![]() |
Aci sesendol |
Apa itu camshaft dan bagaimana ia berfungsi
Camshaft atau aci sesendol terletak pada bahagian depan enjin motor atau lebih tepat pada bahagian head cylinder bagi enjin 4 lejang sahaja.Rupa bentuk camshaft kelihatan mempunyai 2 bukit berlainan arah.Bukit atau bonjolan ini sebagai pemaksa injap.Itulah juga yang dikatakan fungsi camshaft,sebagai pemaksa injap.
Satu bahagian untuk injap masuk dan satu bahagian untuk injap keluar.Namun bilangan bonjolan camshaft ditambah apabila sesebuah enjin itu banyak banyak menggunakan injap.Contoh pada enjin 2 selinder sebaris atau 4 selinder sebaris yang menggunakan satu camshaft_SOHC.
Injap/valve
enjin ohc asas normalnya ia menggunakan 2 injap sahaja iaitu injap masuk(valve In) dan injap keluar(valve out).Injap masuk untuk kawalan masuk bahanapi dan injap keluar adalah untuk kawalan buangan sisa gas pembakaran (asap ekzos).
Injap adalah berbentuk bulat bertiang,ia bekerja secara turun naik,tutup buka.lazimnya setelah enjin lama beroperasi akan terjadinya kerosakan (injap bocor) berpunca dari hal-hal tertentu seperti plak karbon.Apabila hal ini terjadi maka injap itu perlu menjalani proses pembaikan yang dikenali sebagai valve grinding.
DOHC
Maksud Dohc ialah 2 camshaft pada bahagian atas cylinder head ‘double overhead cam’.Enjin satu selinder yang menggunakan 2 cam.Biasanya enjin jenis ini tidak menggunakan 2 injap sebaliknya menggunakan 4 injap.2 injap masuk dan 2 injap keluar.Kelebihan enjin Dohc ialah menghasilkan hantaran kuasa enjin lebih lancar ‘smooth’ berbanding enjin sohc.
![]() |
Dohc |
Cara kerja camshaft
Diulangi camshaft adalah pemaksa injap,namun ia tidak bekerja secara terus.Camshaft tidak bekerja jika tiada tepet (rocker arm) ataupun Sim.Sesetengah jenis enjin menggunakan tepet dan ada pula guna Sim.Tepet dan sim adalah alat sokongan bagi camshaft untuk menekan injap-injap pada head selinder itu.
![]() |
Rajah A |
bekerja secara putaran mengikut crankshaft. Koneksi antara 2 alat ini biasanya menggunakan 3 method berbeza terpulang kepada pilihan pengeluar mereka cipta enjin itu, iaitu dengan menggunakan timing chain, rod atau gear.
Pada rajah A di atas anda boleh lihat diagram camshaft bekerja untuk menekan injap masuk(intake valve) dan injap keluar(exhaust valve). Saat rocker arm menaik pada pada bonggol ekzos(exhaust lift) injap keluar mula dibuka.
Putaran(rotation) terus berlangsung sehingga puncak exhaust lift bererti injap ekzos dibuka sepenuhnya. Saat rocker arm menuruni bukit atau bonggol ekzos, injap ekzos mengikut dan mula menutup lubang injap di dalam cylinder head. Selepas itu rocker arm mula mengenai intake lift untuk membuka injap masuk pula(mengambil bahan api. Sama cara kerjanya pada exhaust lift tadi, selanjutnya selepas itu bahan api akan dinyalakan ketika rocker arm berada pada base circle camshaft. Untuk memahami ini anda perlu faham betul tentang aturan kerja enjin 4 lejang