Cara Spray motor sendiri guna spray tin

 



Kita telah melangkaui bab 2 belajar baikpulih motor iaitu Cara Servis Motor << kini bermula pula  Bab 3 | Spray motor sendiri

Spray motor adalah tajuk pilihan untuk hari ini.Kita mempelajari asas spray motor dan cara-cara spray melalui teknik spray tangan

Apa yang dimaksudkan dengan spray motor ini ialah mengecat motosikal.kita akan mempelajari cara-cara menukar cat lama pada motor  dan menggantikan dengan cat baru.Cat yang akan digunakan ialah cat jenis semburan_ Spray tin iaitu sejenis alat semburan berbentuk tin yang mengandungi cat telah diadun di dalamnya. sedikit berbeza dengan penggunaan spray gun.


Gambar cover set motor

Cara-cara spray coverset motor

Aset yang gunakan untuk proses spray kita ialah cover set motor.Proses pertamanya ialah membuang lapisan cat lama.Cara-caranya,kita perlu sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu seperti dibawah

  • Cover set motor
  • Spray tin
  • Kertas pasir
  • Air basuhan

Langkah pertamanya ialah Dengan menggunakan air basuhan iaitu air bersih,ambil kertas pasir bersaiz halus diantara 800-1500 yang telah disediakan tadi dengan perlahan gosok lapisan cat lama.Tidak perlu ditekan ketika menggosok.Ingat cat lapisan atas sahaja atau clear coat.Setelah itu biarkan beberapa ketika.Jika kerja anda berjaya hasilnya warna cover set tadi kelitan kelabu dan permukaannya rata dan licin.kalau ada tempat yang tidak digosok ulangi langkah tadi sehingga anda berpuas hati maka bolehlah basuh dengan air basuhan bersabun pula.Proses terakhir dalam perkara ini ialah basuh menggunakan air  bersih dan keringkan cover set motor tadi.Proses basuhan amat penting untuk mengelak ada bendasing pada permukaan coverset seperti habuk dan minyak.Minyak akan menimbulkan masalah cat tendang.

Bonus untuk anda tonton video pendek cara menghilangkan cat lama
YouTube video
*jika ralat sila tonton di https://youtu.be/u8RvLjrQ91w
Gambar spray motor

Lapisan cat (spray coating)

Mula spray permukaan cover set tadi dengan lapisan pertama iaitu undercoat.Undercoat ialah cat yang akan menutup warna cat lama.Ia juga mempengaruhi warna  cat utama dan juga menyerlahkan cat utama.Contoh warna cat utama kita ialah merah ada lebih baik guna warna putih sebagai undercoat.

Spray Lapisan cat kedua dengan warna utama pilihan anda.Untuk permulaan lapiskan cat dengan nipis rata pada seluruh permukaan cover set.Disini juga kita akan dapat melihat kalau berlaku sebarang kecacatan pada cat tadi.Pada saat ini kita bolehlah  perbaiki kembali jika terdapat masalah pada cat.Setelah 15 minit(bergantung jenis spray) Jika semuanya berjalan lancar maka lapiskan cat utama sekali lagi.Anda boleh spray beberapa lapisan cat utama yang ada mahu sehingga kelihatan cantik.

Lapisan ketiga ialah lapisan terakhir spray cover set motor ini.lapisan ini dikenali sebagai lapisan cat pengilat atau clear coat.Clear coat tidak berwarna,ia kelihatan sama seperti varnish kayu.Fungsi clear coat disamping mengilatkan cat utama ia juga akan  membuatkan cat utama lebih tahan.Anda boleh lapiskan clear coat beberapa lapis sama seperti cat utama langkahnya.

Setelah selesai keringkan cover set tadi ditempat bercahaya selama 8-10 jam untuk mendapat hasil spray yang baik.

Gambar hiasan spray tangan
Cuaca yang baik

Bab.4


Bagaimana cara spray motor?

Sekarang anda tahu bagaimana cara spray motor.Untuk mendapat hasil yang baik ada beberapa tips spray yang saya boleh kongsikan

1-Jarak spray yang ideal 30cm

2-Spray dengan melurus dari bawah keatas

3-Spray ditempat yang tidak berangin

4-Gunakan jenis spray yang berkualiti

5-cuaca

Sekian sahaja bab spray motor,tajuk yang lain akan muncul pada bab akan datang!insyallah..