Punca motor susah hidup waktu pagi

 motor susah hidup waktu pagi sila guna choke



Motor susah hidup pada waktu pagi atau lebih tepat di waktu dingin sejuk adalah satu masalah cukup biasa terjadi dan akan menyusahkan pemilik jika tahu cara menyelesaikannya tambahan jika berlaku pada motor baru dibeli lagi membingungkan pemilik..tak mungkin motor baru dah rosak..

Jadi jangan fikir bukan-bukan motor nak kena overhaul atau sebagainya.Sebenarnya punca enjin motor susah nak hidup pada waktu pagi berkaitan masalah pembakaran bahan api enjin motor itu sendiri.

Ada kaitan dengan minyak hitam tak?

Kita di Malaysia saya rasa tak ada masalah berkaitan kelikatan minyak hitam sebab cuaca paling sejuk kita tak sampai tahap minyak hitam membeku,tapi jangan pelik-pelik guna 4t terlampau pekat.Jadi fokus kita untuk mengatahui penyebab masalah ini ialah pada sistem bahanapi dan elektrik sahaja.

Kenapa susah hidup pagi?

Ketika suhu sejuk aliran gas bahan api didalam ruangan enjin menjadi lambat dan ia perlukan berapa ketika untuk dimampatkan dan dibakar kerana itu sesebuah enjin agak lambat hidup kerana ia perlukan waktu.Kemungkinan satu atau 2 tendangan penyetat tendang belum dapat hidupkan enjin lagi.

Diwaktu pagi disarankan menggunakan penyetat tendang walaupun motor itu turut mempunyai pilihan penyetat elektrik.

Talaan enjin satu penyebab juga pada masalah ini khasnya talaan pada karburator yang agak kering(lean) akan menyebabkan enjin lambat hidup pada suhu dingin.Biasanya talaan sebegini hasilnya motor itu lebih jimat minyak namun susah hidup jika dibiarkan semalaman.

Mungkin anda tak sedar kehadiran alat untuk mengatasi masalah ini iaitu Pengcekik atau lebih dikenali dengan panggilan Choke.

Apa yang perlu anda buat ketika motor susah nak start ialah anda hanya perlu menarik tuas Choke pada bar handle sebelah kiri,sebelah bawah biasanya kemudian cuba start kembali.Jangan pulas minyak ketika menggunakan Choke jika tidak akan menyebabkan plug rosak.

Setelah motor hidup silalah tutup kembali tuas Choke itu..inilah cara menggunakan choke yang betul.

Gambar choke
Choke
Tonton video cara guna choke
Pada Yamaha 125z
YouTube video

Jika ralat sila klik bawah

Sebenarnya tiada masalah jika motor baru susah hidup kerana isunya hanyalah talaan atau setting carburetor sahaja dan bagaimana pula jika masalah ini berlaku pada motor lama..?
Sekarang ini adalah kisah lanjutan untuk mengatasi masalah motor susah hidup pada waktu pagi enjin sejuk.

Diawal perbincangan kita tadi saya ada menyebut tentang elektrik dan ini kemungkinan besar berlaku kepada motor yang telah lama anda gunakan itu.Tahukah anda tanda-tanda Cdi rosak..? Salah satunya ialah motor tak mahu hidup semasa enjin sejuk.Selepas dihidupkan satu kali masalah telah hilang dan kembali pula berulang selepas parking berjam-jam..jadi saya tak perlu terangkan apa perlu dibuat ya..sila ke bengkel.

Gambar mekanik
Saya boleh Bantu abang

Tips dan trik untuk hidupkan motor

Kita sudah nampak bukan Masalah motor susah hidup pada waktu pagi adalah bukan masalah besar bagi kita sebenarnya ia lagi menjimatkan minyak motor kita..sila gunakan choke,itu jawapanya.Namun hal yang dikhuatiri ialah kemungkinan berlaku hal yang kita tak ketahui contohnya Karburator banjir.

Tips dan triknya jika gagal setelah menggunakan choke beberapa kali apa yang perlu anda buat ialah pertama tutup tuas choke,kedua ialah pulas minyak habis(full throttle) tahan sambil start enjin sehingga hidup.Jika trik ini berhasil ia menandakan plug motor anda sudah basah kerana cubaan menghidupkannya di awalan tadi atau karburator motor anda benar telah overflow.

Begitulah lebih kurang tentang punca dan cara menyelesaikan masalah motor susah hidup pada waktu pagi. Jika kekurangan maklumat atau ada sesuatu hendak di ajukan sila tulis komen kepada kita Cakap Pomen Motor pada ruangan tersedia..salam jumpa lagi.