Pengenalan enjin motosikal cara kerja,fungsi dan jenis-jenis enjin asas enjin
penulisan Pengenalan enjin motosikal ini bertujuan untuk memulai kerja baiki motor dan bukan untuk melahirkan jurutera enjin.Jadi kita akan mempelajari asas enjin sahaja tidak melibatkan dimensi atau isipadu enjin.Kerana yang mengajar ini hanya seorang mekanik bukan jurutera.Harap maklum :).
Bagaimana memulai belajar enjin?
Perkara pertama ialah kenal enjin.maksudnya kenal jenis-jenis enjin motosikal seperti enjin 2 lejang ataupun jenis 4 lejang.Apabila sudah kenal jenis enjin kenal pula nama-nama alatan/kompenon luaran enjin seperti
Enjin motosikal 4 lejang
Enjin motor 4 lejang ialah sejenis enjin yang kuat membawa muatan,mendaki,dan untuk perjalanan jarak jauh.Dikenali juga sebagai enjin mesra alam sebelum lahirnya enjin elektrik.Ia adalah satu kebaikan bagi enjin 4 lejang.
4 stroke engine memerlukan 4 putaran (lejang) lengkap untuk menghasilkan satu nilai kuasa.Kompenon utama enjin ini ialah camshaft dan injap-injapnya yang membuatkan ia berbeza dengan enjin 2 lejang.Ia juga tidak menggunakan pelincir tambahan 2T dan hanya pakai minyak hitam.
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Kelemahan enjin 4 lejang ialah kos penyelarasan yang tinggi kerana menggunakan banyak kompenon dalaman.Namun ia masih boleh ditutup dengan memiliki kelebihan jangka hayat kepenggunaan yang lama untuk menghadapi masalah kerosakan.
Cara kerja enjin 4 lejang
Injap (valve) dan aturan lejang
Injap ialah alat yang berfungsi untuk membuka dan menutup saluran.Seperti saluran minyak masuk dan saluran ekzos dan ia dikenali sebagai Injap Masuk dan Injap Keluar.
Injap-injap enjin 4 lejang berbeza kerja mengikut lejang masing-masing.Contohnya pada lejang mampatan kedua-dua injap tertutup bagi membenarkan campuran bahan bakar termampat.Selepas lejang kuasa barulah injap ekzos terbuka,pada saat ini ia dipanggil lejang buangan
1.Lejang ambilan(masuk)Injap masuk terbuka
2.Lejang mampatanKedua-dua injap tertutup
3.Lejang kuasaInjap tertutup
4.Lejang buangan (ekzos)Injap ekzos terbuka
Kompenon enjin
 |
Enjin 2 lejang |
Kompenon luaran enjin ialah kompenon yang boleh dilihat tanpa perlu membuka mana-mana skru enjin.Setelah mengenal kompenon luaran enjin kenal pula kompenon dalaman enjin seperti
Komponen dalaman enjin
Kompenon dalaman enjin ialah alat yang berada didalam enjin.Untuk melihatnya perlu dibuka beberapa skru atau kompenon lain. Video animasi enjin 4-lejang
Jenis-jenis enjin
Enjin Satu cylinder
Enjin satu cylinder ialah enjin ringkas bagi sesebuah motosikal.
Hanya menggunakan satu piston dan satu rod penyambung
Ia senang diselenggarakan dan mesra mekanik.
Pengeluar motosikal juga amat meminati enjin jenis satu selinder kerana kos pembinaanya menjimatkan.
Hampir semua motosikal komersial berkapasiti rendah dipasang dengan enjin jenis ini .motosikal seperti Honda c70,ex5 amat terkenal dengan rekaan enjin satu selinder yang mengkagumkan
 |
Enjin 4 selinder sebaris |
Enjin sebaris/ in line
Enjin sebaris(in line) mempunyai piston yang berbilang tetapi kedudukan selinder-nya tetap sebaris.contohnya 4 selinder sebaris.enjin sebaris memerlukan ruang lebar ke sisi dan contohnya banyak terlihat pada motosikal berkuasa tinggi.
V -kembar / V-twin
Enjin v kembar (v-twin)ialah enjin berbentuk V.V bermakna 2 selinder,2 piston,2 karburator/enjeksi,2 rod penyambung dan hanya satu aci engkol.enjin yang memerlukan ruang agak besar tetapi tetap ramping seperti enjin satu selinder.enjin jenis ini begitu popular bagi pengeluar motosikal jenis Copper atau easy rider kerana memiliki suara sound yang unik dan tersendiri.
Kenal dan fahami fungsi tiap-tiap kompenon enjin maka bererti anda sudah bersedia untuk baiki masalah enjin motosikal rosak.Itu adalah tujuan utama kita disini iaitu belajar baiki motor dan ini ialah bab enjin motosikal .Tajuk hari ini Pengenalan enjin motor adalah permulaan belajar enjin.Tajuk lain pula akan disusuri selepas ini.InsyaAllah..