Pengenalan sepanar motor

 

 
 
Gamabar sepanar untuk motor
 

 

Perkara utama bila bicara tentang kerja membaiki motosikal ialah sepana(spanner), dan sebelum mula mempelajari mekanik motor disini adalah lebih baik kita kenal sepana-sepana yang bakal digunakan nanti.

Sepana untuk bidang automotif khususnya disini untuk mekanik motor – adalah sederhana saiznya tak perlu yang terlampau besar atau terlalu kecil.Lihat skru pada motosikal anda saiz berapa yang paling besar dan yang paling kecil.

 

Senarai sepana mekanik

Disini boleh lihat beberapa senarai jenis Spanar manual(alatan tangan) dan peralatan angin(pneumatic tool) yang sentiasa digunakan oleh mekanik di dalam kerja bengkel

Ia terbahagi kepada dua pertama untuk kerja luaran seperti membuka tayar, menukar minyak hitam, spoket dan kedua untuk kerja dalaman enjin contoh untuk overhaul enjin

Sepana kerja luaran motosikal

Untuk kerja luaran kita perlu ada sepana jenis common dan ring  juga disebut Combination wrench. macam nak buka atau ketatkan nut tayar contohnya motosikal Honda Ex5(tayar belakang)  pakai sepana common ring. Kita boleh juga pakai jenis socket tapi tak boleh untuk ruang sempit.

 
 
 
 

Common ring spanner

 
Untuk repair bahagian luaran sepanar yang sesuai ialah sepana ringan seperti common  ring.Common dan ring bermakna 2 gaya yang boleh dipakai lantas akan mempercepatkan kerja baiki luaran motosikal.
 
Kelebihan jenis spanar common ring ia senang dan mudah digunakan di tempat-tempat atau celah yang sempit pada mana bahagian seperti roda tayar,magat,ekzos dan lain-lain lagi.
Penting diketahui untuk pemula mekanik;
 
Aturan cara guna sepana ini semestinya penting untuk elakkan masalah skru rosak atau loose.
Contohnya nut pada sub tayar,biasanya nut pada bahagian ini diikat ketat jadi untuk membukanya mesti didahului menggunakan ring dan kemudiannya setelah nut longgar kita gunakan common.
 

Pelbagai jenis pilihan jenama sepana common ring boleh dipilih dipasaran dan bagi saya setelah banyak jenis mencuba, yang terbaik dengan harga mampu beli sekarang ini bagi saya hanya dari jenama SB wrench. Cukup baik fit dan tahan lama, harga sekitar dibawah ini untuk set sepana dan jika anda berminat boleh terus beli sekarang

gambar Sb Spanner combination (Shopee link )

 

Skrudriver

screwdriver

 

Ini sepatutnya no 1, skrudriver/screwdriver alatan tangan yang paling banyak pakai dalam kerja seharian dibengkel. Nak tukar mentol, buka cover set, buka karburator, semua nak pakai jenis ni.

Biasanya kita pakai 2 jenis sahaja iaitu skrudriver bunga(phillip) dan skrudriver leper(slot).

.Screwdriver Philip
.Screwdriver Slot

 

Spanar enjin

Pada bahagian enjin, mekanik banyak menggunakan spanar socket. Lain-lain alatan diperlukan pada bahagian ini ialah seperti playa dan beberapa special tool contohnya magnet puller, sepana valve, crankshaft puller, etc(bergantung pada jenis enjin).

 

Sepana socket/box

 

 
Sepana mekanik yang bagus untuk daya ikatan atau bukaan yang kuat ialah jenis socket. Biasanya dipakai dengan air impact gun tapi ada lengan socket atau ratchet untuk manual guna tangan.
 
