Ciri motor nak kena overhaul

 
Ciri-ciri motor itu perlu di turunkan enjin/buka habis(overhaul) didahului dengan tanda awal penyakitnya seperti enjin bising(enjin tengah) atau setelah enjin jem(kejang). Akan tetapi hal ini memaafkan anda sekiranya ia berpunca dari bahagian top enjin seperti piston blok,timing chain tepet atau klac.
 

Overhaul enjin motor dibuat kerana terdapat kerosakkan dalaman pada bahagian internal enjin motor itu.Tiada overhaul dilakukan sekiranya motor anda mengalami masalah penyetat lus meleret kerana itu ialah masalah pada bahagian clutch, tidak perlu overhaul motor sekiranya minyak petrol bocor melimpah kerana ialah masalah karburator dan tak ada juga kerja overhaul sekiranya motor anda lampu tak menyala kerana ialah bahagian wiring.

 
Gambar overhaul enjin
Overhaul enjin

2 jenis overhaul enjin motor

Ada 2 jenis ketegori overhaul enjin motor iaitu Top Overhaul dan full Overhaul. Top Overhaul ialah separuh buka enjin iaitu hanya baiki kerosakan pada bahagian depan enjin sahaja,Head cylinder dan cylinder.

Top Overhaul

Top overhaul perlu dilakukan apabila berlaku kerosakan seperti piston jem(perlu tukar piston/rebore blok),gasket depan bocor atau untuk asah valve.

Contoh bila motor anda hilang kuasa atau mengalami masalah timing macam sempot, selalu mati-mati, atau jem piston.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Full Overhaul

Bila bercakap tentang Overhaul kita selalu difahamkan ia adalah full overhaul, iaitu buka habis komponen enjin(turun enjin).

Overhaul perlu dibuat kerana masalah kerosakan kompenon dalaman enjin.Kompenon dalaman susah rosak jika minyak pelincir dijaga dengan baik.

Contoh bila terjadi minyak pelincir kering,tak naik atau 2t kering(2lejang sahaja) dan akan berlaku lah enjin jem(kejang). Jem rod, jem bearing, gear box pecah ini ialah contoh kenapa enjin perlu di overhaul, kerana ia semua komponen paling dalam enjin motor.

Kadang ada ketika anda mahu upgrade enjin tukar crankshaft atau masuk bearing racing juga enjin perlu di overhaul

Punca minyak hitam kering <<

Tukar spoket kena overhaul ke

Tak perlu, ada kes bila pergi tukar spoket kat bengkel motor kena overvaul. Alasan shaft spoket longgar atau bearing shaft pecah, jangan terkejut nak bagi tahu shaft spoket tu memang longgar kalau tak dia jem dan kalau bearing shaft pecah semasa anda naik motor dah boleh dengar bunyi bising

Hati-hati dengan penipuan!

Barang apa perlu di tukar semasa overhaul motor

Gasket serta oil seal lama perlu diganti baru untuk elak masalah enjin bocor.Pemeriksaan pada semua bearing,shaft,gear,jika rosak juga akan digantikan baru selain kompenon objektif overhaul.Maksud saya komponen penyebab enjin di overhaul.contohnya blok jammed,crankshaft jem,bearing rosak dan sebagainya.

Berapa kos buat overhaul?

Kos buat overhaul motor cub pada  sebab musabab yang di ulas diatas biasa sekitar RM 400 dan lebih.Ia bergantung kepada jenis alatganti yang digunakan dan juga faktor susah senang kerja overhaul motor tersebut dilakukan.

Mulai hari di harap anda sudah faham kenapa motor anda nak kena overhaul enjin/perlu di overhaul. Jadi tiada lagi sangsi dan ragu kepada mekanik anda..sekian.