Injap motor bocor

Gambar injap motor bocor

Masalah injap / valve bocor


Masalah injap/valve bocor akan membuatkan motor hilang kuasa atau langsung tak boleh hidup. Bocor disebabkan beberapa perkara.Punca injap motor bocor yang biasa berlaku ialah kerana kerana kebuk pembakaran dipenuhi plak atau karbon.

Plak yang menebal berdaki di permukaan piston dan juga pada ruang kebuk pembakaran dalam lama-kelamaan akan mula merebak ke rumah injap/valve seat.

Injap tidak tertutup rapat kerana plak karbon pada valve seat telah menghalang. Disinilah berlaku masalah bocor. Injap juga boleh rosak atau bengkok kerana plak karbon

Gambar valve bocor

Valve bengkok

Valve bengkok juga berlaku disebabkan plak yang menebal di atas kepala piston. Plak ini telah membukit menutupi lurah injap pada piston dan akhirnya perlanggaran berlaku membuatkan valve jadi bengkok.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Bagi enjin standard masalah ini berlaku mengambil masa agak lama untuk berlaku, tetapi boleh terjadi dengan mudah bagi enjin yang dimodifikasi atau oleh kesalahan pemasangan semasa proses baik pulih.

Tanda-tanda valve bengkok, enjin menjadi semput, senang mati, jika keadaan agak teruk enjin sudah pasti tidak dapat dihidupkan.

Valve putus

Jarang terjadi pada motosikal standard, kerap terjadi pada enjin dimodifikasi. Puncanya oleh kerana “berlaga” piston, timing chain putus atau valve terbakar oleh kesilapan setingan. Kesannya akan merosakkan seluruh komponen di dalam cylinder block dan head.

kesimpulan

Rata-rata injap bocor adalah berpunca dari minyak hitam,  yang tidak berkualiti cepat menghasilkan kerak karbon. Pemilik perlulah rajin melakukan servis motor mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh perngeluar.