Kita sering beritahu pelanggan kalau nak tukar minyak hitam untuk motor gunakan yang telah di syorkan oleh pengeluar motosikal anda, terus rujuk di laman web rasmi mereka. Namun jika mahu merasai kelainan boleh cuba dengan pelbagai jenama terkenal dipasaran seperti Shell Advance, Petronas Sprinta, Motul, Castrol, dan beberapa lagi. Tapi dengan syarat anda harus mengerti beberapa perkara iaitu mengenai makna kod pada botol minyak hitam itu seperti SAE 30 atau 10w 30 sebagai contoh. Kemudian anda tak ada masalah untuk memilih.
Cara memilih minyak pelincir enjin 4T untuk motor
Minyak pelincir enjin(4t oil) atau lebih dikenali dengan panggilan minyak hitam amat mustahak bagi setiap pengguna motor mengetahui peranan ia bagi sesebuah enjin. Jika diabaikan enjin berisiko mengalami kerosakan teruk dan meminta kos yang tinggi untuk dibaik pulih. Bukan sahaja perlu ditukar bila sampai waktu juga dari segi jenis minyak(kualiti) harus dipilih yang sesuai dengan kehendak enjin masing-masing. Nak tahu lagi boleh baca fungsi minyak hitam
Apa itu makna kod APi dan JASO pada botol minyak hitam
Berlainan dengan mesin lumba penggunaan pelincir(minyak hitam)motosikal komersial/motor tunggangan harian yang mahukan jaminan jangkahayat yang lama.Pemilihan minyak hitam yang pekat adalah terbaik.Tidak perlu overhaul enjin setiap tahun.
![]() |
Melindung clutch |
Sekarang ni JASO pula
Jepun Piawaian Automotive Organization (JASO) telah mencipta set mereka sendiri prestasi dan standard kualiti untuk enjin petrol yang berasal dari Jepun. Bagi enjin petrol empat lejang, standard JASO T904 digunakan, dan amat relevan dengan enjin motosikal.
JASO T904-MA dan MA2 standard direka untuk membezakan minyak yang diluluskan untuk digunakan klac basah, dengan pelincir MA2 mencapai prestasi geseran yang lebih tinggi.
JASO T904-MB standard menandakan minyak tidak sesuai untuk digunakan klac basah, dan oleh itu digunakan dalam skuter dilengkapi dengan penghantaran terus berubah-ubah. Penambahan pengubah geseran kepada minyak JASO MB boleh menyumbang kepada penjimatan bahan api yang lebih besar dalam aplikasi ini.
Bagi enjin petrol dua lejang, JASO M345 (FA, FB, FC, FD) standard digunakan, dan ini merujuk terutamanya kepada abu yang rendah, pelinciran, detergency, asap rendah dan menyekat ekzos.
Piawaian ini, terutamanya JASO-MA (untuk motosikal) dan JASO-FC, direka untuk menangani isu-isu minyak-keperluan yang tidak dinyatakan dalam kategori perkhidmatan API. Salah satu unsur yang standard JASO-MA adalah ujian geseran direka untuk menentukan kesesuaian untuk penggunaan klac basah. Minyak yang memenuhi JASO-MA dianggap sesuai untuk operasi klac basah. Minyak dipasarkan sebagai motosikal khusus akan membawa label JASO-MA.
Sumber direct: wiki
![]() |
Melindung gear |
Kod Vascosity menentukan pekat atau cair minyak
Kod vascosity seperti 5w 30 yang terdapat pada botol minyak menerangkan tahap kelikatan minyak hitam itu.Kelikatan(cair atau pekat) yang dimaksudkan seperti perbandingan air dan sos tomato.Sos tomato adalah lebih likat dari air.
Kita juga melihat pada botol minyak pelincir seperti ini ‘SAE 30’.
SAE ialah Society of Automotive Engineers yang mewujudkan skala minyak enjin juga minyak gear.
maksud 5w 30 pada lebal
Berbalik kepada angka 5w 30
‘W’ bererti winter(musim sejuk).
Bermakna minyak itu di uji pada kesejukan.minyak 2 angka 5w 30 ini disebut multi gred.Ia mempunyai bahan pengecas istimewa disebut viscosity index improvers( VIIs).
