![]() |
Keperluan asas bukak bengkel motor simple |
Alahamdulillah jika ada niat nak buka bengkel motor saya ucapkan tahniah kepada anda,mari kita sama-sama berjuang dalam bidang menyeronokan ini..amin..
Keperluan asas bukak bengkel motor simple
Bagi aku keperluan asas bukak bengkel motor simple saja,apa yang mustahak bekalan dalam diri seperti ilmu kemahiran,sedikit
pengalaman kerja,niat dan azam yang betul.
Tak ada perkara ni ada modal pun tak dapat nak mula buka bengkel
Oleh kerana sebab ini ada di antara pemula sanggup pergi kursus-kursus yang oleh pihak tertentu,pihak kerajaan misalnya
Supaya apa? Supaya tidak akan jadi projek terbengkalai..
Okay,jom kita jengok benda-benda asas yang disebut keperluan ini
Hanya ada 2 perkara saja yang utama
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Alatan yang perlu untuk membuka bengkel motor
Ini termasuk spanar-spanar mekanik ,mesin Grander,Drill,kompressor angin dan sebagainya. Tak perlu yang canggih-canggih(no cap ayam) asalkan cukup sudah..
![]() |
Grander |
Stok alat ganti permulaan
Alat ganti yang wajib ada buat permulaan dalam bengkel motor ialah tiub ,tayar,brake,mentol,minyak pelincir,minyak 2t ,rantai spoket,dan sedikit kabel minyak dan brake. Adakan alat-ganti ini mengikut mengikut jenis motosikal
![]() |
Spoket |
2 perkara ini saja yang penting untuk bermula sebenarnya
Tak perlu pening kepala nak penuhkan stok bengkel kerana stok tak pernah cukup dan Jika ada modal lebih ia adalah bonus untuk anda.