Saya rasa ramai di antara pengguna motor ingin mengetahui harga kos baiki motor di bengkel. Disini anda boleh cek harga baiki motor di bengkel semenanjung Malaysia sebagai rujukan untuk budget kos yang bakal ditanggung. Baiki motor melibatkan 2 katagori iaitu tukar barang atau membaikpulih barangan motor yang dah rosak tanpa menukar barang.Ini baikpulih tanpa tukar barang dikira upah kerja kepada si mekanik dan majikan.Tukar barang motor yang rosak kepada baru akan dikira sebegini.
Harga barang+upah pemasangan Contoh; minyak hitam RM 10 + upah tukar RM 2=RM 12 yang perlu anda bayar setelah selesai tukar minyak hitam
Anggaran harga tukar barang siap upah jenama pertengahan(bukan oem) pada motor berkuasa 125cc kebawah jenis moped (manual).Dibawah adalah jadual pelbagai harga perlu dibayar untuk membaikpulih motor 4 stroke dan saya ambil harga barang motor Honda ex5 untuk harga tukar barang motor 4 lejang ini.
Ingat ini adalah harga anggaran kasar sahaja untuk tujuan bajet kasar anda.Oleh kerana hanya sebagai anggaran harga maka panduan ini juga boleh digunakan untuk motor jenama berbeza tetapi masih lagi dalam kategori motor cub. Ok sila sila cek harga dibawah:
Kos ini dikira berlainan sesi atau lebih jelas satu barang di tukar untuk satu sesi kerja baiki motor.Harga adalah jauh lebih murah jika semua dilakukan dalam satu sesi.Anda mungkin bertanya kenapa harga tukar Rod begitu mahal..Ini kerana untuk menukar Rod(connecting rod) perlu membuat overhaul dan upah buat overhaul sekitar 80-100 RM tidak termasuk harga barang dan juga didalam kerja membuat overhaul motor biasanya ada tambahan barang mesti tukar seperti gasket,oil seal,minyak hitam dan beberapa barangan lagi.
Update Harga Overhaul Yamaha Lc, Y15 2021
Tahun 2021 kos buat overhaul semua motor telah melambung naik, mungkin tidak di area-area kampung tapi di KL misalnya overhaul motor LC135 sekitar RM1k ke 1.5k. Yakni full overhaul(standard bukan racing) tukar piston/block, rod, bearing, clutch, bearing, timing chain dan beberapa lagi barang komponen. Y15? tentulah lebih…dalam 1.5k ke 2k.
Bagi macam Honda Ex5, jangan terkejut kalau bila motor siap anda kena bayar RM700. kos buat overhaul sekitar RM600 ke 1k. Walau begitu harga tidak tetap, tertakluk jenis atau kualiti barang yang ditukar dan berapa banyak komponen yang ditukar. Mohon tanya dulu sebelum buat.