Cara buka Skru rosak | skru loose | skru berkarat
Skru jenis Philips adalah paling kerap rosak terutamanya terdapat pada enjin motor.Sebabnya skru pada bahagian ini diikat dengan ketat(asal kilang) .Skru lama yang dah reput,berkarat amat mudah sekali rosak jika tak berhati-hati membukanya.Berwaspadalah saat menggunakan impact driver kerana kesilapan menggunakannya akan membawa kepada masalah kepala skru atau bunga skru rosak makanya skru itu tak dapat dibuka.
Skru pada bahagian cover set motor agak mudah dilonggarkan dengan sebatang pemutar skru tetapi menjadi teramat sukar sekiranya skru itu berkarat bahkan dengan sebotol WD40 tak mampu menolongnya.
Pernahkah anda jumpa skru berkarat pada coverset motor seperti gambar diatas.Bagi saya skru seperti itu paling sukar dibuang,kadang-kala terpaksa korbankan cover set itu sendiri..:(
Cara buka skru enjin rosak
Sebelum menggunakan teknik yang dikongsikan ini pastikan anda sudah mencuba pelbagai jenis spanar pada skru yang bermasalah itu.Jika masih gagal bolehlah lanjutkan membaca sekarang.
Ini adalah teknik asas sahaja selebihnya anda boleh impruvasi sendiri mengikut keadaan.Baik kita lihat dulu kerosakkan bunga skru yang biasa berlaku pada kepala skru motor jenis Philips.
![]() |
Gambaran skru rosak |
Di atas adalah gambaran kerosakkan kepala skru yang menyebabkan kegagalan ia dibuka keluar.Jika anda perolehi skru sebegini pada bahagian rata maka ia boleh diselesaikan dengan menggunakan playar(Pliers). Boleh gunakan Playar Ragum atau Playar Grip.Cengkam sisi kepala skru dengan kuat dan pusing.Nanti setelah skru dilonggarkan boleh dilanjutkan dengan pemutar skru pula..:)
Jika skru rosak itu berada pada ruang yang sempit tentunya tidak boleh menggunakan cara ini jadi boleh mencuba pula dengan teknik yang kedua ini.
- Sediakan sebatang sub tayar dan hammer
- Bentuk Philips pada kepala skru nampaknya dah membesar merubah saiz asalnya jadi kita perlu membentuk semula supaya ia muat kembali dengan hujung mata skrudriver dan tak berlaku kegelinciran/loose lagi.
- Dengan alatan tersedia tadi, kemikkan kepala skru itu.sekarang nampak bunga yang mengembang tadi dah mengecil.
- Paksa masuk mata pemutar skru(screwdriver bit) impact rapat kedasar.
- Selanjutnya gunakan impact driver untuk membuka skru itu.
![]() |
Mata impact driver |
Teknik ini adalah sesuai digunakan pada skru berlantai besi padu seperti pada bahagian enjin motor,body dan yang sepertinya.
Sila tonton video ini https://youtu.be/24v4PQKUeW0
Langkah ketiga teknik buka skru rosak
Masih gagal dengan 2 teknik diatas?.Tak mengapa,sekarang gunakan teknik ketiga pula.Teknik ini mungkin akan menyebabkan skru yang dah rosak itu tak dapat digunakan lagi(total lost).OK caranya agak agresif iaitu memahat kepala skru.Pemahat(punch tools) ini boleh dapat dikedai biasanya turut dijual 1 set.
Sekarang ini diharap anda dapat menyiapkan kerja anda yang dah tergendala setelah sekian lama hanya berpunca sebiji skru rosak.Walaupun bukan mudah tapi itulah cara selesaikan masalah skru tak boleh buka pada motor anda.Selamat mencuba,sekian.