![]() |
Blok motor 2 stroke |
Punca yang menyebabkan kejadian motor jem(kejang blok)
Minggu depan nak konvoi..motor ko dah siap belum?”.Soalan lazim yang sering diajukan diantara bikers.Make-up no 2,no 1 mesti tentang enjin samada dari segi kondisi atau prestasi.Kalau prestasi cemerlang tapi jem kat tengah jalan tak guna juga.Jadi biarlah seiring dan sejalan.
;artikel hari ini ialah mengenai masalah motor blok jem sistem penyejuk atau kecuaian
Jadi hari ini ‘cakap pomen’ nak mencari punca blok jem panas dengan harapan dapat menambahkan info tentang motor kepada anda yang baru terlibat didalam bidang motor atau mekanik ini.Apa kata kita mulakan sekarang dengan apa itu ‘blok’ motor dan fungsinya
Blok-Atau ‘cylinder block ‘ boleh dikatakan perumah bagi piston(omboh).kedudukannya adalah setelah Head pada enjin motor .Rupa bentuk luarannya adalah berbeza mengikut jenis motor pastinya dan juga ada perubahan statik kerana pengaruh sistem penyejuk enjin.
Suhu panas overheat blok jem
Apabila enjin itu dijana oleh sejukan udara( iaitu sejukan semula jadi diperolehi dari aliran udara/angin semasa motor bergerak) bentuk blok itu dikenal pasti dengan adanya sirip penyejuk padanya,dan bilamana jenis motor menggunakan sistem sejukan cecair(coolant) makanya ia tidak mempunyai sirip penyejuk.
Point yang boleh kita dapati disini ialah sebagai perumah piston yang kita sedia maklum piston bergerak dari 0 sehingga 12000 atau lebih putaran per minit,tentunya suhu blok boleh menjadi teramat panas.Terlampau panas boleh menyebabkan blok piston jem.Kalau tak mana mungkin diciptakan 2 sistem penyejuk pada motosikal seawal kejadiannya :0
Sekarang kita ketahui bahwa blok perlu disejukan dari panas lampau(overheat) supaya ia tak kejang/jem
namun jangan lupa juga bahan sokongan untuk sejukan enjin iaitu pelincir 4t atau 2t.
kesan minyak perlincir kurang support
Pengaruh pelincir, kalau perlincir tak support memang jem la enjin walaupun motor tu ada water coolant.
pengalaman saya pernah jumpa motor yang pada sirip blok-nya tertimbus dengan tanah,debu lama,hampir menutup seluruh sirip/sisik tu tapi enjinnya masih hidup dapat bertahan tapi bunyi mungkin ‘out station’.
Ini contoh pada motor 4 stroke c70 yang biasa ramai saksi kejadian sebegini.Tapi cuba minyak hitam kering habis..berapa lama?? Walaupun c70 pegang rekod motor paling lasak didunia, paling tinggi pun jangkamasanya saya letak kurang 1 hari saja boleh boleh naik tanpa isian minyak 4 t sebelum piston atau rod jem.
kesan tak isi minyak hitam
Perkara ni membuatkan saya tersenyum teringatkan masa zaman kerja ramai-ramai dulu kat KL.Member tukar minyak hitam dan repair benda lain sikit la motor sorang customer ni,dah tu lupa isi balik minyak hitam tu..customer terus jalan tak tahu ingat motor dah siap.
Petang jap gi telepon tokey kitorang,motor jem kat tengah jalan.Apa lagi kena ‘tiuu-tiuu’ dengan tokey la member tu..haha..rasakan,minyak pun lupa isi..apa daa..
Itu lah satu bahana kecuaian yang kita semua tak ingini kann! Semoga di jadikan satu tauladan.
Ok,Satu lagi contoh yang menyebelahi pelincir adalah lebih berpengaruh dari sistem penyejuk motor_Yamaha tzm150 2 stroke enjin,sistem sejukan cecair setalah minyak 2t kering maksimum motor tu boleh jalan ialah tak sampai 2 km sebelum enjin jem.Sistem coolant-nya amat memberi kesan untuk perjalanan jarak jauh namun motor tzm coolant tak jalan(berfungsi) masih boleh bertahan untuk ke kedai Gemok untuk beberapa minggu walaupun kaki terasa bahang enjin overheating.
Tapi sebenarnya pelincir juga sebahagian daripada sistem penyejuk enjin cuma namanya saja minyak pelincir
Penyebab cyllinder blok jem panas diantaranya ialah modifikasi dan kecuaian
![]() |
Katanya;suhu kepanasan normal bagi operasi sebuah enjin motor ialah lingkungan 212°F |
Motor 4 lejang(stroke) jem blok
Situasi lain pula,motor Lc 135 pakai blok 65mm ceramic,tak jem panas ke? Kita tahu yang motor lc enjin-nya didinginkan oleh water coolant..so berikan kami sedikit info di ruangan komen ya..kitaorang nak tahu juga..terima kasih.
2 stroke selalu jem akibat kecuaian
Ha,ini paling top motor prenggg!! 2 stroker,selalu dan selalu jem panas.Apa puncanya? The master of ‘jem’.pantang 2t tak cukup terus piston sangkut.Motor 2 tak ni tak boleh nak sayang minyak 2t.Ejas 2t buka besar sikit time nak jalan jauh dan tambahkan sikit ke dalam tank tu 2,3 tudung..baru selamat.No 2 ialah setting karburator tu nak kene cantik bagi basah-basah sikit jangan kering sangat lebih-lebih lagi blok yang dah potong besar tu..orait!
Tapi pada pendapat saya motor 2 lejang ini,pemilihan ekzos perlu sesuai la..Elok pakai ekzos standard,sejuk..kurang power sikit apa ada hal motor buat naik jalan-jalan ja,bukan buat lumba.
Tonton video buang angin 2t
![]() |
Piston calar |
Tanda menunjukkan motor nak jem
Blok calar,apa solusinya?
Jadi bila dah jem tu mestilah kesannya blok calar kan..jika sikit-sikit calar boleh lah di polish-kan,tapi jika sudah dalam sangat calarnya solusinya ialah ‘rebore blok’.Kesan blok jem ialah enjin hilang kuasa.
Ok,setakat itu sahaja cakap pomen motor untuk kali ini iaitu mengenai punca motor blok jem panas sistem penyejuk atau kecuaian.Semoga info kali ini anda dapat apa yang dicari..kita sambung di kesempatan yang lain pula dengan tajuk berlainan..terima kasih,assalamualaikum.