2 Pulsar 1 v15 motor baru modenas 2017

 Motor baru Modenas

Semalam Modenas Malaysia melancarkan 3 buah motorsikal terbaru mereka yang boleh disaksikan kembali di YouTube mereka bagi yang tidak berkesempatan.1 enjin 200cc melahirkan 2 model terbaru Modenas 2017 iaitu Pulsar NS 200 dan Pulsar RS 200 berserta 1 lagi model 150cc di beri nama V15 yang cukup mengiurkan.Motor baru dengan perubahan menyeluruh dari Modenas menimbulkan identiti mereka tersendiri motorsikal kebangsaan Malaysia juga sudah lama saya nantikan.Generasi Kental itu yang dikatakan mereka sesuai dengan penampakan rekabentuk yang ganas dan lasak ia.

Pulsar RS 200 boleh di miliki dengan harga 11,342 dan RM 9,222 bagi Pulsar NS 200 malakala V15 dengan harga belian RM5,989.

spesifikasi Pulsar NS200
Enjin4 lejang SOHC,199.5cc,3 palam pencucuh,Fi
sistem penyejukpenyejuk cecair
kuasa max.24.5ps@9,750rpm
Saspensi depanfork teleskopik sesendal anti geseran
Saspensi belakangmono nitrox kanister
Isi tangki12 liter
brek depan280mm cakera
brek belakang230mm cakera
Tayar depan100/80-17
Tayar belakang130/70-17
PengeluarModenas
HargaRM 9,222

Spec boleh berubah tanpa notis*

Perbezaan antara Pulsar NS 200 dengan Pulsar RS 200

Rs 200
Rs200

Video test pulsar disini

Dari pandangan mata kasar memang jelas ketara perbezaan di antara kedua-dua model 200cc ini.Pulsar NS 200 di dalam klas Naked Bike kerana rekabentuk tanpa Firing manakala RS 200 tergolong dalam kelas Sport Bike memakai Firing penuh akan tetapi kedua-dua motorsikal Modenas ini masih dijanakan oleh satu enjin DTS-i dengan 24.5 kuasa kuda.Sedikit lagi terdapat perbezaan antara kedua-duanya ialah tambahan ABS brakes system pada model RS,isian minyak petrol dalam tangki lebih banyak diperolehi oleh model RS sebanyak 13 liter berbanding tangki NS yang boleh memuatkan 12 liter petrol.



 V15

spesifikasi V15
Enjin4 lejang SOHC,150cc,2 plug,2 injap
kuasa max.13NM@5,500rpm
Saspensi depanfork teleskopik
Saspensi belakangmonoshock
Isi tangki13 liter
brek depan240mm cakera
brek belakang230mm gelendung
Tayar depan90/90-18
Tayar belakang120/80-16
PengeluarModenas
HargaRM 5,989

Spec boleh berubah tanpa notis*

Motor v15
V15

Tiada banyangan Jaguh 170 langsung..itu boleh diperkatakan untuk V15 ini.Lebih cantik,lebih sedap dipandang dan stylo.Saya rasa ini ialah senjata Modenas untuk memecah manopoli motorsikal buatan asing di Malaysia dalam kategori lightweight. Enjin 150cc lebih tenang dikawal di kawasan bandar yang sesak.2 plug…hmm,power!..dengan harga lebih murah dalam kelasnya hanya RM 5,989 anda sudah dapat memiliki model terbaru keluaran Modenas 2017 ini.