Vi akan membuat kadar kelikatan berubah-ubah.lulus kepanasan pada suhu 100° dengan angka 30 dan juga lulus kesejukan 5w.Angka 30 jika dinaikan menyatakan minyak itu lebih pekat dan lambat mengalir,angka 5w semakin kecil lebih baik mengalir pada suhu sejuk juga untuk start enjin.Minyak hitam semi synthetic mempunyai kandungan Vii yang tinggi berisiko ‘down gred’ untuk jangkamasa tertentu setelah mengalami suhu sejuk dan panas enjin secara berulang.
Nombor tanpa w seperti SAE 30 pula di uji pada
suhu 210° F atau 100° C iaitu suhu operasi enjin motosikal.Boleh dikatakan minyak SAE 30 adalah sama kelikatan/kepekatan dengan minyak pelincir 10w-30 atau 5w-30 pada 210°F(100°c).Perbezaan antara kedua-duanya hanya pada suhu sejuk kerana 5w-30 diuji dan mendapat gred pada kesejukan tidak bagi SAE 30(tanpa w).
minyak mengalir baik bila enjin sejuk
5w-30 mempunyai kelebihan daripada SAE 30 pada suhu sejuk.Kelebihan yang dimaksudkan ialah tahap kelikatan minyak itu mampu mengalir dengan baik ringan didalam enjin pada kesejukan 5w(lihat jadual) walaupun prestasinya sama dengan SAE 30 pada suhu operasi enjin memuncak 100°c.
Kelebihan minyak pekat atau cair
Jika minyak mempunyai w seperti sae 15w mengalir pada suhu 210° F (100° C) sama seperti sae 40 ia akan dilebel sebagai 15w-40 Minyak mempunyai w berbeza dengan tanpa w ialah pada masa suhu sejuk atau masa mula hidupkan enjin
Kelebihan minyak yg mempunyai kelikatan tinggi ialah memberi ketahanan pada komponen enjin.Kekurangan ialah terlalu likat yang menyebabkan alirannya didalam rongga-rongga enjin, pam minyak hitam,crankshaft adalah lambat.Faktor ini mempengaruhi permulaan hidupkan enjin.
Minyak pelincir untuk motor scooter
Pengeluar-pengeluar motosikal kini mereka telah mengeluarkan minyak hitam mereka sendiri seperti Yamaha dengan Yamalube, Honda dengan minyak Honda, Kawasaki dengan minyak mereka, jadi cukup mudah bagi pengguna hanya gunakan yang di syorkan. Jika motor Scooter pakai minyak hitam untuk scooter dan motor manual(ada gear) pakai yang biasa. Motor scooter motor yang tidak mempunyai clutch plate jadi tiada masalah menggunakan yang pekat sedikit kerana tiada masalah kegelinciran clutch. Kalau motor manual menggunakan minyak SAE 30, scooter boleh pakai SAE 40 dari mana-mana jenama minyak pelincir.
Pengaruh kelikatan minyak hitam untuk motor lumba
Enjin berprestasi tinggi didalam perlumbaan motor memerlukan aliran pelincir yang cepat dan pelincir cair adalah pilihan.Kemenangan adalah matlamat utama.Ketahanan jangkahayat komponen enjin tidak diperlukan kerana kegunaannya selesai setelah perlumbaan.Kadangkala ketahanan pada suhu panas melampau juga dititikberatkan contoh pada pusingan perlumbaan yang panjang.
Berlainan dengan motosikal komersial,motor tunggangan harian yang mahukan jaminan jangkahayat yang lama.Pemilihan minyak hitam sesuai untuk motor “cari makan” ialah yang pekat,bukan terlalu pekat.Tidak perlu overhaul enjin setiap tahun kerana sering rosak bearing,piston rod sebagainya.
Apakah pelincir enjin yang sesuai untuk pengguna motor di Malaysia
Minyak pelincir pilihan yang sesuai untuk pengguna di Malaysia ialah single gred seperti SAE 20, SAE 30,SAE 40 yang mendapat lebal dari APi dan JASO.
Ini kerana purata suhu di Malaysia ialah sekitar 30°c-35°c kecuali anda tinggal di Genting Highland atau lain-lain tempat tinggi.Pada tempat itu anda perlu membuat pengiraan balik tentang pemilihan untuk mendapat minyak hitam untuk motor anda.