Piston dan ring mempunyai saiz dan ukuran mengikut silinderbiasanya bermula dari std meningkat naik ke 0.25,0.50,0.75 ke seterusnya..Apa fungsi piston,ring pada sebuah enjin motor
Piston, Ring – fungsi piston- fungsi ring- nama-nama ring
Belajar baiki motosikal– bab Piston dan ring bermula dengan piston atau dalam bahasa melayu adalah omboh_ialah kompenon enjin yang fungsi utamanya sebagai nadi penggerak sesebuah enjin motosikal. mengambil bahan api,memampatkan,meletupkan dan membuang sisa pembakaran di kebuk Pembakaran Dalam lalu Ia membawa daya tujuhan hasil dari letupan itu untuk menghasilkan kuasa enjin. Dan ia terdiri daripada kompenon penyokong iaitu ring(gegelang/cincin),pin,klip dan pin bearing,..
Lihat pula kenyataan dalam bahasa inggeris dari wikipedia;”
A piston is a component of reciprocating engines, reciprocating pumps, gas compressors and pneumatic cylinders, among other similar mechanisms. It is the moving component that is contained by acylinder and is made gas-tight by piston rings”.
Cara kerja piston/ring
Mengambil dan memampat campuran bahan api sebelum letupan berlaku dan selepas itu menolak sisa(gas)pembakaran melalui ekzos adalah peranannya.Ia berumah di dalam selinder/kedudukannya adalah di dalam cylinder(silinder/blok) dipegang oleh rod penyambung(connecting rod).
Piston dan perumahnya iaitu cylinder mempunyai sedikit ruang kelegaan diantaranya untuk mengelak dari berlaku enjin kejang kerana semasa enjin bekerja suhu panas cylinder meningkat,Ia akan mengurangkan gap diantara piston dan selinder.Ia berbeza semasa selinder berada dalam suhu sejuk.
Untuk menangani ketidaktentuan ini berlaku piston direka dan
diperbuat daripada material yang tegar suhu panas dan cepat sejuk seperti aluminium alloy.
Ring/gegelang
Ring piston bertindak meningkatkan memampatan (compression) di dalam selinder dengan cara menutup rongga diantara piston dan selinder
Selain itu ring piston berperanan menghalang minyak hitam(4 lejang) atau minyak 2t(2 lejang) masuk melepasi kepala silinder
Untuk omboh 2 lejang komersil mempunyai 2 gegelang dan enjin 4 lejang mempunyai 3 gegelang.
![]() |
Piston 2 stroke |
![]() |
Piston 4 stroke |
![]() |
Ring piston 4stroke |
Ring piston untuk 4 lejang
Untuk enjin 4 lejang ia mempunyai 3 ring piston dinamakan..
compression ring
Compression ring yang berada paling atas ke kepala piston selaku penyekat kebocoran mampatan dalam kebuk pembakaran
Ia biasanya berwarna cerah dan mempunyai tanda pengatas
Wiper ring
Ring kedua dari kepala piston dan fungsinya sebagai pengilap sisa minyak hitam/2t yang terlepas.
Gegelang omboh ini turut bersama menguatkan mampatan
Wiper ring biasanya bewarna gelap dan juga mempunyai tanda pengatas
Oil ring
Ini ialah ring piston terakhir dari kepala silinder dan tiada bagi motosikal 2 lejang.
Dan ia berperanan sebagai penapis minyak hitam daripada naik ke kebuk pembakaran
Tiada tanda pengatas,oil ring itu sendiri terdiri daripada 3 ring atau 3 dalam satu
Piston,ring mempunyai saiz dan ukuran mengikut silinder
biasanya bermula dari std meningkat naik ke 0.25,0.50,0.75 ke seterusnya
Diameter silinder disebut Bore mesti lebih besar dari saiz piston dan ring
Setiap ruang(gap) diantara piston dan ring pada silinder semasa pemasangan harus diminimumkan untuk mendapat hasil mampatan yang tinggi dan juga elak minyak naik ke plug
Jika cara pasang piston, ring dibuat dengan betul ia akan memberi lebih kuasa enjin pada kenderaan(motosikal) anda