Baikimotor.com– OK sibuk sangat mencari kelajuan ya,hari ini saya kongsikan 4 motorsikal berkelajuan lebih dari 300km/j yang anda ingin saksikan.Mari kita saksikan sekarang di antara 4 motorsikal paling laju di dunia ini ;
4. Honda CBR1100XX Blackbird: 190 mph (310 km/h)
Motorsikal ini keluaran dari pengeluar ternama Jepun iaitu Honda.Ia menggunakan enjin 4 lejang berseseran 1137 cc,sejukan cecair dan transmisi 6 kelajuan .Enjin yang dipakai ini membuatkan ia lari kencang pada top speed mencapai 190mph/310 km/j.
Motorsikal ini mengeluarkan kuasa enjin sebesar 114 kw (153 hp) @ 10,000 rpm.
3. MTT Turbine Superbike Y2K: 227 mph (365 km/h)
Di tangga ke-3 ialah sebuah
motorsikal laju dan unik.Unik kerana motorsikal ini menggunakan 2 gear sahaja..automatic gear.enjin yang digunakan adalah sejenama dengan pengeluar kereta mewah terkenal iaitu Royl Royce.250-C20 enjin turbo shaft hasilnya kelajuan top speednya ialah 227 mph (365 km/h) bersama 320 horsepower (239 Kw) @ 52,000 rpm.
2. Suzuki Hayabusa: 248 mph (397 km/h)
Biasanya apabila anda memandu kereta di tengah highway dengan kelajuan paling tinggi anda dan kelibat seakan-akan motorsikal memotong anda dan terus menghilang inilah motorsikal yang anda perlu cari dekat hentian rehat didepan anda sana.
Hayabusa– dengan spesifikasi enjin 1340 cc, 4 lejang , empat cylinder, sejukan cecair , DOHC, 16 valve tak hairan mengapa motor keluaran Suzuki ini dapat pergi sampai 248 mph (392 km/h) ,197 horsepower (147 kw) @ 6750 rpm..:)
1. Dodge Tomahawk: 350 mph (560 km/h)
Ini adalah motor terlaju sekali didunia yang boleh anda miliki walaupun keluarannya terhad.
10 selinder,enjin jenis v 90° membuatkan kelajuan Dodge Tomahawk melepasi angka 500 km/j pada top speednya.Hanya menggunakan 2 gear manual untuk memperolehi 500 horsepower (370 Kw) @ 5600 rpm.
Info tentang 4 motorsikal laju lebih 300 km/j.sumber; carian internet.
Lihat video antara 5 motosikal terlaju 2017 dibawah: video berdurasi 7 minit lebih;
