Masalah piston motosikal jem bocor dan keluarganya
Assalamualaikum,
Alkisahnya,saya banyak terlihat kisah masalah piston motosikal bocor atau pecah dalam group geng motor Facebook.Sedih bila lihat kejadian semacam ini,jadi kita tulis sikitlah semoga manfaat..
Piston bocor,piston pecah,piston tembus,piston kejang,piston jem,semua ni keluarga dia..yang pasti motosikal tu mesti tak boleh hidup.Kalau boleh hidup pun..aku rasa baik jalan kaki lagi bagus..:)
Apa penyebab piston jem sebenarnya?
Mari kita selidiki kemungkinan penyebab perkara ini berlaku
2t kering
Alamak! Lupa taruk 2t pulak..:p
Terkadang sifat pelupa akan membazirkan duit poket kita..
Sudahkah di periksa 2t nya..pump 2t atau angin 2t
Lama tak servis
Hmm..malas aku nak servis motor weh..
Barapa lama tak servis motosikal sedara sedari..cuba ingat balik
Modifikasi
Ini top 1 kepada masalah piston jem..problem cari sendiri..haha rasa lah..
Adakah anda ada buat pengubahsuaian/modified pada sistem pembakaran dalam atau nyalaan atau ekzos..
Kalau ada ini special link untuk anda >> cara setting kaburator motor
Cubalah kemungkinan boleh membantu..
Sekarang anda sudah tahu kemungkinan utama masalah piston ini jadi apa nak buat sekarang..
Cara selesaikan masalah
Dah siap tukar ganti piston yang baru,buatlah penyelarasan balik pada sistem keseluruhan supaya penyakit ni tidak berulang..
Saya rasa anda semua yang membaca artikel ini sedikit sebanyak ada skil baiki motosikal,jadi bolehlah mula godek motosikal tu..selaras apa yang patut.
Kepada yang belum tahu dan terkena masalah piston jem ini,beringat lah selalu..oh ya,jika anda nak cuba baiki motor sendiri boleh bertanya saya dan jangan lupa jengok-jengokkan blog ini selalu untuk tambah ilmu baiki motosikal.
Cukup setakat hari ini..assalamualaikum-