Cara ejas Tepet valve motor ex5

kita dah berlalu bab Camshaft mark kini kita pergi ke langkah selanjutnya untuk menyiapkan kerja top overhaul ex5 iaitu CARA EJAS(ADJUST) SKRU TEPET(tappet).

kenapa perlu ejas tepet? kita perlu ejas tepet kerana bagi mencari ruang celah tepet yang sesuai untuk bukaan valve.

Selain untuk elak tepet bunyi bising ,ruang celah(gap) ini juga menentukan samada enjin jalan lebih ringan atau lebih berat kerana ia mempengaruhi bukaan valve .

Gambar Cara ejas Tepet valve motor ex5
Ok,kita langsung ke cara untuk ejas tepet/valve clearance pada projek top overhaul motosikal ex5 kita.

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

Ini videonya;

Cara guna Feeler Gauge

Bahan-bahannya ;
  • Feeler Gauge
  • Spanar 8’/9′
  • Spanar tepet
Gambar spanar ejas tepet

Beli alat ini di kedai Shopee saya ;

3 bahan tersedia kita mula buka penutup valve (jika belum) atas dan bawah,bermakna kita akan ejas tepet (membuat valve clearance) pada valve in dan juga valve ex.
Langkah-langkahnya ialah ;
  • Pastikan piston berada top/dapatkan marking T.
  • Longgarkan skru tepet
  • Tentukan saiz Feeler,contohnya 0.25
  • Masukkan ia ke celah tepet
  • Pusingkan skru tepet dengan tangan rapat bersentuh Feeler
  • Pastikan alat itu boleh bergerak/ditarik
  • Ketatkan skru tepet dengan spanar yang tersedia tadi
  • Uji cuba celah/gap tepet sekali lagi
  • Buat valve ex pula sama seperti di atas
  • Selesai
Gambar Feeler Gauge
Feeler Gauge
Sekarang awak dah selesai laraskan celah tepet dengan menggunakan saiz 0.25 mm mengikut ukaran pada Feeler Gauge .langkah seterusnya yang awak perlu buat ialah hidupkan enjin motor.
Ops! Nanti saya terlupa kita sedang membuat top overhaul..hehehe.
  • Selesaikan dulu hal lain iaitu
  • Isi minyak hitam
  • Pasang ekzos
  • Pasang karburator
Ok,sudah selesai boleh lah dihidupkan enjinnya.

Kesan tappet valve longgar

Enjin bunyi bising? Hahaha..itu maknanya awak perlu ulang buat kerana tepet terlalu longgar.Gunakan saiz mata pisau yang lebih nipis lagi.
Satu perkara kita perlu ingat iaitu setting asal dari pengeluar tepet dia tak bunyi.Jadi cuba buat sehingga dapatkan Clearance yang hasilkan enjin senyap dan mudah hidup.
Oleh kerana ini ialah projek top overhaul jadi selepas enjin berjaya dihidupkan,perlu lah kita periksa sama-ada minyak hitam naik (mengalir) ke dalam Head atau tidak.
Caranya ialah;
  • Hidupkan enjin
  • Buka penutup valve atas/in
  • Pulas minyak beberapa kali sambil lihat
  • Minyak terpercik? Ok
  • Tutup balik penutup
  • Selesai

video test minyak hitam

Selesai sudah ejas valve dan projek top overhaul motor ex5 kita,dan seterusnya kita akan ‘merayap’ ke bahagian enjin yang lain pula dalam pembelajaran mekanik motor kita.
-salam jumpa lagi-