Sepana socket sesuai diguna-pakai pada skru bersaiz besar di atas saiz 12′ contoh pada bahagian enjin motosikal atau roda juga.
Gambar sepanar socket mekanik motor
Socket sepana
 
Saiz socket boleh di tukar mengikut keperluan kegunaan. Sepana ini cukup popular dan boleh dikatakan sepana terbaik untuk kerja mekanik motor kerana jarang sekali membuat skru  berkepala Hex atau nut jadi  rosak.
Kelemahannya tak boleh digunakan di celah sempit.Tapi ada pilihan lain iaitu dengan menggunakan ratchet sebagai lengannya.
ratchet
ratchet

Sepana socket boleh dibeli satu persatu atau set lengkap dan memandangkan tidak semua socket sesuai untuk mekanik motor jadi beli set lengkap seperti dibawah ini dulu dan satu,dua saiz lagi boleh dibeli kemudian dan pastikan yang berjenama berkualiti seperti ini kerana yang murah kebanyakan tidak fit saiz skru dan boleh merosakkan skru semasa menggunakan

 

 
Gambar air compressor
Air compressor

L-key atau Allen key

allen key

Sepana L-key banyak guna pada bahagian luaran motor, tapi ada ada juga pada dalaman enjin. Ini kena beli satu set, Untuk saiz yang besar macam nak buka fork Yamaha RXz kita beli asing yang besar 1.

Untuk skru-skru Allen key pada enjin buatan Japan ni biasa menggunakan saiz Allen key dalam ukuran metric.

 

Playar/Pliers

 

Playa digunakan untuk membaiki bahagian luaran dan juga bahagian enjin. 4 jenis iaitu

1-Playar ragum

Kegunaan untuk mengepit atau memotong wayar/rod, serta membengkok kepingan. Sering digunakan ketika membuka serta memasang pin rantai motosikal

2-Playar grip

playa grip atau lock pliers sebagai pemegang berkunci. bukaan yang besar boleh laras serta pegangan yang kemas menjadikan ia playa serbaguna. Perlu beli yang berkualiti, kalau tak 2/3 kali beli dalam setahun

 

paya grip

Erwin lock Pliers(original) RM50 Link Kedai

3-Playar klip

untuk membuka serta memasang klip di bahagian enjin contoh pada starter shaft atau gearbox

clip pliers
clip pliers

4-Muncung tirus

muncung yang tirus panjang direka bentuk untuk kegunaan pada ruangan yang sempit

 

Alatan mesin

Kepada yang berkemampuan baikimotor.com syorkan ada beli sebuah air compressor untuk menggunakan pelbagai alatan mesin yang menarik dan dapat memudahkan dan mempercepatkan kerja anda.
 
Air compressor atau mesin pam angin untuk kerja bengkel dibeli mengikut kesesuaian kerja contoh jika kerap menggunakan angin seperti dalam kerja semburan cat anda perlu beli compressor berkapasiti besar dan tangki yang besar supaya angin yang cukup diperolehi semasa proses kerja

 

Tapi jika hanya untuk kerja buka pasang enjin motor dirumah memadai yang kecil sahaja

Sebuah air compressor kecil pada masa artikel ditulis boleh dimiliki dengan murah serendah $500 ringgit sahaja.Setelah itu pelbagai pilihan alatan mesin untuk mekanik tersedia untuk di beli diguna pakai untuk memudahkan kerja anda contohnya;
Lihat disini pelbagai jenama air compressor

 

Air impact wrench/air gun

 
Sebelum saya miliki air gun ni kerja saya memang rumit dan lambat dan lagi terpaksa membuka nut khasnya pada bahagian enjin dengan menggunakan impact manual.Memang rumit pakai impact manual untuk membuka sebiji nut tengah clutch motosikal rxz contohnya.
 
Air gun memang cukup kuat untuk membuka dan memasang skru/nut jadi perlu berhati-hati menggunakannya.Laras kekuatan dengan sebetulnya.

