Panduan asas jenis tayar motor cub, scooter, scrambler atau superbike yang boleh anda pakai
Tips pemilihan bunga tayar motor untuk lebih grip/cengkaman. Pelbagai jenis tayar motor yang memberikan grip pada permukaan jalan yang berbeza.
Contohnya jalan licin selepas hujan rekaan bunga tayar yang bagaimanakan memberi grip yang lebih,jikalau jalan berpasir,jalan kering macamana pula pilihan tayar yang terbaik untuk permukaan seperti itu
Disini ialah mengenai grip atau cengkaman yang diberikan dari sebiji tayar yang kita pakai pada motosikal. Jadi sebelum buat keputusan untuk membeli tayar secara online tu seperti dekat shoppe atau lazada, rileks dulu baca ni sekejap untuk faham
Kita tahu cuaca sentiasa tidak menentu kat negara kita ni.Musim hujan pun lama juga,2,3 bulan juga, jalan kat Malaysia kira antara yang terbaik juga didunia tapi kat kampung-kampung masih ada yang kurang, berlopak, berpasir dan sebagainya. Jadi jenis tayar yang bagaimana patut anda pilih untuk dipakai agar sesuai dengan motosikal anda.
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Jenama baru tayar tubeless <<– disini
Tayar michelin untuk motor berkuasa tinggi disini
Saiz tayar motor
Ok, pengetahuan cepat mengenai motor anda pakai saiz apa, macam mana nak tengok/tahu saiz tayar anda?
Contoh pada setiap tayar motor ada angka paling penting yang menunjukkan saiz tayar anda, disebelah tepi contoh 70/90-17:
70= lebar saiz tayar(tengok dari depan)
90= Tinggi tayar(tengok dari sisi)
17= saiz rim(tinggi)
Itulah saiz tayar anda yang disyorkan pengeluar, kalau nak pakai tayar lebar anda kena tukar contoh 80/90-17. Contoh lain anda pakai LC135 nak pakai tayar RXZ iaitu 80/90-18, oleh kerana Yamaha RXZ pakai rim 18 jadi anda kena tukar rim saiz 18 juga baru boleh padan. Begitulah kalau nak pakai tayar scooter sila tukar rim scooter :))
Jenis-jenis tayar untuk permukaan jalan yang berbeza sesuai dipakai pada superbike atau motor cub
Dibawah adalah jenis-jenis tayar yang perlu anda pilih berdasarkan kegunaan seharian anda di atas faktor permukaan jalan, tujuan perlumbaan atau pergi kerja balik kerja saja atau berdasarkan saiz motor superbike,scooter,scrambler atau motor cub
Tayar bunga TT jenis tayar yang dikenali mempunyai rekaan berketul-ketul seperti tayar offroad yang dipakai pada motor scrambler tapi bezanya bunga tayar ini nipis, masih berketul ketul tapi nipis.
Contoh tayar TT yang popular ialah seperti Dunlop TT 100. Kelebihan Tayar TT ianya sesuai pada apa-apa permukaan pada tahap sederhana, Jalan kering,jalanraya berpasir atau jalah basah. Tayar ini sesuai untuk motosikal bawah 150cc Harga tayar jenis ini pun tak mahal sekitar RM 40-60 sebiji.
 |
Bunga tayar TT 100 |
Tayar scooter

Tayar dual purpose ialah tayar 2 alam boleh digunakan pada jalanraya biasa dan juga jalan tanah. Tayar jenis bulat dan mempunyai rekaan lorekan tayar yang efektif pada permukaan yang disebut. Biasa digunakan pada motor dual purpose seperti KTM, ducati multistrada, BMW Gs dan sebagainya.
 |
Dual purpose |
Tayar scrambler/motocross
Tayar scrambler/motocross sesuai untuk kegunaannya bagi motor offroad, ya tayar untuk “main” atas tanah/pasir sahaja, tujuan trek, masuk hutan pergi kebun sepertinya.
Tayar racing slick/separuh untuk superbike
Tayar separuh slick bermakna tayar motor yang hanya mempunyai sedikit sahaja lorekan pada tayar. Tayar ini banyak digunakan pada motosikal berkuasa tinggi/superbike jenis sport seperti CBR 600, Yamaha r6, Suzuki Gsx 1000 dan sebagainya. Malahan tayar ini turut tersedia untuk saiz kecil dan sesuai untuk motosikal motosikal cub kecil.
Tayar ini mempunyai grip yang lebih baik didalam selekoh berbanding tayar jalanraya biasa. Ini adalah tayar dalam ketegori sport. Contoh tayar separuh slick yang terkenal ialah seperti seperti Dunlop sportmax, Pirelli supercorsa, Brigestone battlax dan sebagainya.
Tayar slick ialah tayar kelas paling atas dan khas untuk satu permukaan sahaja iaitu kering. Ini ialah tayar untuk tujuan perlumbaan sahaja.
Prestasi yang cemerlang didalam selekoh dan breaking diatas permukaan kering. Tayar ini tidak mempunyai apa-apa lorekan bunga hanya botak. Ia juga dikenali sebagai tayar trek. Tayar ini dapat kita lihat pada jentera-jentera perlumbaan seperti di motogp, wsbk, asia road racing dan sebagainya.
 |
Slick |
Jenama tayar terkenal
Cara pilih tayar untuk mendapat grip yang lebih baik ditentukan oleh beberapa perkara dan yang paling utama ialah tujuan kegunaan pemilik. Contoh nak guna pada motor cub pergi balik kerja eloklah pakai tayar jalanraya biasa kerana lebih jimat tentunya.
Pilih yang dari jenama terkenal kalau pentingkan ketahanan dan keselamatan. Contoh jenama tayar terkenal seperti Dunlop, Bridgestone, Pirelli, Michelin, Fkr pun boleh tahan.
Faktor pemilihan tayar motor berdasarkan corak bunga
Pilih bunga tayar yang sesuai untuk jalan yang kita gunakan. Contoh jalan dekat rumah kita banyak pasir,pakai tayar bunga macam Dunlop TT 100. Hujan pun terbaik jenis ni.
Michelin pun bagus dan tak mahal sangat macam battlax.
Tayar yang sesuai untuk jalan basah atau kering
Kalau nak layan corner sikit tapi nak jimat pakai tayar macam TT 500 atau TT 900. Bahaya sikit bila hujan tapi panas grip tang korner 🙂
Tapi bagi rider maut mereka pakai tayar sotong je ..hihi,jangan ikut bahaya!.
Nak tukar tayar motor pilih ikut kesesuaian motor juga.Tak boleh kecil sangat dan tak payah terlampau besar,berat :)..
Kesimpulan
Bagaimana pula pemilihan tayar yang anda buat untuk motosikal anda?. Adakah pilihan yang dibuat tepat untuk mendapat grip tayar yang maksimum.
Pilihlah tayar yang terbaik untuk motor sedara sedari untuk memberi tunggangan yang menyeronokan dan juga keselamatan bersama.
Cakap pomen motor; ” pakai tayar jangan sampai botak takut tak sempat botak..pecah! 🙁