Masalah lewatkan waktu tukar brek motor berbunyi
Saya ada satu masalah nak tanya kenapa motor saya tekan brek berbunyi..bunyi agak kuat juga bila menekan brek..sampai hari ini saya tak endahkan bunyi bising tu sebab saya tak ada masa lagi nak tukar brek..jadi adakah tak jadi masalah bagi saya lewatkan masa tukar brek motor saya..?
Jawapan;Jika brek motor sudah mula berbunyi maka seharusnya terus membuat pemeriksaan pada sistem brek motor itu.Ini kerana kadangkala perkara ini terjadi bukan kerana masalah brek rosak tetapi juga berlaku kerana masalah lain yang merbahayakan keselamatan anda pengguna motor.
Kenapa perlu dilewatkan menukar brek motor sedangkan brek adalah kunci keselamatan anda semasa menunggang motor.Macamana anda nak berhentikan kelajuan motor kalau brek tak makan.Jadi semestinya tidak disarankan lewatkan masa untuk menukar brek motor sebaliknya awalkan sebelum brek habis.
Risiko brek motor berbunyi
Anda bakal menghadapi risiko kerosakkan motor dan kemalangan jalanraya sekiranya brek motor mula berbunyi.Ini kerana selain brek tak makan,berkemungkinan langsung kepada brek tak berfungsi.
Spring brek tercabut
Spring brek yang ada pada sistem brek gelendong(Drum Brakes) seperti anda lihat pada brek belakang motor ex5,adalah satu punca brek motor berbunyi selain habuk-habuk brek,pasir,bedasing,pelincir yang menjadi penyebabnya.Spring dalam brek tiba-tiba begesel akan mengeluarkan bunyi pada roda motor memberi isyarat untuk pemeriksaan brek dilakukan sebelum ia putus/tercabut.Spring brek putus atau tercabut membuatkan brek gagal berfungsi.
Kesan lewatkan waktu menukar brek juga mengakibatkan kerosakkan dalaman Hub Rim(Drum).Ini kerana kulit brek(lining) telah habis/tinggal besi mula bergesel dengan bahagian dalam Hub itu.
Berbagai hal selepas itu mula timbul seperti brek melekat,brek tak makan setelah diganti baru dan brek berbunyi tentunya.
Kesannya,saudara harus gantikan brek berkali-kali untuk mendapat cengkaman brek standard.Judi rugi rasanya menukar brek motor berkali-kali dalam masa yang singkat membazirkan wang atau rugi juga menukar Hub rim baru yang tak sepatutnya berlaku.
Jadi Cakap Pomen Motor;eloklah tukar membuat pemeriksaan awal pada bahagian brek motor sekiranya ia mula berbunyi.Harga tukar brek motor pun tak mahal sekitar RM 8-15 untuk brek jenis gelendong.Proses tukar brek pun tak lama dalam 15 minit macam tu,jadi jangan dilewat-lewatkan pergi ke bengkel untuk tukar brek motor anda.
Sekian dulu untuk hari ini tajuk tentang brek motor berbunyi dan kita bersambung dikesempatan lain pula.wassalam.