Apa itu Aci engkol(crankshaft)
Ini la rupa bentuk aci engkol atau crankshaft.aci engkol terletak pada bahagian enjin tengah.Aci engkol ialah satu kompenon enjin antara yang paling berat.Ia terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu kanan dan kiri.Bahagian kanan untuk sambungan pada clutch dan kiri pula untuk magneto.Rod penyambung pula dipasang ditengah-tengah aci engkol.
Pada sambungan rod dengan aci engkol terdapat bearing dan pin.Salalunya masalah aci engkol rosak atau ‘jem’ adalah pada bahagian bearing ini.
Ciri-ciri aci engkol rosak ialah kedengaran enjin motor bunyi bising ‘knocking‘.Semakin teruk rosaknya semakin kuat enjin bunyi atau langsung jem (kejang).
* untuk menukar rod, enjin perlu dibuat overhaul
Apa Fungsi Aci engkol
fungsi aci engkol ialah untuk menghasilkan putaran enjin.Piston menghasilkan tenaga lalu menolak aci engkol untuk berputar lalu menghidupkan mekanisma enjin yang lain.
Rpm (Revolutions per minute) pula dikira pada putaran aci engkol.Semakin tinggi nilai pada meter rpm bermakna semakin banyak putaran enjin dihasilkan.
Aci engkol boleh diguna pakai sepanjang hayat motosikal hanya rod penyambung,bearing rod akan ditukar ganti.Ini kerana aci engkol diperbuat daripada besi padu,mungkin kesan yang kecil boleh berlaku pada aci engkol tetapi ia boleh diperbaiki.
Cakap pomen ; aci engkol tak berbunyi sebaliknya rod yang berbunyi”