Cara setting skru clutch Honda ex5 rendah atau tinggi

Bagaimana cara anda setting skru clutch Honda ex5 clutch rendah atau tinggi?

Assalamualaikum,

Topik berbincangan hari ini mengenai cara setting skru clutch Honda ex5 untuk menyelesaikan masalah clutch yang tidak berfungsi dengan baik pada motosikal.

Masalah clutch rendah atau tinggi mempengaruhi kelancaran pertukaran gear.Clutch rendah menyebabkan rasa tersentak semasa pertukaran gear dan juga masalah gear tendang_gear tukar sendiri.

Motosikal yang mempunyai setting clutch tinggi  kadang kala timbul masalah gear susah nak masuk.

motosikal susah nak start(hidup) terasa seperti penyetart(penendang) kosong atau selalu kita sebut lus adalah kerana klac tinggi.Masalah diatas boleh diatasi dengan membuat sedikit penyelarasan pada skru clutch.



Gambar cara setting skru clutch



langkah adjust skru klac


Untuk setting skru clutch anda perlu sediakan 2 jenis sepanar.1 sepanar pembuka nat dan satu pemutar skru untuk putarkan skru dalam.Langkah-langkahnya;

1-Longgarkan nat luar(nat kunci) mengikut lawan jam.
2-putarkan(pusing) skru dalam arah ikut jam dahulu 2 atau 3 pusingan.kemudian putarkan balik arah lawan jam sehingga putaran tersekat.Perhatian! harus dipastikan bukan tersekat kerana nat luar terketat sendiri.longgar nat luar sedikit lagi.Jika sudah pasti yang ia benar-benar tersekat barulah anda tentukan kemahuan anda ;

Rumusnya;

 Clutch rendah<–titik–>C.tinggi
                                                   Tersekat
           (Clutch standard)


Jika mahu kurangkan clutch putarkan skru clutch arah jam dan sebaliknya untuk tinggikan clutch.


YouTube video
Main video

Mungkin kurang jelas penerangan saya ini,oleh itu boleh lanjutkan tonton video di atas;

Apa yang saya ketahui semua jenis   motosikal komersil pasti ada skru penyelaras clutch ini cuma yang menjadi perbezaan saiz nat dan skru.Cara Setting Skru Clutch Honda Ex5 ini juga boleh dijadikan panduan untuk motosikal lain seperti Yamaha,Suzuki,Kawasaki,Modenas dan lain-lain.