Makeup motor modenas kriss first model

Kisah Projek restorasi motor kriss lama tukar coverset, cat body dan tukar rim

makeup motor modenas kriss first model

Kita santai ja hari tak ada isu apa-apa cuma saya nak pertontonkan kepada anda sebiji motosikal Modenas kriss first model motor kebanggaan Malaysia telah di makeup untuk memberi wajah baru pada motor yang telah agak berusia ini,saya kira keluaran pertama generasi pertama kriss ini ialah pada tahun 1996-1997 kalau tak silap.

Ya,betul sebab saya sendiri pernah memilikinya ,pada masa tu perasaan bangga memiliki motor ini sebabnya saya adalah diantara orang terawal di kampung saya ada motor baru kriss 110cc ini.Pada masa membeli motor ini hanya ada 2 pilihan warna iaitu biru dan kelabu yang saya bawa pulang..Orang tua belikan.

Restorasi motor lama

Pada minggu lepas kriss datang lagi ke bengkel saya untuk mengimbau kembali kenangan bersamanya.Sedih juga lihat di antara motor popular di Malaysia suatu ketika dahulu kini berkeadaan lusuh tidak menarik lagi.

Mungkin owner dia pun masih sayang pada motor ini jadi dia datang ke bengkel motor saya untuk mencantikan kembali motornya.Ditanya kepada saya harga kos untuk mencantikan kembali motor kriss beliau,perbincangan berlangsung dalam 10 minit akhirnya kami mempunyai kata sepakat akhirnya projek restorasi  motor lama saya yang keberapa tak tahu..tak ingat kini bermula.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Idea untuk meckup tak mari

Dalam kepala saya sebenarnya belum nampak idea macam mana nak memberi makeup kepada motor kriss lama ini,dari setiap sudut agar tampilan wajahnya nampak lebih terpesona dipandang.Ada juga terfikir nak buat motor lama ini bila dipandang oleh budak-budak muda mereka rasa nak pakai juga motor pertama keluaran Malaysia ini jadi lagasi pun berpanjangan..tapi macamana nak buat?

Mula-mula cadangan untuk memasang sport rim tapi tak jadi sebabnya setelah dikira kosnya lebih mahal berbanding rim besi jadi tak jadi,tuannya suruh pasang rim besi dan gantikan jari sekali.Dari segi warna coverset tuannya cakap dah bosan dengan warna biru asal

katanya.”warna benda comel nok paka?” Dialek Terengganu.

“Kita letok warna hitang pulok la pok”.saya balas.

” ho,hitam comel gok..pok kenang..jadilah..mu pasang warna hitang kat motor kriss pok ni”

Gambar motor kriss biru

Hari pertama projek restorasi bermula

Jadi ,hari pertama tak susah kerja sangat cuma leraikan kesemua komponen-komponennya dari coverset hingga ke enjin diturunkan dari badannya.Bila buka coverset kriss ini tahu apa yang tersembunyi..?sarang cengkerik merata tempat,pelik juga padahal motor ni tuannya masih pakai buat pergi surau.

Minyak-minyak leaking semua saya bersihkan pakai petrol air sabun segala,air bersih dan keringkan.

Gambar modenas kriss

Projek terbengkalai

Selepas beberapa hari terbengkalai projek restorasi ni disebabkan pomennya sibuk melayan motor lain akhirnya bersambung kembali.

Tugasan hari ini ialah membuang semua lapisan cat lama dan membaiki benda rosak sikit-sikit pada kriss ni seperti tukar oil seal fork,tangki minyak bocor.

Proses buang cat lama

Buang cat lama kat cover enjin tak susah sangat pakai asid ja..jenama Kanggaroo,lain-lain cat kat body tu pakai kertas pasir ja gosok semuanya sudah tu saya basuh bersih-bersih semuanya.

Tak spray cat lagi hari ini simpan besok pula dan sambung balik kerja baiki motor lain.Semuanya ambil masa 2 hari proses awal restorasi kriss 110 first model ni.

Gambar motor kerja restorasi kriss

Kerja mengecat bermula

Hari berikutnya;Pada sebelah paginya saya buat sikit kerja membalut bahagian tertentu yang perlu ditutup sebelum mengecat.Tak lama proses ni dalam setengah jam saja.Cuaca pun cantik hari ini jadi mulalah bancuh cat lepas tu spray semua sampai habis dari undercoat,warna dan lapisan akhir clear coat.

Semua selesai 2 hari juga kerja mengecat motor saya termasuklah kerja ulang cat yang terpaksa dibuat disebabkan masalah cat rosak.

Hari selepasnya; cat semua dah kerjadi bersiap sedia untuk dipasang tapi ada hal lain yang perlu didahulukan.lihat saja keadaan motor kriss ni sekarang,tinggal rangka saja,tayar tak ada enjin pun tak ada.

Gambar rangka motor kriss

Proses memasang kembali part motor Kriss

Enjin tak boleh naik dulu boleh terbalik motornya nanti jadi saya pasang dahulu bahagian suspensi,roda kemudian barulah enjinnya.Lupa nak ceritakan pasal coverset,buat masa coverset kriss 1 tak ada stock kat kedai sparepart area ni jadi terpaksa la tunggu sehari selepas buat order.

