Di antara perkara paling mustahak semasa buat servis motor
Sahabat..Berapa lama sekali servis motor kapcai sahabat,1 bulan sekali,2 bulan sekali,3 atau lebih baru buat sekali?.Takpe la kot janji servis jangan tak servis sudah.Kalau ikut buku panduan motor,pengeluar cakap waktu servis motor ialah 16000km perjalan pada odometer atau lebih kerap jika laluan yang digunakan berdebu,lembap atau bawa motor secara pendikit penuh(pulas minyak habis).
Akan tetapi saya disini hari ini tak mahu repot-repot untuk tulis berkenaan jadual waktu servis motor,servis berkala dan sebagainya disebut disini hanya nak kongsikan kepada sahabat tentang perkara apa yang paling mustahak perlu dibuat semasa kerja kerja servis motorsikal ni.
Perkara apa yang mustahak ketika servis motor?.Ya,kalau nak diikuti semua komponen motor perlu diservis dari hujung throttle hinggalah ke hujung roda semuanya perlu di-servis.Akan tetapi perkara utama dan paling mustahak dilakukan ketika men-servis motor yang akan saya kongsikan kepada sahabat adalah seperti dibawah.
Perkara servis paling mustahak
1-minyak hitam
2-brake depan belakang
3-tayar dan angin tayar
4-penapis udara
5-rantai spoket(sprocket)
6-bateri
Cek minyak hitam
Cek/periksa minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.Ini adalah baik sebagai langkah berjaga jaga dengan perkara diluar jangkaan seperti kebocoran minyak hitam atau minyak hitam kering.2 cara periksa minyak hitam yang mudah dilakukan iaitu dengan melihat pada cermin kecil penanda aras/level minyak hitam(ikut jenis motor) atau menggunakan penyukat dipstik.Kekerapan waktu tukar minyak hitam bergantung jarak perjalanan motor dan juga jenis minyak hitam yang digunakan.
Cek brake depan belakang
Tentang cara periksa cek brek motor depan dan belakang telah saya ulas pada postingan lepas boleh klik link diatas untuk baca.
Cek tayar dan angin tayar
![]() |
Jangan pakai tayar yang dah botak |
Jangan terus gunakan tayar motor yang dah haus,retak atau botak kerana ia merbahaya.Bunga tayar haus menyebabkan tiada lagi cengkaman ketika membrek juga amat merbahaya dengan keadaan jalan yang berbatu.tayar boleh pecah atau pancit.Untuk keselesaan dan keselamatan sentiasa cek tekanan angin tayar dan tukar tayar yang sudah botak kepada baru.Jangan lupa juga cek tekanan angin tayar setiap kali memulakan perjalanan.
Cek regangan rantai
![]() |
Regangkan rantai yang dah kendur ini |
Rantai motor jatuh kerana rantai kendur atau gigi spoket rosak.Jadi untuk elakkan rantai jatuh sila periksa regangan rantai dan minyakkan jika perlu.Bergantung juga pada kualiti,sahabat boleh tukar rantai spoket set baru pada jarak 3000km.
Cek air bateri
![]() |
Pastikan air bateri barada pada level ini |
Yang terakhir tentang perkara paling penting ketika servis motor ialah cek air bateri.Cek paras air bateri seminggu sekali dan jika kurang tambahkan air.bateri sel kering tidak boleh ditambahkan air sebaliknya perlu di-charge semula sekiranya ia lemah.Dengan berbuat demikian sahabat sebenarnya telah menjaga sistem elektrik motor sahabat iaitu membabitkan lampu lampu dan horn.
Selain 6 perkara utama didalam kerja servis motor diatas,banyak lagi benda yang perlu di buat masa servis motorsikal.Tapi tak usah dirunsingkan perkara itu serahkan saja kepada mekanik untuk mengesan masalah dengan teknik menguji cuba motor sahabat.
Nah,mudah bukan! Ingat 6 perkara saja dan berikan perhatian selalu.Perkara perkara ini adalah kewajipan dan tanggungjawab…sahabat.Mekanik hanya membantu,manager-nya ialah sahabat.Oh ya,jika sahabat suka untuk buat servis sendiri sahabat boleh mendapatkan sedikit tips dan skil baiki motor di blog saya lagi satu.klik link diatas! Ok la sahabat sekian saja bual saya mengenai perkara paling mustahak dalam kerja servis motosikal.Harap berjumpa lagi di masa akan datang dengan isu lebih menarik..insyallah