Honda Wave Dash 110 2017
Antara motor cub terbaru dari Honda Malaysia 2017 _Wave Dash edisi Repsol baru dilengkapi sistem Fi(fuel injection) untuk penjimatan bahan api ketara boleh membuat perjalanan sejauh 61.1km untuk 1 liter isian petrol berbanding model 2016 iaitu 58.7km/L.Disamping penjimatan bahan api motor baru Honda ini telah dipertingkatkan kuasa,tenaga keluar 5.82kw berbanding model lamanya 5.75kw memberikan pecutan awalan lebih bertenaga.
Motor Honda wave baru ini sebenarnya mempunyai 4 pilihan warna yang menarik termasuk edisi khas Repsol ini.Antara warna lain yang boleh dipilih ialah seperti Merah Lincah,Biru Mutiara Senja,
Hitam Mutiara.Rekabentuk Grafik gaya militari dan corak geometri memberi tempelan hebat pada wave 110cc ini.
Turut mengalami perubahan ialah pada bahagian meter penal,ditambah pelindung ekzos baru dan rekaan lampu depan belakang yang menawan membuatkan niat anda untuk membeli motor baru terus berkobar.Sila lihat lebih lanjut di kedai pengedar Honda berhampiran pada hari ini.
spesifikasi Wave Dash |
---|
Enjin | 4 lejang OHC |
sistem penyejuk | penyejuk udara |
seseran enjin | 109 |
Gerek×lejang | 50×55.6mm |
kuasa max. | 6.40kw(8.70ps)/7500rpm |
nisbah mampatan | 9.3:1 |
kotak gear | 4 kalajuan |
sistem bahanapi | PGM fi |
Nyalaan | Cdi |
Saspensi depan | fork teleskopik |
Saspensi belakang | berkembar |
Isi tangki | 4 liter |
Tayar depan | 70/90-17 |
Tayar belakang | 80/90-17 |
Pengeluar | Honda |
Harga |
Komen CPM; motor Honda wave versi terbaru ni saya nampak memang menawan tambahan dengan warna penaja Honda Repsol menimbulkan aura Motogp.Model wave 110 ni saya motor cub peringkat pertengahan sesuai untuk buat pergi kerja balik kerja,parking dimana-mana pun rasa kurang bimbang berbanding model panas 125cc.
Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:
Lengkap dengan disc brek depan belakang,wau!! Fi lagi..memang terbaik la Honda tak kedekut.Nampak semua OK boleh dibeli la.Model lama wave pun OK tak ada masalah kecuali Cdi problem,gear kasar.Harap wave baru ni tak menyambung problem legasi wave lama.