Tendang tak melekat,kosong terus engkol ngelos sampai kebawah
Cara untuk menghidupkan enjin motor kita perlu menggunakan penyetat atau dipanggil penghidup atau engkol atau stater.Ada pula motor menyediakan dua kaedah penyetat iaitu penyetat kaki dan penyetat elektrik.contohnya banyak terlihat pada jenis motor skuter. Pada saya penggunaan dual penyetat pada motosikal membuatkan kita senang,lebih-lebih lagi bagi golongan emas juga bagi yang kurang upaya.Penyediaan stater elektrik dapat menyelesaikan masalah penyetat keras yang selalu di complaint oleh pengguna.Tapi ada satu masalah lagi pada penggunaan penyetat kaki.
Penyetat kaki motor ngelos
Ngelos bermaksud gelincir atau biasa kita sebut penyetat lus.Sekarang mungkin anda sedang menghadapi masalah ini.Tentu amat susah untuk hidupkan motor anda pada waktu enjin sejuk terutamanya.
Mungkin tendang sampai 10 kali pun masih motor tak mahu hidup.Tendang tak melekat,kosong terus engkol ngelos sampai kebawah.Ini sebenar adalah ber-punca daripada masalah pada clutch.Cara untuk mengatasi masalah penyetat ngelos ini ialah menukar clutch baru.Tapi sebelum tu, boleh cuba ejas clutch motor anda terlebih dahulu.Jika setelah direndahkan clutch, penyetat masih ngelos maka bolehlah dikuti langkah selanjutnya.Perhatian! Ini berlainan dengan masalah benang tret starter kick rosak.