Belajar naik motor gear manual dari zero tak tahu apa
Tahu tak apa orang lama cakap “kau kalau pandai naik basikal mesti pandai naik motor..”
Sebab apa mereka cakap macam tu,sebabnya cara kendali motor adalah sama dengan basikal dari segi handling, posisi tunggangan serta breaking.
Jadi adalah kelebihan bagi yang sudah mahir menunggang basikal untuk melompat ke atas seat motor bila-bila masa saja.
Cuma satu formula sebelum menaiki motor yang perlu diketahui anda sebagai pemula belajar motor ini iaitu mengawal dan menguasai benda yang bergerak sendiri.
Macamana cara mengawalnya supaya ia mengikut kehendak kita bukan kita mengikut kehendaknya seperti juga Cowboy menjinakkan kuda liar,mesti ada keyakinan,kebijaksanaan dan keberanian.Jika anda berasa mampu mengatasi ketakutan dalam diri anda untuk mencuba naiki motor kita boleh langsungkan sekarang tutorial pembelajaran menaiki motor sebagai penunggang bukan sebagai pembonceng ya..
![]() |
Naik motor Cub |
Benda perlu tahu sebelum belajar naik motor
Langkah pertama dalam tutorial naik motor manual( iaitu motor yang ada gear berbeza dengan motor automatic seperti skuter), anda perlu mengenali komponen pengendalian motor terlebih dahulu tapi tak usah banyak-banyak sebab kita nak belajar naik motor bukannya belajar baiki motor ya tak! OK ,kita kenali secara cepat komponen kawalan motor yang terpenting iaitu
- Brek depan dan belakang
- Tuas gear
- Kunci
- Throttle
- Cermin sisi
- Sedikit lampu indicator (meter)
Langkah pertama sebelum naik motor kenali dan serasikan kedudukan anda dengan brek depan belakang supaya nanti tidak kekok semasa menunggang.
Langkah keselamatan naik motor
APA lagi..? Cuba la sekarang!! Tarik brek depan yang ada dekat handle motor anda tu dan pijak menggunakan kaki kanan untuk brek belakang,test tengok OK ke tak..
cuba tekan brek dan tolak motor tengok boleh jalan ke tak motor tu,kalau jalan tak usah belajar naik motor dulu sila tolak motor ke bengkel untuk menukar brek sebabnya brek ialah kunci keselamatan anda di jalanraya.Keutamaan apabila naik motosikal ini ialah keselamatan ..jangan lupa sampai bila-bila OK!
Cara main gear motor manual
Langkah kedua,Tuas Gear disebelah kaki kiri anda semasa posisi menunggang ialah alat untuk menukar transmisi enjin agar bersesuaian dengan kuasa enjin digunakan.
Maksudnya kalau bawa dalam kelajuan 20km/j ,gear berapa yang sesuai untuk kelajuan itu atau macam nak naik bukit gear yang sesuai ialah gear rendah
Contoh jika gear top motor anda gunakan itu ialah gear 4,apabila tak larat naik bukit anda tukar gear(tekan tuas ke belakang) ke gear 3,jika masih tak kuat turun gear lagi satu .lampu indicator ‘N’ ialah gear free(natural) untuk berhenti atau semasa di trafik light.
Cara start motor pakai starter kick
OK, dah tahu tu jom kita mulakan sekarang.
Bismillah,ON-kan switch motor dulu..hah nampak lampu N kat meter menyala tu..kalau tak menyala motor tu ada gear dan sila free gear dulu.Dah free tapi tak menyala juga ..OK bateri rosak dan abaikan dulu.
