Cara kerja engine 4 stroke

Fahami cara kerja enjin 4 lejang(stroke) dan fungsi setiap komponen

Engine 4 stroke dalam bahasa melayu iaitu enjin 4 lejang diklaim sebagai jenis enjin paling ekonomi dan mesra alam. Cara kerja enjin 4 stroke adalah berbeza dengan cara enjin 2 stroke bekerja iaitu dengan pertambahan 2 lejang nya

Maksud 4 lejang ialah 4 gerakan diperlukan untuk menghasilkan 1 putaran lengkap enjin itu membabitkan lejang ambilan, lejang mampatan, lejang bakar/kuasa dan terakhir lejang buangan/ekzos. Ini ialah sistem pembakaran bahan api enjin itu untuk menghasilkan kuasa.

Komponen-komponen yang membina struktur asas bagi enjin motorsikal 4 stroke terdiri daripada;

Karburator,

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

valve,camshaft,

piston,

rod,crankshaft,

clutch,

gear box

Bagaimana kuasa enjin 4 srtoke diagihkan

Daripada beberapa komponen utama di atas maka lahirlah sebuah enjin asas 4 stroke yang disusun kepada beberapa section. Lihat pula bagaimana cara kerja enjin itu.

Gambar cara kerja enjin 4 stroke

Section A ; karburator, valve,camshaft
Section B; piston,crankshaft
Section C; clutch, penukar gear
Section D; gear box

Section A dikenali sebagai kawasan pembakaran dalaman dimana enjin mula menghasilkan tenaga.Tenaga ini terhasil setelah melalui 4 proses mengikut aturan lejang motorsikal 4 stroke iaitu lejang ambilan,lejang mampatan,lejang kuasa dan lejang buangan.

Sebelum tenaga enjin(kuasa) akan membenarkan motorsikal bergerak ia perlu melepasi pusat kawalan tenaga iaitu pada kawasan C dan D.

Disitu boleh anda mengatur kelajuan pusingan roda belakang yang anda mahukan dengan menarik  clutch dan menekan pedal gear setelah membesarkan atau memperlahankan pendikit(karburator).

Aturan lejang

Satu tendangan penyetat kaki adalah sumber tenaga enjin yang pertama sebelum enjin mula menjana kuasanya sendiri setelah mengalami proses 4 gerakan turun naik piston dan lejangnya.

Gambar ilustrasi 4 stroke

Lejang ambilan:

piston bermula di pusat mati paling atas kepada head cylinder   (T.D.C.) turun dan berakhir pada pusat mati bawah (B.D.C.). Dalam stroke ini valve masuk  mesti berada dalam kedudukan terbuka membenarkan piston  menarik campuran udara-bahan api ke dalam silinder blok  melalui gerakan menurun.

Lejang Mampatan:

stroke/lejang ini bermula di B.D.C iaitu paling bawah naik dan berakhir pada T.D.C. Dalam stroke ini piston memampatkan campuran udara-bahan api sebelum ia dicucuh oleh spark plug pada akhir stoke ini.semasa ini keadaan valve adalah tertutup kedua-duanya.

Lejang kuasa:

Disini lah engine mula hidup sendiri tanpa sumber tenaga manusia.Nyalaan pada akhir lejang mampatan dan diawal lejang kuasa menghasilkan letupan dan menolak piston dengan keras ke bawah sehingga dapat  memutarkan crankshaft sendiri .kedua-dua valve adalah tertutup.

Lejang buangan/ekzos:

Hasil dari daya kuasa tadi kini piston ditolak keatas secara automatik sisa gas yang terbakar turut ditolak keluar melalui 1 valve yang terbuka iaitu valve out.Kitaran enjin ini berulang kembali seperti awalnya secara berterusan sehingga engine dimatikan.

Baca lagi tentang; enjin motorsikal 

Cara kerja minyak pelincir dalam enjin 4 stroke

Mesin 4 tak ini cukup menitik beratkan penggunaan minyak pelincir 4t kerana ia tidak menggunakan minyak 2t.Bermula dari piston,rod,crankshaft, clutch sehingga ke gear box perlu dibasahi dengan minyak 4 t untuk ia bergerak lancar tanpa masalah.lihat kawasan berwarna biru,biru tua ialah aliran minyak pelincir nya.

