Alat pengukur tekanan angin tayar poket

Salam pembaca,Baikimotor.com hari ini ingin kongsi info tentang alat pengukur tekanan angin tayar,boleh digunakan pada motor,kereta,lori kecuali keretapi.Pengukur angin tayar yang saya tunjukkan ini simple je dan harga pun murah untuk dibeli.Alat ni kecil dan mudah simpan dalam poket untuk dibawa kemana saja.lihat gambar dibawah

Orang putih cakap pressure gauge_kegunaannya ialah pengukur atau penyukat tekanan angin dalam tayar.

Cara guna pengukur angin tayar poket

Senang ja guna pengukur angin tayar poket ni.Mula-mula pam tayar dulu,samada guna tangan ka pam elektrik ka atau pam tayar bengkel apek ka janji masukan angin dalam tayar.Sesudah itu,ambil alat tadi tekan pada bar tiub/kepala tiub.Pap!! Secara automatik jarum pengukur angin naik.Tengok bacaan berapa pada meter tu.Sudah dapat bacaan tekan button atas tu,ia akan reset balik bacaan pada 0 kiraan.

gambar alat pengukur tekanan angin tayar poket
Gambar alat pengukur tekanan angin tayar poket

Berapa bacaan ideal tekanan angin tayar motor

Sukatan ideal angin bagi tayar motor cub bawah 125cc ialah 15 hingga 21 dan bagi tayar belakang ialah 21 hingga 30psi
Gunakan tolok penyukat angin tayar untuk mendapat ketepatan.Ini adalah sukatan bagi berat badan saya,mungkin anda sikit berbeza..

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Beli alat penyukat tekanan angin tayar

Bagi pengguna kenderaan alat ini amat berguna sekali rasanya.Alat pun mudah didapati dipasaran sekarang yang boleh dibeli.Harga pun tak mahal
Sila lihat disini;
Alat penyukat tekanan angin

Sekian info mengenai alat pengukur tekanan angin tayar
Salam jumpa lagi.