motor baru Malaysia
Ruangan baru CPM _khabar Motor Baru Malaysia akan menemui anda setiap Kali kami mendengar khabar berita ada keluaran motor baru akan dipasarkan atau sudah ada di pasaran Malaysia setiap bulan tersedia untuk dibeli.Model-model motor baru dari pelbagai jenama pengeluar motosikal terkemuka dunia dan juga tempatan.Pengeluar popular seperti Honda ,Yamaha ,Kawasaki ,Suzuki ,Modenas,KTM dan banyak lagi yang begitu menarik untuk dilihat,diamati,dinilai oleh anda sebelum membuat keputusan untuk membeli dan memilikinya
.Post tentang himpunan model motor baru ini akan selalu di-update ,mengkhabarkan kepada anda pembaca,pengikut blog,email subscriber atau pengikut Google+ Mad Malaysia yang sudi membaca setiap post kami baikimotor.com
OK,tanpa melengahkan masa kita terus sahaja melihat model sulong motor terbaru di pasaran Malaysia;
Benelli TNT 135
![]() |
Sumber gambar; https://malaysia.benelli.com/product/tnt-135 |
spesifikasi motor |
---|
Enjin | 4 lejang SOHC |
sistem penyejuk | penyejuk minyak |
Isipadu | 134.7cc |
Gerek×lejang | 54×54.5mm |
kuasa max. | 13hp pada 9,000rpm |
nisbah mampatan | 9.8:1 |
kotak gear | 5 kelajuan |
klac | basah,plat berganda |
sistem bahanapi | pancitan elektronik |
penghidup | elektrik |
Nyalaan | Cdi |
kerangka | tiub keluli |
Saspensi depan | fork terbalik,41mm |
Saspensi belakang | mono |
Brek depan | Cakera 220mm |
Brek belakang | Camera 190mm |
Tapak roda | 1,215mm |
Kelegaan tanah | 160mm |
Berat kering | 121kg |
Isi tangki | 7.2liter |
Tayar depan | 120/70-Metzeler |
Tayar belakang | 130/70-Metzeler |
Pengeluar | Benelli Keeway |
Harga |
Komen CPM; Motor kecil (funbike) seperti Benelli TNT 135 ini nampak sesuai tunggangan harian ketempat kerja,di kawasan pusat bandar yang sesak yang memerlukan kredibiliti motosikal kecil seperti ini.Fork jenis terbalik biasanya dipasang pada motosikal berkuasa besar jenis sport bike,dual purpose sepertinya nampak sebagai daya penarik bagi saya pada motor ini.Ekzos pun cantik semacam rekaan Model-model motor keluaran MV Agusta. Pancitan bahanapi trend pengeluar masa sekarang untuk penjimatan bahanapi.Motor yang nampak boleh dibeli dari segi luaran,apapun mesti dicuba lihat sendiri dan cuba di pusat Jualan mereka.Tapi CPM kurang berminat dengan penghidup elektrik starter tanpa penyetat kaki pada motor seperti ini.Mohon agar ditambahkan option itu.
Khabar angin;mengatakan motor ini sedikit perlu ditala kerana agak semput pada kelajuan atas.
Modenas Karisma 125
-pelancaran November 2016
spesifikasi motor |
---|
Enjin | 4 lejang SOHC |
sistem penyejuk | penyejuk cecair |
Isipadu | 124.6cc |
Gerek×lejang | 52.4×57.8mm |
kuasa max. | 7.0kw pada 7,500rpm |
nisbah mampatan | 9.6:1 |
kotak gear | auto |
sistem bahanapi | karburator |
penghidup | elektrik,tendang |
Nyalaan | Cdi |
Saspensi depan | fork teleskopik |
Saspensi belakang | lengan ayun |
Brek depan | Cakera 220mm |
Brek belakang | Gelendong |
Tapak roda | 1,310mm |
Tinggi pelana | 790mm |
Berat bersih | 113kg |
Isi tangki | 4.6liter |
Tayar depan | 80/90-14 |
Tayar belakang | 90/90-14 |
Pengeluar | Modenas |
Harga | RM 5,278.80 |