motor mati secara tiba-tiba/mendadak di tengah jalan
apakah punca dan apa yang perlu dilakukan..
- Cek petrol
- Cek api
- Cek karburator
Cara mencari punca motor mati tiba-tiba
Buka penutup tangki minyak motosikal dan lihat aras minyak petrol anda benar-benar ada ataupun sudah kering.
Jangan terlalu pandukan pada meter motosikal kerana kemungkinan masalah meter rosak boleh berlaku tanpa kita sedari_meter rosak menunjukkan tanda aras yang salah.
Jika minyak masih ada atau kejadian ini berlaku setelah anda baru sahaja selesai isi minyak ada lebih baik anda cuba pastikan yang ia benar-benar petrol atau diesel. Anda boleh bau atau rasa guna jari.
bau petrol sedikit memeritkan hidung berbanding diesel dan apabila disentuh diesel dirasakan licin seperti air sabun.Petrol dirasakan sejuk pada kulit,tidak pada diesel.kesan atau tanda-tanda dari kesilapan ini ialah ekzos berasap banyak
Periksa spark plug
Periksa nyalaan motosikal pada spark plug dan lihat samada kondisi plug masih baik atau sudah rosak.Tanda-tanda plug rosak yang mudah untuk dilihat ialah mengenai rupa pada bahagian tengah elektrodnya .warna hitam memungkinkan kerosakan plug.
Jika anda tidak tahu cara test spark plug ada lebih baik terus tukar plug baru dan setelah itu cuba hidupkan enjin kembali.Itu jika anda mempunyai alatganti atau boleh minta orang belikan_Plug atau palam pencucuh adalah alatganti motosikal yang paling penting dan wajib ada yang spare bagi sesebuah motosikal
minyak tak buka ke?
Bagi sesetengah motor pada bahagian karburator ada alat yang dinamakan petcock minyak iaitu bahagian yang mana berfungsi sebagai buka dan tutup kemasukan minyak ke karburator.
Pastikan ia berada pada keadaan buka.Tutup bermakna minyak tidak dibekalkan dan enjin motosikal tidak boleh hidup tanpa minyak sebagai bahan api.
karburator tersumbat
Yang kedua apa patut anda lakukan ialah periksa petrol pada kaburator.Kemungkinan berlaku masalah karburator masuk air,kotor atau karburator tersumbat.
Fuis bateri putus
Sesetengah motosikal, menggunakan sistem DC-CDI yang mana bateri adalah sumber nyalaan enjin. Bermakna kalau bateri ‘mati’ motosikal pun akan mati.
Lihat pada panel meter yang kebiasaanya lampu indikator menyala sekarang sudah hilang dan horn,signal pun tidak ada, jika begitu cari fius bateri(berdekatan bateri) gantikan dengan yang spare jika fius putus.
*baca mengenai enjin tak mahu hidup
Kesimpulan
Tidak ada apa yang boleh dilakukan ditepi jalan melainkan anda mempunyai kelengkapan yang cukup dan sedikit teknik baiki motosikal untuk menyelesaikan masalah motosikal mati tiba-tiba ditepi jalan
Dengan itu pastikan kita menyediakan kelengkapan spanar dan alatganti untuk memudahkan disaat kejadian sebegini
Semoga berjaya!