Salam pengguna motor.. Biasa kalau anda isi angin tayar motor berapa sukatan angin yang di isi atau pun tak pernah isi angin tayar motor sendiri?..:p
Kalau tak pernah baik pelajari sesuatu pada hari ini.Adapun isi angin sendiri bukanlah hal yang sulit dipelajari,saya rasa cukup dengan membaca tulisan hari ini Berapa Sukatan Angin Tayar Motor kapcai Yang Sesuai anda langsung saja dapat memahami dan boleh terus praktis tanpa masalah.
*Baca disini cara pam angin di stesen minyak
Jumlah sukatan angin yang betul
Apapun sebelum pergi jauh, nak tahu berapa psi sukatan angin yang tepat pada setiap motor silalah belek buku owner manual anda kalau buku dah hilang mari lanjutkan membaca
Sukatan Kandungan angin tayar yang sesuai pada motor kapcai(125cc ke bawah),motor skuter ,moped 150 ke bawah berat badan motor sekitar 110kg ke bawah boleh la ikuti panduan dibawah
Tayar belakang 21-30psi
Tayar depan 15-30psi
Pengaruh berat badan pada tayar
Pengalaman akibat angin tayar terlampau keras atau kempis
Pada saya,jika menunggang secara berseorangan sukatan angin tayar depan motor saya isikan sekitar 16psi dan pada tayar belakang diisi pula sebanyak 26psi
Ini lebih memberi keselesaan ketika melalui jalan-jalan berlopak,berbatuan kecil atau berbonggol.
Masalah yang mengganggu apabila angin tayar terlebih pada permukaan jalan yang disebutkan diatas ia akan mengakibatkan gegaran atau lantunan yang kasar pada motor dan ini amat tidak selesa bagi saya.Nasib baik juga saya menggunakan motor retro buatan Jepun jika pada model motor kebanyakkan zaman sekarang,saya rasa berteraburan la skru-skru coverset di atas jalan..haha..
Itu adalah masalah yang timbul apabila angin tayar motor terlebih keras dan jika isian angin kurang masalah yang lain pula mengundang.
Sering juga dalam kesibukan urusan hari sampai terlupa mahu cek(periksa) angin tayar sendiri.Enjin motor dihidupkan dan terus perah minyak setibanya pada selekoh kegemaran tiba-tiba tayar motor terasa membuang,motor berayun..nasib baik tak terbabas ke tepi jalan.Turun motor,cek tayar baru sedar angin kurang.Berderau darah seketika tadi,besar juga pokok dekat tepi jalan tu
…dan itulah peringatan yang diterima kerana terlalu berkejar-kejar sampai terlupa isi angin..selepas ini setiap pagi sebelum pergi kerja perlulah diperiksa tayar motor untuk keselamatan diri sendiri .
Cara Pam tayar motor sendiri tanpa penyukat tekanan angin
Alat penyukat tekanan angin tayar <<
amat memudahkan pengguna motor untuk mendapat sukatan tekanan angin yang tepat.Jika anda belum memiliki alat ini bolehlah intai-intai di kedai spare part motor dan jika suka membeli online boleh dapatkan disini.Namun sementara anda belum memiliki alat ini boleh mencuba teknik klasik ini..Cara
Pam tayar motor sendiri tanpa penyukat tekanan angin
Kenapa perlu tahu teknik ini?
Ini kerana seringkali terjadi pam angin di stesen minyak mengalami masalah meter rosak atau anda menggunakan pam angin tangan dirumah atau mungkin juga terpaksa isi angin tayar motor sendiri di bengkel motor kerana mekaniknya terlalu sibuk urusan lain.Jadi inilah masanya anda menggunakan skil yang anda miliki itu untuk menyelesaikan kesulitan anda.Mari kita pelajari langkah- langkahnya
- Buka penutup bar tiub
- Isikan angin mengikut kiraan 1-5 saat dan berhenti
- Picit tayar untuk merasa kekerasan tayar.
- Jika dapat picit bermakna tayar masih kempis dan isikan lagi seperti langkah 2.
- Sesudah tayar keras,untuk tayar depan kempiskan balik sehingga tayar sedikit turun apabila di picit.Sedikit saja.
Angin belakang perlu diisi sedikit lebih dari tayar depan.Bermakna jika kekerasan tayar belakang sama dengan kekerasan tayar depan yang sudah ideal tadi lalu tambahkan lagi angin belakang mengikut kiraan 1 hingga 10 saat dan berhenti.Selesai.
Bagaimana kalau pakai tayar besar dan berapa isian anginnya
Ha ni soalan yang baik. Sering sekali saya tengok sekarang trend pakai tayar besar, asal pakai tayar 80/90 saja tapi bantai masuk 120/60 tayar belakang… Jadi macam mana ya, nak picit keras..
Situasi macam ni kene pakai formula sendiri, nak ikut superbike punya spec tak boleh sebab motornya berat, motor awak ringan tapi tayar superbike 🙂
Kempiskan tayar dulu, kemudian pam sampai naik maksimum(kalau tambah lagi tayar tak naik dah). Jadi cukup pada titik maksimum tadi atau tambah lebih sikit sebab nak tampung berat badan anda kemudian jangan lupa sukat psi dengan alat diberitahu tadi untuk kegunaan masa depan. Kalau bila naik rasa melantun sangat bermakna angin terlampau tinggi
Air Compressor untuk pam angin tayar dirumah
mini air compressor khas untuk pam tayar yang menggunakan elektrik, ringan mudah alih boleh pam angin tayar dirumah.
Double Cylinder Portable Car Tyre Inflator Air Pump 12V Air Compressor
Ciri-ciri: -Pemampat udara tugas berat, sesuai untuk mengembung banyak jenis tayar termasuk kenderaan 4WD dan tayar traktor. – Tekanan kerja silinder aliran udara 100PSI yang besar, dapat mencapai tekanan tayar biasa dengan cepat. -Compressor mini ringan ini kecil, padat dan mudah alih untuk penyimpanan mudah di kebanyakan jenis kenderaan. -Casing pam udara logam dengan radiator untuk pelesapan haba yang lebih baik.
-Dibekalkan dengan penyesuai lanjutan inflator tayar dan aksesori inflasi lain di dalam beg bawa -Mampu mengembang tayar basikal, tayar motor, tayar kereta, bola atletik
Butiran: Voltan: 12V Amperage Maks: <Tekanan Maksimum 15 Amp: 100PSI Kadar Aliran: 35L / Min Berat: 3.25kg Dimensi: 34cm x 24cm x 12cm
Harga:RM89.88
*Lagi lihat 10 air compressor
kesimpulan
Semudah itu sahaja cara pam angin sendiri
Tanpa penyukat angin. Kalau setuju boleh dijadikan panduan kalau tak sila abaikan dari hidup anda.Setelah itu anda bolehlah meluncur laju dengan selesa ketempat yang dituju tanpa rasa bimbang tayar membuang atau hilang nombor plate belakang akibat skru tercabut dek kerana sukatan angin tayar tak tepat..:p
sekian mohon maaf kesalahan kata, salam jumpa lagi..artikel
Berapa tekanan angin tayar motor kapcai yang sesuai-Cakap Pomen Motor-