Pelincir SAE 30 lebih baik?

pilih minyak hitam multi-gred 5w 30 atau single SAE 30 untuk motorsikal anda?

SAE 30 ialah contoh minyak pelincir single gred atau minyak mineral yang senang kita temui di mana-mana bengkel motor kat Malaysia ini.Bukan faktor minyak terbaik tetapi kerana  harganya murah,serendah 10 ringgit pun boleh dapat dan terus menjadi pilihan pemilik motosikal.

Ikut standard kod likat pelincir sae 30 nampak sesuai bagi cuaca di Malaysia kerana suhu di Malaysia sekitar 27° agak panas dan mesra minyak hitam.Enjin motor kalau dibiarkan semalaman di parking tak lah sejuk sangat macam peti sejuk.Oleh kerana pelincir enjin tertera label Sae 30 maka bermakna minyak itu tahan panas kerana telah diuji pada kepanasan
SAE-society of automotive engineer.

Maksud tahan panas disini ialah minyak itu masih dapat kekalkan pekatnya pada suhu panas enjin ketika beroperasi.Ini penting untuk sentiasa menyokong bearing-bearing enjin,gelang piston ,klac dan sebagainya di dalam enjin motorsikal itu.

Kod 30 belakang itu ialah kod bagi ukuran kecepatan pelincir mengalir di dalam enjin yang telah mereka rekodkan.boleh cek di
Carta pelincir enjin-viscopedia.com

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Minyak 30 sae ni tak bermasalah juga untuk start pada waktu pagi ketika enjin masih sejuk.Lagi besar nombor belakang seperti SAE 40 atau 50 lagi berat lah minyak itu.Apa pun syukur sekali lagi sebab kita tinggal di Malaysia,kualiti minyak sentiasa stabil hanya dengan menggunakan pelincir enjin single gred SAE.

Di Europe mereka lebih teliti tentang pemilihan minyak hitam(pelincir) kerana mereka beriklim sejuk.Pilihan mereka tentunya minyak multi-gred seperti  SAE 5w 30 minyak sintetik dan tentu harganya mahal di tempat kita.

Tetapi untuk mereka yang pentingkan prestasi enjin bolehlah mencuba pelincir sintetik atau semi sintetik.Apa-pun cuma satu saja formulanya..minyak pekat lebih menyelamatkan enjin dari proses penghakisan dalaman.