Keseronokan Dan keselamatan menunggang motosikal

Terbitan semula:
Menunggang motosikal/motor memberi kepuasan dan keseronakan disamping kemudahan untuk kita bergerak.Dalam keseronakan yang diperolehi pastikan juga keselamatan diri diutamakan kerana kecelakaan boleh datang secara tiba-tiba.Tapi kita boleh mengelaknya dengan sedikit kesedaran dan pengetahuan pada diri sendiri.Dari segi pemakaian sehingga ke cara menunggang,semuanya perlu dititikberatkan.



Gambar motor dijalanraya



Pakai topi keledar


Topi keledar ialah peralatan yang serius.Kecederaan teruk pada kepala boleh mengakibatkan maut.
Sentiasa pakai topi keledar semasa menunggang.
Tali topi keledar harus diikat ketat dan pilihlah topi yang mempunyai kelulusan serperti SIRIM(Malaysia).
Untuk elak kecederaan pada muka atau mata akibat bendasing atau serangga,gunakan cermin pelindung muka(visor).

Pakai kasut


Pelindung pada bahagian kaki ialah kasut.Risiko kecederaan pada kaki jika terjatuh dari motosikal lebih rendah kepada pemakai kasut berbanding selipar.Tali kasut diikat dengan ketat supaya tidak tercabut.Kadang-kala kecederaan pada kaki penunggang motosikal boleh berlaku secara tetiba saat memberhentikan motosikal jika tidak memakai kasut.Melecur pada kulit kaki akibat terkena ekzos motosikal juga sering berlaku.Kaki adalah anggota badan yang paling berisiko mendapat kecederaan.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:


Pakai sarung tangan dan jaket kulit


Kepentingan ini sering diabaikan bagi kebanyakan penunggang motosikal.Ini bukan sesuatu yang meremehkan sebenarnya,ia adalah harus.

Had kemampuan penunggang


Menunggang motosikal dalam keadaan tenang dan waras.Jangan menunggang dalam tekanan,kerana ia adalah satu penyebab kemalangan sering terjadi.Elak dari pengaruh dadah dan alkohol.

Hati-hati jika baru belajar tunggang motosikal .Begitu juga jika tunggang motosikal baru.Cuba suai kenal motosikal terlebih dahulu dengan berhati-hati.Elak dari terus menunggang dalam kelajuan tinggi sebelum kita fahami kemampuan kita dengan motosikal baru.

Hal berlaku kemalangan motosikal
sering  terjadi kepada mereka yang baru menunggang motosikal yang berbeza pengendalian dan kuasa enjin.Contohnya seseorang penunggang yang biasa mengendalikan motosikal berkuasa 150cc bertukar kepada motosikal berkuasa tinggi seperti 600cc atau 1000cc.Kemalangan terjadi kerana mereka gagal mengawal berat dan kelajuan motosikal itu.mereka masih baru dan elok banyak latihan dan memahami motosikal baru mereka sehingga serasi sebelum memecut laju.


Gambar bawa motor besar Ducati Panigale 1299

 

Spesifikasi Ducati Panigale
Superbike 1299 Panigale
Model Tech SpecTechnical specification
POWER
150.8 kW (205 hp) @ 10.500 rpm
WEIGHT
166.5kg (367lb)Dry Weight
ENGINE
TYPE
Superquadro L-Twin, 4 Desmodromically actuated valves per cylinder, liquid cooled
DISPLACEMENT
1285cc
BORE X STROKE
116×60.8mm
COMPRESSION RATIO
12.6:1
POWER
150.8 kW (205 hp) @ 10.500 rpm
TORQUE
144,6 Nm (106.7 lb-ft) @ 8,750 rpm
Technical data referring to power and torque was measured on an engine test stand at Ducati.
FUEL INJECTION
Electronic fuel injection system. Twin injectors per cylinder. Full ride-by-wire elliptical throttle bodies.
EXHAUST
2-1-2 system with catalytic converter and 2 lambda probes. Twin stainless steel mufflers with alumimum end caps
 

Pastikan motosikal OK


Sebelum memulakan tunggangan cuba pastikan kondisi motosikal semuanya OK.Bagaimana cara pastikan motosikal OK?.Ya,yang utama perlu dilihat ialah pada bahagian

brek_boleh berhentikan motor dari kelajuan
tayar_tidak botak dan angin yang cukup
rantai_tidak kendur dan spoket tidak rosak(tajam)
skru_pada bahagian penting ini atau pada bahagian lain tidak longgar

Jika semuanya OK ia adalah selamat untuk digunakan.

  • Belajar tentang fungsi dan kompenon motosikal



perasaan teruja dan kegembiraan tidak bermakna jika kecelakaan menimpa.Mulakan tunggang motosikal dengan bismillah, tenang dan berhati-hati.Semoga kita semua selamat sampai pada tempat yang dituju..