Cara tukar tiub tayar motor pancit bocor

YouTube video

Tonton video jika ralat : https://youtu.be/wpnL25MVT38

Mempelajari cara tukar tiub tayar motor pancit/bocor

Tayar bocor atau tayar pancit adalah masalah yang tak dapat dielakkan oleh pengguna motor.Bagi mekanik membaiki motor tayar pancit sudah menjadi rutin harian dibengkel.Kerana itu mekanik wajib mahir bab tayar motor.Tukar tayar,tukar tiub mesti dibuat dengan baik dan cepat tanpa sebarang masalah.mekanik motor boleh buka pasang tayar mengambil masa kurang dari 5 minit.

#Catatan ini untuk pelajar mekanik jika anda pengguna biasa baca catatan tayar selalu pancit

Tentunya ada teknik yang membuatkan proses tukar tiub tayar pancit secepat itu tanpa sebarang masalah.Tak kena cara tiub baru pasang boleh pancit balik atau pecah,tayar tak naik dan bermacam lagi masalah.maka bab sulung belajar baiki motor saya rasa eloklah kita  mulakan dengan mempelajari cara-cara tukar tiub tayar motosikal agar selari dengan  kerja rutin mekanik motor

Sepana untuk buka tayar

Hati-hati apabila memasang tayar kerana seperti dilihat dibawah, sepana buka tayar ni direka bentuk untuk dua kegunaan
1. membuka tayar
2. memasang tayar
Gunakan yang hujung melengkung saat mencungkil tayar dari rim dan yang hujung rata tu kita guna saat memasang. Kerana kalau guna hujung melengkung saat memasang boleh terkena tiub dan bocor.
Image cungkil tayar motor

Dapatkan spanar tayar set disini

Periksa punca tayar pancit

Seperti didalam video, boleh nampak saya periksa tayar untuk mencari punca tayar tu pancit/bocor. hati-hati jangan luka tangan.

  • Periksa tayar jika ada paku,dawai
  • Cari punca tayar pancit/bocor

Sudah jumpa sila cabut dengan menggunakan playa contohnya..

Aturan memasang tiub tayar

Ringkasan ketika memasang tiub tayar motor pancit:

  • Sebaiknya guna pengcungkil

hujung leper saat memasang tayar

  • Masukan sedikit angin kedalam

tiub

  • Sapukan sedikit minyak pada

bucu/bibir tayar

  • Masukkan tiub (yang sudah diisi

angin)kedalam tayar > ikat nat
tiub 1atau 2 pusingan(supaya
tak tercabut sudah) > mula
cungkil masuk tayar > Pam angin

  • Setelah siap pastikan urat/line sisi tayar sama aras. Jika tidak sama motor akan terasa melompat-lompat saat menunggang
  • -siap-
  Bersambung ke bab seterusnya