![]() |
Karburator motor |
Fungsi karburator serta kegunaannya pada motor
Karburator(carburator) ialah satu alatan enjin yang berfungsi sebagai kilang memproses petrol sama udara kepada nisbah tertentu untuk dijadikan bahan bahan bakar untuk menjana kuasa sesebuah enjin petrol samada motorsikal, kereta dan sepertinya.
Karburator berfungsi secara manual iaitu akan bertindak-balas mengikut pergerakkan pergelangan tangan anda memulas throttle(pendikit)- kaki bagi kereta. Kerjanya bermula sebaik sahaja enjin diputarkan(start), karburator yang menyimpan sejumlah minyak akan menghantarnya bersama-sama udara masuk ke ruang pembakaran dalam enjin dan ini membuatkan enjin mula hidup.
Ketika enjin sudah dihidupkan dan anda membiarkan throttle iaitu tanpa pulas minyak- keadaan ini disebut idle atau melahu. Semasa ini karburator adalah sedang berfungsi tetapi menghantar campuran petrol sama udara dalam jumlah yang sedikit. Suapan bahan api itu mula dipertingkatkan sebaik sahaja anda mula pulas throttle, juga bermakna lebih banyak udara dan petrol masuk akan membuatkan enjin menghasilkan lebih kuasa.
Fungsi komponen luaran karburator motor seperti skru angin dan skru timing
Khasnya disini saya ceritakan asas karburator bagi motorsikal- Pada karburator motor biasanya akan terdapat beberapa komponen utama dan penting seperti 2 skru pelaras untuk tujuan penyelarasan minyak dan udara.
Komponennya yang pertama berfungsi untuk kunci timing dan dikenali sebagai skru timing. Ia boleh dilaras bertujuan supaya enjin tidak mati saat enjin sedang idle- Anda boleh laras mengunakan skru driver untuk menetapkan timing tinggi atau rendah. Suara enjin tinggi disebut timing tinggi.
Yang kedua adalah skru angin dan kebanyakkan berada paling tepi pada mana-mana karburator motor.
Fungsi skru timing karburator
Kegunaan Skru timing karburator ialah untuk meninggikan timing atau merendahkanya dan ia boleh dilaras sendiri oleh pemilik motor itu, akan tetapi skru angin disebelah tepi pada karburator motor itu tidak dianjurkan disentuh jika anda tiada kemahiran, kerana sedikit kesilapan akan mengganggu kesehatan perjalanan enjin, juga boleh menyebabkan kerosakan enjin.
Jika ingin belajar melarasnya boleh baca sini Cara Setting Karburator Motor.
Skru angin
Supaya tiada kesalahan berlaku, sini boleh pastikan yang mana satu skru angin dan yang timing. Seperti gambar di atas lokasi skru timing pada kebanyakan karburator motosikal adalah di tengah-tengah tiang atas karburator (tiang valve).Skru angin bergantung pada jenis karburator itu sendiri.kebanyakan skru angin adalah bersebelahan skru timing.
![]() |
Skru timing |
Kegunaan choke karburator
Biasa kita lihat pada bar handle sebelah kiri bawah terdapat satu tuas ia adalah choke karburator. Tuas choke terus ke karburator menggunakan kabel sebagai alat perantaraan.Choke di gunakan selalu pada sebelah pagi saat untuk menghidupkan enjin yang tak nak hidup kerana sejuk.Sesetengah motor menempatkan choke pada karburator seperti motor rxz,RX’s,panther atau ts 125.
Cara menggunakan choke(pencengkik) sebetulnya
ialah tanpa memulas pendikit. Tarik choke dan terus hidupkan enjin tanpa perlu memulas pendikit. Kesilapan menggunakan choke menambahkan lagi masalah untuk menghidupkan motor.
Ciri karburator tidak berfungsi
Karburator yang tidak berfungsi ialah karburator yang mempunyai masalah pada komponen dalaman.Kesan kerosakan mungkin timbul setelah lama digunakan menjadikan karburator tidak berfungsi dengan baik.lalu timbulah masalah seperti motor semput ,motor tak boleh start dan sebagainya.
Habuk,bendasing atau air juga menjadi punca karburator bermasalah.Adakah cara mengatasinya?
Cara rawat karburator bermasalah
Ada! Cara merawat karburator ialah dengan membuat servis iaitu mencuci bersih barang dalam karburator seperti mainjet, pilotjet dan komponen dalaman yang tersumbat akibat kotoran disebut.Selanjutnya melaras semula karburator untuk menemui ketepatan campuran bahan api yang paling optimum.
Ciri-ciri karburator yang baik
- Membekalkan campuran bahan api yang sempurna kepada enjin
- Mempunyai choke(pencekik) – sistem ini memberikan penjimatan penggunaan petrol
- Memberi respon yang pantas apabila pendikit(throtle) dibuka dan ditutup
- Diperbuat dari bahan berkualiti,tahan bocor dan reputan
- Senang servis
- Harga murah
Powerjet vs Tradisional
Perbezaan utama antara karburetor PowerJet dan karburetor tradisional adalah bahawa karburetor PowerJet mempunyai litar bahan api kedua yang diaktifkan di bawah keadaan beban tinggi atau berkelajuan tinggi. Litar bahan api sekunder ini menyuntik bahan api tambahan ke dalam venturi utama karburetor, memperkayakan campuran bahan api dan menyediakan enjin dengan jumlah kuasa yang lebih besar.
Beli Karburetor Powerjet Disini
Sebaliknya, karburetor tradisional hanya mempunyai litar bahan api tunggal dan tidak mempunyai sistem powerjet. Campuran udara udara dikawal semata-mata oleh saiz jet utama karburetor/main jet dan kedudukan injap pendikit(float).
Kelebihan karburetor PowerJet adalah bahawa ia dapat memberikan kuasa yang lebih besar kepada enjin di bawah keadaan beban tinggi atau berkelajuan tinggi, yang boleh berguna dalam perlumbaan atau aplikasi berprestasi tinggi. Walau bagaimanapun, karburetor PowerJet boleh menjadi lebih kompleks dan mahal daripada karbureta asal/ tradisional, dan memerlukan tahap kepakaran tertentu untuk menyesuaikan dan setingan dengan betul.
Sebaliknya, karburetor tradisional lebih mudah dan kurang mahal, menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan seharian. Walau bagaimanapun, mereka mungkin tidak memberikan banyak kuasa sebagai karburetor powerjet di bawah keadaan beban tinggi atau berkelajuan tinggi.
Kegunaan karburator pada motor
pada masa sekarang karburator masih kekal digunakan pada motosikal walaupun nampak penggunaan sistem injeksi sudah meluas.Ada kebaikan dan kekurangan penggunaan karburator berbanding injeksi.Betul injeksi lebih menjimatkan minyak bagaimana pula dari segi kerosakkan dan kos baiki? Apa pun untuk kita lebih baik mempelari lagi tentang karburator,fahami lebih mendalam lagi bagaimana karburator berfungsi kerana karburator motor masih lagi satu alat yang masih relevan untuk beberapa tahun mendatang..