 

Gambar Air Gun
Air impact wrench
 

Bagi saya bermula menggunakan air impact ini dengan yang murah sahaja harga sekitar rm150 dan setelah dalam masa 5 tahun hanya sekali servis, itupun servis sendiri dan sampai sekarang masih bertahan. Tips untuk sepana tahan lama ialah jangan main campak sahaja, letak elok-elok dan simpan setelah digunakan. *Alatan mesin yang macam ni hati-hati bila beli online dengan harga murah sebab kita tak boleh test, ada lebih baik keluar lebih sikit belanja beli jenama yang original(kalau tak asyik refund la jawabnya)

impact wrench

Link Kedai

 

Impact Wrench Pakai Bateri

Air Impact Wrench/Gun angin menjadi pilihan ramai mekanik kerana ikatan dan membuka skru dan nut dengan tenaga yang kuat, dan alat ini juga sesuai untuk kerja yang berterusan dibengkel. Ia juga adalah alatan mesin yang lebih murah jika dibandingkan dengan Impact wrench mudah alih yang menggunakan bateri yang mempunyai kekuatan torque yang sama dengannya.

Namun kelebihan juga bagi kita mekanik motor, impact wrench pakai bateri yang murah masih boleh digunakan, tak perlu power torque yang gila-gila. Dibawah adalah video review Impact Wrench Bossman jenama murah tapi power. Bossman LINK Kedai Disini

YouTube video

 

Air blow gun/pistol tembak angin

 
Pistol tembak angin/ air blow gun banyak dipakai ketika membuat servis membersih kotoran.
 
Kerja membuat overhaul enjin atau servis karburator jadi lebih bagus dengan menggunakan pistol angin. Harga tak mahal sangat sekitar rm20-30

 

Gambar sepana air blow gun
Air blow gun

Grinder

 

grinder

Harga Bosch BOSCH ORIGINAL GWS060 RM150  Link Kedai

 

mesin grinder dapat memudahkan dan mempercepatkan proses kerja memotong atau mengasah part tertentu.

Ia adalah alternatif bagi menggantikan penggunaan kikir atau gergaji besi. kerja menjadi mudah dan cepat

Jenama Grinder yang popular digunakan ialah seperti Bosch dan Makita. Namun sekarang alatan mereka dibuat di negara-negara yang menjadi rangkaian jenama mereka.

Agak kecewa juga dengan kualiti produk yang dihasilkan bukan dari negara asal walaupun harga dapat lebih murah

Makita atau Bosch? saya pilih Bosch

 

Drill

 

Drill

Harga Drill Black Decker RM280 Link Kedai

 

Kadang dalam kerja memasang komponen motor seperti coverset atau membuat benang skru kita perlukan drill.

Anda boleh memilih menggunakan drill elektrik ataupun air drill atau drill mudah alih guna bateri, terserah.

 

Pam angin manual

 
Jangan lupa benda paling mustahak iaitu pam angin tayar.Hampir semua bengkel motor tidak lagi menggunakan pam angin manual seperti pam kaki atau pam tangan,membuat isian angin tayar motosikal tidak lagi memenatkan jika memiliki sebiji air compressor.Beli sebiji kepala pam angin,pasti tak ada masalah untuk pam angin tayar Superbike sekalipun.

 

Set spanar mekanik motor

 
Kepada mekanik pemula baikimotor.com saya cadangkan sediakan set sepanar motor jenis manual untuk mula belajar mekanik atau bagi yang berkemampuan boleh terus membeli air compressor. Tak perlu besar,yang kecil sudah memadai. Ini list spanar utama yang perlu ada dalam tong spanar dan saiz spanar ialah;
 
 
  • Common ring serta sepana socket(panjang/pendek);  8′,9′,10′,12′,14′,17′,19′,21′,22′,24′,27′,32′
  • Lengan socket
  • Manual impact driver set
  • Playa;Grip,ragum,muncung tirus,klip
  • Pengetuk;Besi,getah
  • Sepana ‘T’;8′,10′
  • L-key
  • Skrudriver
  • Sepana Hidup (Adjustable wrench)
  • Puncher
 
Di atas adalah antara jenis sepanar motor pelbagai fungsi untuk permulaan yang perlu anda standby untuk memulakan kerja mekanik motor dan beberapa sepana khas tambahan yang akan kita kenali nanti.

 

*BACA PULA >> Sepana Pilihan Terbaik

YouTube video

 

 

*link kedai ialah link Affiliate Shopee . blog mendapat komisen jika anda membeli melalui link tersebut, tiada caj tambahan dikenakan pada anda. Terima kasih support!