Gambar enjin 4 tak

Daripada gambaran diatas dapatlah kita tahu pelincir mengalir ke semua bahagian enjin 4 stroke kecuali di kawasan berwarna merah (kebuk pembakaran,Oren (minyak in) dan warna hijau (ekzos).Bermakna juga pelincir tidak dibenarkan melepasi kepala piston walau ring piston sekali pun.

Ciri minyak pelincir yang diperlukan bagi enjin 4 lejang

Ciri pelincir yang dipilih harus bertepatan dengan kreteria enjin ini.Makanya pilihlah pelincir yang baik dari segala aspek bukan khas untuk gearbox atau bahagian clutch sahaja sebagaimana keperluan enjin 2 tak.

Ketahui kod minyak pelincir untuk pastikan ia mengalir keseluruh bahagian enjin dengan baik,baik untuk dinding selinder blok,baik juga untuk piston dan ring,laju ketika melepasi Oil Pump menunjukan ciri pelincir itu bersesuaian dengan enjin 4 tak.

Satu lagi diketahui enjin 4 tak(4 stroke) perlukan pelincir yang dapat seal kan ring piston untuk peningkatan kuasa enjin.Jika kuasa mampatan lolos pada ring piston maka semakin mengecilah kuasa enjin terhasil.

Ulangan pemahaman : lejang dan kedudukan valve

Gambar piston,connecting rod dan crankshaft
  1. Piston
  2. Connecting Rod
  3. Crankshaft

Langkahnya: crankshaft terlebih dahulu akan berputar sebaik sahaja penyetat ditendang, connecting rod sebagai pemegang akan menarik,menolak piston ke atas dan kebawah mengikut putaran crankshaft selagi enjin masih hidup

Gambar valve, sperk plug dalam enjin motor
Intake manifold
Fuel injector/karburator
Spark plug
Intake/exhaust valve
Fungsinya:

Intake manifold adalah dimaksudkan sebagai saluran masuk bahan bakar(petrol+udara) daripada fuel injector/karburator untuk kedalam enjin. Intake valve(injap masuk) perlu membuka pintunya terlebih dahulu untuk minyak masuk, selepas bahan api dibakar oleh api spark plug, sisa berbentuk asap akan dilepaskan melalui bukaan exhaust valve(injap ekzos). Pergerakkan kedua-dua valve itu memerlukan peranan Camshaft

Kenapa ia dipanggil 4-stroke(lejang) ialah kerana enjin ini memerlukan 4 pergerakkan untuk membolehkan enjin itu melengkapi putarannya untuk hidup. Dikenali dengan

Lejang Ambilan

Berbeza dengan enjin 2-stroke, enjin 4t memulakan dengan lejang ambilan, membawa masuk bahan bakar dengan kuasa sedutan piston yang menurun itu
-posisi valve( intake valve terbuka, exhaust valve tertutup)

Gambar lejang ambilan enjin

Lejang mampatan

kemudian piston menaik mengakibatkan bahan bakar tertekan serta dimampatkan ke atas dalam kebuk pembakaran,
-posisi valve ialah keduanya tertutup pada lejang mampatan

Gambar lejang mampatan enjin

Lejang bakar

Pada lejang bakar dinyalakan mampatan itu oleh spark plug mengakibatkan terjahan kuasa ke atas kepala piston itu, menolak piston kebawah
-posisi valve (keduanya tertutup)

Gambar lejang bakar enjin

Lejang buangan(ekzos)

Piston mula naik kembali, menolak sisa bahan bakar untuk dibuang melalui ekzos pada lejang bakar,
-posisi valve (intake valve tutup, exhaust valve terbuka

enjin mula hidup dan proses itu akan berulang selagi suis belum dimatikan.

Gambar lejang ekzos enjin

Proses ini sebenarnya berlaku cukup pantas dikira, mengikut tandaan pada tachometer setelah 0 bermula 1000rpm sehingga 12000rpm biasanya. Rpm diertikan berapakah satu putaran lengkap crankshaft itu dalam seminit.

Animasi cara kerja enjin 4 lejang

Animasi komponen dalam enjin 4 lejang

Credit untuk pemilik video
https://youtu.be/cB1k7GLgv2s

Ok, sekian penerangan asas cara kerja enjin 4-stroke dan kita akan bertemu pada tajuk seterusnya nanti-wassalam