Komponen dalaman karburator



Gambar Komponen dalaman karburator

Fungsi 6 komponen utama karburator

Karburator motor terdiri dari beberapa komponen dalaman  yang setiap satunya mempunyai fungsi tertentu.Disini di sebebut fungsi 6 kompenon utama karburator

  • Slide/throttle valve
  • Slide needle(jarum slide)
  • Float/pelampung
  • Float needle
  • Main jet
  • Pilot jet

Jarum atau slide needle

Slide bertindak membuka dan menutup laluan udara.ia berada di tengah-tengah laluan udara karburator.

Jarum slide berfungsi bersama-sama slide.pada jarum slide terdapat tap/takuk pelaras.tap ini berpengaruh terhadap kecepatan minyak masuk untuk dicampurkan bersama-sama udara.setiap tap jarum boleh dilaras mengikut keperluan

Gambar slide needle

Float needle

Float needle berada didalam takung karburator.Ia dipasang pada float akan bekerja bersama-sama mengawal kadar petrol dari tangki simpanan petrol motosikal masuk kedalam karburator.INI sebelum berlaku campuran udara.Setelah aras petrol tinggi ia akan menolak float keatas dan float needle akan mula menutup kemasukan petrol kedalam karburator

Main Jet

Gambar main jet

Main jet  adalah laluan utama petrol ke ruang campuran udara.Main jet mempunyai lubang kecil yang dikira dengan pelbagai saiz contohnya 100,105,110,115 dan seterusnya.Ia perlu ditukar jika kadar minyak tidak sepadan dengan udara masuk.

Pilot Jet

Gambar pilot jet

Pilot jet sikit berbeza dengan main jet kerana pilot jet hanya berfungsi penuh sekiranya enjin berada dalam keadaan melahu(tanpa pulas pendikit).Ia juga mempunyai berbagai saiz contohnya 22.5,25,27.5,30 dan seterusnya

Gambar komponen

Animasi cara kerja komponen dalam karburator seperti main jet, pilot jet

Gambar cara kerja dalam karburator

Sempat saya siapkan sebuah animasi gif cara kerja komponen dalaman karburator motorsikal supaya anda lebih jelas faham.

Dalam animasi dibawah saya cub gambarkan waktu mana main jet, pilot jet berkerja dari dalam karburator.

Animasi gif karburator motorsikal
  • Bintik merah adalah petrol
  • Bintik biru adalah udara

Lihat waktu idle(enjin hidup tanpa pulas minyak) bintik merah(petrol) keluar melalui liang pilot jet, kemudian bila di rev(pulas), fungsi pilot jet semakin berkurangan sehingga full throttle tugas memberi petrol untuk digaul dengan udara di ambil sepenuhnya oleh main jet. Lihat juga terdapat bintik merah melalui ringkasan gambaran float needle disitu saat full throttle. Ini kerana pada saat ini minyak sudah mula berkurangan dalam takung dan masukan petrol baru dari tangki minyak diperlukan. Lukisan animasi terbatas sepatutnya terdapat pelampung(float) adalah berhubung kait sama float needle. Harap faham..

Ok setelah faham anda boleh berbalik ke artikel cara setting angin karburator pula