Pemutar skru atau screwdriver ialah sepanar paling kerap digunakan dalam kerja motor.Ia diguna pakai untuk membuka dan memasang skru secara ringan seperti buka pasang coverset,no plate dan sebagainya.
ia mempunyai hujung mata yang khas untuk berlainan jenis skru. Dua jenis screwdriver yang selalu dipakai oleh mekanik motor seperti dibawah;
- bunga (Philips)
- leper (slot)
Ada pelbagai lagi jenis Screwdriver yang diketahui tetapi jarang digunakan dalam kerja motor.
Pemutar skru bermagnetik
Mekanik lebih memilih menggunakan jenis pemutar skru bermagnetik, iaitu screwdriver yang dihujung(tip) mempunyai magnet.
Kegunaan mengnet ini ialah anda boleh menarik skru yang tak mahu keluar dicelah-celah rongga atau mengelak skru daripada terjatuh ketika pemasangan(sku melekat pada hujung tip)
Kekurangan skudriver jenis ini ialah ia kurang tahan, selalu “serpih” dihujungnya
Disyorkan beli yang berkuliti lagi berjenama terkenal