Setting motor ngam warna plug cantik

Bismillahirahmanirrahhimm..,

” Saya baru setting motor ni.. kalau kaler warna plug macamni main jet ngam tak..,mohon pencerahan otai2 disini”
Satu pertanyaan untuk mencari kepastian yang selalu saya lihat group mat-mat motor dalam fb..:)




Kepada yang belum paham soalan mungkin kurang jelas.. soalannya itu bermaksud adakah cukup sempurna campuran bahan bakar motosikalnya berpandukan warna spark plug tu..hmm gitu.. OK lanjutkan..


 
 
Images warna plug motor
 
 



mencari setting warna plug terbaik untuk motor

-masalahnya setting tak betul sempurna


Jika belum tahu,warna pada spark plug boleh dijadikan panduan tentang kesempurnaan penyelarasan sesebuah motosikal.




Kesan penyelarasan setting tak betul kepada  motosikal ialah membawa kepada pelbagai masalah,contohnya motor makan plug,motor minyak kuat,piston jem dan sebagainya..

Kesan kepada pemilik motor ialah habis duit poket..Oooo parok!..



Salah satu teknik setting motosikal paling mujarab ialah dengan melihat warna plug..

 

 


Teori asas warna spark plug


Hitam minyak–>minyak kuat
Putih–>minyak kurang




Yang dikatakan selaras adalah perantaraan diantara hitam dan putih..Oren dikatakan warna pilihan..




Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Cara mendapat setting Spark plug terbaik


Ya,warna kita dah tahu yang mana terbaik yang kita mahukan..persoalan yang utama bagaimana untuk mendapat setting warna spark plug yang kita mahukan..saya sendiri pun tengah study perkara ni..kalau tak dah lama dah saya jadi pomen motogp..haha..




Kepada mereka yang sedang cari setting mainjet/pilot maka bermakna anda sudah advanced dalam acara setting motor ni..jadi anda boleh Skip penulisan dibawah klik pada link >> Cara setting karburator <– ada sesuatu yang mungkin manfaat untuk anda..

Image motor 125z





Macamana setting motor nii?


Experiment: Plug b8es
Warna: Hitam menawan..
Klasifikasi: motosikal Yamaha 125z standard

Setting motosikal dari  mana kita nak mulakan..
Setting kaburator..ya, apa yang di adjust,apa yang perlu buat,saiz mainjet/pilot berapa perlu ditukar macamana pulak dengan tuning angin..? Hm..pening kepala kalau bab setting karburator ni..




Tak mengapa,mari kita usahakan supaya plug 125z yang hitam ini mendapat warna sempurna,bermakna langsung juga kita dapat selesaikan masalah motor kuat makan minyak..




Warning! Bukan kelajuan dicari disini..tapi lebih kepada penjimatan duit poket kita..isi minyak,beli plug, piston jem dan sebagainya..OK




Mula dari mana ya..

Ah,setting angin dulu..dah dapatkan rpm tertinggi tu,ngam la setting angin tu..


Lepas tu pegi test,test biasa-biasa je 2,3 round..tak payah superman der..


Sampai je kat parking terus matikan enjin..pastu buka plug tengok..panas? Hmm,panas sedap..haha


Tengok warna plug yang asalnya hitam tadi berubah jadi apa..


Hitam lagi..tapi tak menawan dah..

Nah,kalau begitu bermulalah tugas sedara untuk menggodek karburator pula..part yang cukup meletihkan..:(

Nanti dulu,jangan buka kab lagi cuba ejas jarum dulu tengok..

Tap jarum yang asal kat tengah-tengah tadi,alihkan letak satu takuk diatas..hah tuning angin balik dan test lagi sekali..

Dengar sound cantik je masa test tadi,harap-harap OK la nih..

Warna plug oren


Perh..! Dah nampak dah warna perang/oren nya..hah..selesai dah masalah cari warna spark plug yang diingini..tahniah ! Anda dah jimatkan 20% penggunaan harian minyak petrol anda..alhamdulillah..





Dah siap setting karburator tu bolehlah lanjutkan ke setting spoket(sprocket) pulak bagi ngam dan menawan..haha..setting tak pernah habis…




Setingan yang diatas adalah cara setting karburator paling mudah dan ia adalah
mujarab walaupun tak menjamin kelajuan.Anda boleh cuba dengan berhati-hati jangan sampai macam kata pepatah..jem setting..:p




Ingat jangan tergesa-gesa nak setting mainjet.buat semaksimum cara setingan yang saya kongsikan diatas dulu jika tak ngam baru  lanjutkan ke peringkat seterusnya..




Setakat ini saja untuk perkongsian tips dalam mencari setting warna plug terbaik untuk motor| motosikal pada hari ini..semoga jumpa lagi-salam-