Tapi tunggu nak tanya undang-undang jalanraya dah tau belum,tak baca lagi? Mohon ambil tahu ya…penting
Lanjutan-kunci motor dah buka sekarang ada 2 pilihan biasanya untuk motosikal moden, nak starter elektrik atau guna kick starter
starter elektrik terletak pada suis kanan macam button horn tu(sebelah kiri)
Kalau tak ada gunakan kick starter(penyetat kaki). Caranya cukup mudah, tendang sahaja dan kalau enjin tak nak hidup tendang kick starter sambil pulas minyak( sikit ja).
start your engine..brrrroooommm
Jangan berdebar-debar rileks sudah, buat macam naik basikal je.
Cara kawal main minyak
Throttle tak payah nak diceritakan rasanya sebab kalau kenal motor pasti kenal throttle kan..sekarang ni cuba belajar kawal minyak,ringankan pergelangan tangan anda.
![]() |
On switch |
Enjin motor dah hidup sekarang kita nak mula gerakkan motor,MASUK GEAR 1..! Minyak jangan terus pulas,biar enjin hidup je.
Disebabkan semasa anda naik motor nanti semestinya tak boleh sambil baca blog saya ni jadi sila baca di bawah ni ,siap-siapkan dulu sebagai panduan ketika tunggang motor.
Masuk gear 1 dan lepas (angkat kaki)
-mulakan pulas minyak perlahan-lahan dulu sebab anda belum serasi lagi dengan kuasa enjin motor tu takut nanti pulas minyak lebih terpacak pulak motor,baru haru biru..
Masa bila perlu masuk gear
Motor dah jalan tu..tunggu sampai suara enjin tinggi baru masukkan gear lagi satu,sebelum masukan gear mesti perlahankan minyak sikit..dan begitulah sehingga habis gear.
Maksud suara enjin tinggi mengerang atau semacam tak mahu gerak lagi ialah keadaan dimana motor itu perlukan gear lagi tinggi kerana gear semasa sudah tidak sesuai..fuh susah nak terangkan..boleh faham la kot maklumlah kita belajar naik motor melalui teks bukan live in concert Metallica :p
Masuk gear turun gear
Apabila nak brek supaya motor perlahan perlu lepaskan throttle (tutup minyak) dulu
-Biasanya kalau perlahankan kelajuan sampai habis semasa gear 4(top gear) nak gerak balik perlu tukarkan ke gear rendah,gear 3 atau 2 kalau tak buat gitu tak larat motor nak bergerak.
Semasa mendaki bukit pun sama,stay dalam gear rendah sehingga lepas bukit turun bukit baru masuk gear atas balik dan kawal brek. Jika bukit curam turun gear balik jika brek tak makan, motor akan turun secara perlahan(ini dinamakan “brek enjin” )
Signal jangan lupa bagi ketika membelok
- Gunakan signal semasa membelok,jika mahu kearah kiri,tolak switch signal ke kiri kalau ke kanan adalah sebaliknya.
- Gunakan horn semasa ingin menarik perhatian orang yang tak sedar kemunculan anda atau untuk menarik perhatian awek cun kat tepi jalan tu.
Warning! Jangan SMS/WhatsApp ketika menunggang.
Lihat pula disini cara kawal badan
Kesimpulan
OK,begitulah kira-kira cara mula naik motor bagi seorang pemula.Ingat ya langkah-langkah tutorial yang saya ulaskan atas,jika tak faham boleh komen di bawah.
Sedara,tujuan artikel ini ditulis hanya sekadar tambahan untuk lebih memahami susun atur bermula naiki motor,adalah lebih baik bagi anda belajar bersama bimbingan seseorang yang sudah mahir secara berdepan.
Sekali lagi apa yang perlu semasa naik motor ialah sentiasa berwaspada pada keadaan sekeliling,sentiasa bersedia memberek dan gunakan kelajuan yang bersesuaian dengan keadaan jalan.
semoga anda selamat mencuba belajar menaiki motor sehingga anda berjaya menjadi seorang berkhemah dan cekap.Apabila dah mahir nanti boleh belajar pula cara mengendarai motor klac/kopling
-salam jumpa lagi dari saya,sekian.