kuat dari tangan
![]() |
Skru bunga(Phillips) |
Skru kepala petak/bolt
2. Skru jenis kepala petak (bolt) adalah yang kedua banyak diguna pada motor cub,skru ini untuk bahagian yang rata dan luas
Juga diguna pada badan dan enjin motor
-daya ikat tangannya adalah sederhana
-untuk buka dan pasang skru ini harus guna spanar jenis soket
![]() |
Skru soket(socket) |
3.skru jenis leper kurang diguna pada motor hanya pada beberapa bahagian sahaja contohnya pada no plate motor
-daya ikat tangannya adalah ringan
-untuk buka dan pasang skru jenis ini guna pemutar skru jenis leper
![]() |
Skru leper(slot) |
4. Skru jenis Lkey biasa diguna pada alat motor yang jarang dibuka dan memerlukan daya ikat yang kuat contoh pada disc brake motor
-daya ikat tangannya adalah paling kuat
-untuk buka skru jenis ini gunakan Allen key
![]() |
Skru L key(hex socket) |
Ketahui juga daya ikat skru perlu disesuaikan pada material yang digunakan sama ada pada plastik atau besi
-semoga jumpa lagi dalam artikel akan datang,terima kasih-