Cara tukar oil seal fork Motor siap

Macamana nak tukar oil seal fork motor

Gambar oil seal serta minyak fork

Apa khabar pomen? Pembelajaran lepas iaitu cara repair karburator banjir sekarang kita sentuh dulu pada bahagian suspension motor iaitu cara tukar oil seal fork(suspensi depan) di atas permintaan seorang kawan kita jadi saya usahakan sebaik mungkin supaya beliau faham dan juga anda yang minat belajar baiki motor.
Tukar oil seal atau tukar getah penebat fork perlu dibuat setelah ada tanda kebocoran pada fork.Untuk kerja ini peralatan mekanik yang perlu disediakan untuk menukar oil seal fork ialah

  • Spanar tangan
  • Spanar L-key
  • Spanar khas buka fork motor
  • Termasuk juga hammer

Bahan-bahanya,;

  • Oil seal fork sepasang
  • Minyak fork

Langkah menukar oil seal fork

1-leraikan fork dari badan motor menggunakan spanar yang telah disediakan awalnya tadi.biasanya untuk cabut fork keluar pada motor Kriss 110 umpanya anda perlu membuka tayar—>buka madgat—>buka fork.

2- Anda sudah faham prosesnya sekarang kita lihat lebih detail langkah-langkahnya.Pertama,buka skru penutup atas—>buka skru pemegang fork pada steering / clamp seperti dalam gambar di bawah—>tarik fork keluar.

Gambar sedang membuka skru
Gambar skru fork

3-Fork sudah dikeluarkan sekarang adalah masa untuk leraikan komponen fork pula.

Tarik spring fork keluar

  • Buang minyak fork
  • Masukkan spanar fork
Gambar spanar fork

Dengan keadaan spanar fork dibawah hentakkan fork ke lantai (cara pomen rakus) atau gunakan cara anda sendiri,bukan apa supaya tidak berlaku loose semasa membuka skru bawah fork.

Gambar spanar fork
Gambar skru fork

Gunakan L-key buka skru bawah fork(skru tapak).Disini boleh kita lihat samada berjaya atau tidak kerja kita.Kes-kes kegagalan tukar oil seal fork ialah skru tapak lus,sub dalam loose tak mahu berlaku kepada kita.Jadi gunakan teknik yang betul.

Selanjutnya tarik batang fork (fork tube) dan isi dalam keluar.

Setelah proses berjalan lancar tentunya komponen fork berkeadaan seperti dibawah dan ia perlu dicuci bersih.Periksa semua bahagian jika ada kerosakkan terutamanya fork tube.Jika calar pada bahagian utama sila gantikan fork tube baru.

Gambar komponen fork

Ganti Oil Seal Fork

Masa untuk menukar ganti oil seal fork bermula ; Cungkil oil seal lama yang dah rosak itu dengan peralatan yang kamu ada,boleh juga guna pencungkil tayar.Cungkil sebelah dalam oil seal ke atas.Kerja tak mudah ya,jadi gunakan cara yang betul untuk keluarkan oil seal itu.Sesetengah oil seal lama agak susah untuk di keluarkan,kadangkala saya terpaksa peralatan lain seperti pemutar skru leper (slot).Perhatian! Terdapat KLIP YANG PERLU DI KELUARKAN sebelum oil seal pada kebanyakan jenis motor.

Gambar  Cara tukar oil seal fork Motor siap

Pasang oil seal

Selesai sudah proses membuka keluar oil seal,semua sudah di cuci bersih di atur dengan baik jangan ada benda yang tertinggal kerana kita akan bersiap sedia untuk proses memasang pula.

Proses memasang fork

  • Sapukan sedikit pelincir
  • Masukkan oil seal baru ; press atau ketuk masuk
  • Pasang klip
Gambar pasang oil seal

Setelah selesai lanjutkan

Gambar Cara tukar oil seal fork Motor siap

Selesai sudah memasang komponen fork seterusnya proses pasang balik fork ke starring.Minyak fork tak perlu isi dulu.Ikat skru dan ketatkan skru pemegang fork semula.Selepas itu boleh la isikan minyak fork dengan mengikut sukatan tertentu.Sukatan boleh di lihat pada botol minyak fork yang anda beli itu atau gunakan penyukat lain.Contoh sukatan minyak fork bagi motor cub seperti kriss 110 atau ex5 ialah 55-65ml sebelah. Harus di ketahui jika isian lebih akan menjadikan fork lebih keras dan apabila isian kurang fork lebih lembut.

Setelah selesai isi minyak sekarang masukkan spring dan tutup kembali.Dengan itu selesai la proses kerja menukar oil seal fork motor.Selamat mencuba.