Test spark plug |
Spark plug OK ataupun tak
Salam semua pengguna motor,
Postingan kali ini ialah mengenai cara uji spark plug(palam pencucuh) samada ok ataupun tak.Boleh pakai atau tidak,boleh guna atau tak boleh satu isu yang akan dikupas sebentar nanti
Jangka hayat plug agak lama kalau kita tahu,ia boleh mencapai sehingga bertahun lamanya bagi sebuah motosikal yang elok kondisinya.Bagi motosikal yang bermasalah pula hayat plug mungkin lebih singkat atau lebih parah hanya untuk beberapa ketika sahaja.Jangka hayat dimaksudkan disini ialah jangkamasa sehingga sampai ke satu tahap ia tidak lagi boleh digunakan atau kita panggil ‘rosak’
punca plug rosak
1.Setting karburator tak betul
2.Oil seal crankshaft bocor > untuk motosikal 2 lejang sahaja
3.kerosakan pada sistem nyalaan
4.jangka hayat tamat
Punca Plug rosak ialah disebabkan beberapa hal seperti kerosakan sistem nyalaan pada motosikal dan juga akibat kesan pembakaran.Pembakaran yang tidak sempurna akan merosakan plug,bermakna plug tidak boleh lagi digunakan
Plug rosak tidak lagi berupaya mengeluarkan api(nyalaan) yang cukup untuk pembakaran;(mengikut pemahaman mudah saya).
Malahan sesetengahnya langsung tidak mengeluarkan api dan menyebabkan enjin motosikal tak mahu hidup
Sesungguh cara ini agak rakus untuk dipratikkan tapi inilah teknik lihat api plug untuk kita pengguna motosikal boleh guna.Ia masih lagi dipakai bagi kebanyakan mekanik di bengkel motosikal,ternyata ia adalah satu teknik yang berkesan tambahan pula anda mempunyai pengalaman.OK,mari kita cek api plug motor kita..
Cara menguji api plug
Perkara pertama dilakukan anda perlu buka plug keluar kemudian
Sambung plug pada kepala plug dan shotkan pada body enjin atau body motor untuk melihat nyalaan plug.Warning!! Jangan pegang pada badan plug,pegang pada wayar coil yang mempunyai penebat untuk mengelak terkena renjatan elektrik.tendang penghidup enjin atau tekan penyetat enjin,dan dalam masa yang sama shotkan plug pada body
Plug yang ok akan mengeluarkan spark(bunga api) apabila di sotkan malahan apinya kelihatan agak jelas kebiruan.Bagi plug yang tak OK api plug kelihatan halus dan kadang-kala bewarna merah atau langsung tidak ada.
Spark plug boleh menyalurkan arus elektrik setinggi 12000-25000volts
Terkadang ia boleh mencapai setinggi 45000volts
Anda boleh tukar kepada plug baru jika plug bermasalah.Jika masih tidak mengeluarkan api ia bukan masalah pada plug tersebut,ia mungkin berpunca dari lain yakni pada sistem nyalaan.