Pasang rim

Tengah hari ni mungkin dah sampai rasanya tapi tak mengapa buat lain dulu,siapkan rim dulu sebab owner nak tukar satu set rim baru dengan jari sekali jadi potong jari lama,masukan jari(lidi) dan centre rim baru tu sampai siap kedua-dua biji rim.

lepas tu pasang tayar pula suruh budak buat,pecah sebiji tiub..haha terkena cungkil tayar..

Pasang swing arm, fork

OK,lepas siap bahagian roda,tinggal tepi dulu saya pasang swing arm dan fork depan.Swing arm dengan fork ni spray warna silver macam asal,cover magnet,cover clutch, pemijak kaki belakang pun cat warna silver juga.

Pemasangan bahagian suspensis depan dan belakang motor modenas kriss ni dah selesai selanjutnya baru saya pasangkan rodanya depan dan belakang.Hmm sekarang baru ada rupa motor sikit.

Gambar motor kriss sesudah dicat

Coverset hitam

Lepas rehat tengahari baru pergi ambil coverset baru tu.Warna Hitam bos..Tapi magat belakang ekor belakang tak ada,perlu beli suku(tak datang sekali),mulanya masuk yang lama saja lepas pasang rasa tak puas hati jadi dengan persetujuan owner saya pasangkan yang baru,hmm kali ni baru nampak terbaik!

Gambar kerja restorasi motor kriss

Tak lupa credit kepada yang membantu projek ni

Ada 2,3 orang budak-budak ni suka sangat melepak kat bengkel saya dan hari ni entah macamana diorang rajin pula nak tolong siapkan motor kriss ni..

alhamdulillah ringan sikit kerja saya.Kebetulan hari ni nak keluar pergi tempah nombor plate baru motor tu jadi tak ada masalah bengkel boleh tinggal pada budak-budak ni.Sempat sambung setengah saja lepas rehat tengahari terus pergi buat nombor plate pula.Balik buat nombor plate ada pula motor lain nak baiki jadi terbengkalai lagi projek restorasi ni,terpaksa sambung esok hari.

Kerja akhir nak siap dah

Hari berikutnya; Hai..sudah 3,4 hari projek ni..tak boleh jadi ni perlu siap juga hari ini apa-apa jadi pun..haha.. tinggal cuma pasang coverset saja,lain semua sudah siap.

Gambar modenas kriss tukar coverset

Motor Kriss tukar pasang  coverset cepat sebenarnya tak banyak sangat bahagian atau skru,kalau tak ada masalah biasanya untuk memasang coverset motor kriss first model ambil tak sampai 1 jam.

Baiki bahagian enjin sikit

Motor kriss pakcik ni pakai skru lama balik tak tukar,original tu..lagi lampu depan belakang,signal  tak tukar.Ulang balik sikit kenyataan,untuk make up bagi cantik motor kriss ni saya buat semua bahagian cuma bahagian top enjin saja tak usik sebab nak bagi nampak original tapi oil seal/o ring yang mana bocor saya tukar.

Gambar enjin kriss

Jadi hari ini sebelum pasang coverset saya perlu pastikan dulu lampu semua berfungsi,tak mahu nanti sudah siap pasang coverset terpaksa buka balik.Sentuhan pertama hari ini ialah isikan minyak hitam, sambung wiring semua dan start enjin.

Alhamdulillah enjin hidup dan tak ada masalah cuma lampu signal tak hidup..inilah saya cakap tadi.Cek mentol ok,rupanya wayar tak betul..dengan sidikit magis terus mentol menyala dan sekarang bolehla pasang semua bodyset tu.

Lengkap pasang coverset kriss first model pakcik

Gambar motor kriss cantik
Gambar motor kriss cantik warna hitam

modenas kriss 110 pakcik kini berwajah baru

Proses memasang coverset baru tak ada masalah semua siap dipasang ambil masa setengah jam.Pakcik pun dah 2,3 kali datang perlulah dengan pantas buat kerja.Waktu petang akhirnya siaplah motor kriss first model pakcik ni dengan wajah baru siap dengan pasang sticker sekali.Pada mata saya sticker tu yang menaikan serinya.

Tengok..ok tak hasilnya,tak ada makeup lebih-lebih sebenarnya cuma pilihan warna hitam tu nampak kena dengan cat perak baru pada enjin dan yang lain tu.

OK setekat itu saja kisah projek restorasi motor kita kali ini dan disini saya ingin mengucapkan berbanyak kepada budak-budak yang menjayakan dan menyiapkan motor Modenas kriss 110 first model  pakcik ni,dulu usang tapi sekarang pakcik dah boleh tersenyum untuk ditunggang ke surau.

Akhir kata

Terima kasih juga kepada anda yang sudi baca artikel yang agak panjang yang sebelumnya diterbitkan oleh baikimotor.com- blog belajar mekanik,semoga bermanfaat untuk anda.

Kita tunggu projek restorasi selanjutnya dan jangan lupa follow blog kami untuk memudahkan anda mengetahui artikel terbaru Cakap Pomen Motor. Sekali lagi diucapkan terima kasih kerana membaca artikel dengan tajuk Makeup motor kriss first model dan bertemu kita di kesempatan lain dengan tajuk baru..wassalam.

Gambar modenas kriss 110
Video