cara mark timing Cam motor ex5

Ulasan tentang Cara mark timing Cam motor Honda ex5  adalah sambungan bagi  pembelajaran Top Overhaul.Bab 3 ini juga hanya ulasan balik dari video yang telah saya terbitkan.Tonton video dahulu di post terdahulu- pasang bahagian top
Baik,saya terangkan dulu sikit  apa itu mark Cam atau mark timing Cam.Mark ertinya dalam bahasa Melayu ialah tanda,jadi mark Cam bermaksud tanda Cam.Tapi ia tidak ditandai pada Cam sebaliknya pada Cam Sprocket.

gambar Sprocket Camshaft
Cam Sprocket
Mark pada Camshaft ini perlu selari dengan pasanganya iaitu mark pada Head jika mengikut aturan standard pengeluar.
Marking itu menunjukkan waktu bila Valve(injap) dalam Head  mula dibuka atau tutup.Buka tutup Valve mestilah mematuhi aturan kitaran 4 lejang.
Contohnya lejang pertama iaitu lejang ambilan  di mana piston mula bergerak turun kebawah,pada waktu ini  Intake Valve perlu dibuka untuk membenarkan campuran minyak masuk ke ruang pembakaran.Pada waktu ini juga di mana kamu letak Mark Cam akan menentukan lambat atau cepat Valve dibuka dan begitulah pada lejang seterusnya.
Ok,saya rasa sudah pengertian Mark Camshaft itu apa  jadi mari kita sambung pembelajar kita iaitu cara Mark Cam motor ex5.

Cara Marking Camshaft Honda ex5 Dream 100cc

Seperti yang tunjukkan di dalam video

, untuk mendapatkan marking Cam Honda ex5 dream 100cc ni kita perlu ketemukan 2 marks iaitu

Perlukan Maklumat Lain? Ini post kami yang top:

  • mark ‘O’ pada Sprocket Cam
  • mark ‘ T’ pada magneto/flywheel
langkah-langkah yang perlu di buat untuk mendapatkan Marking ;
  1. Pusing magneto sehingga terlihat pada lubang atas Cover Magneto, garis mark ‘T’ selari dengan Mark pada Cover itu.
  2. Pusing Flywheel menggunakan spanar Socket melalui lubang tengah Cover Magnet.
  3. Selanjutnya selarikan Mark Spoket Cam ‘O’ dengan Mark yang ada di dinding Head.Jika tak sama(timing lari) awak perlu alihkan kedudukan Sprocket Cam saja.
  4. Selanjutnya jika Marking sudah betul,bolehlah ikat balik skru Cam Sprocket.
  5. Buat uji cuba dengan memusingkan flywheel beberapa kali untuk memastikan ketepatan.
gambar cara mark timing cam ex5

Timing Chain tegang

Hal ini mungkin terjadi iaitu Timing Chain terlalu tegang hingga sukar untuk memasang Cam Sprocket.
Jadi solusinya ialah dengan satu cara ini,BUKA SKRU 14′ TENSIONER pada bawah enjin.
Hati-hati kerana seringkali Spring di dalam Tensioner akan melantun keluar.Jangan risau,saya tunjukkan susun atur Tensioner ex5 di bawah ini jika awak tak tahu.Susun balik seperti yang anda lihat pada gambar di bawah.Fungsi skru Tensioner ialah mengawal regangan Timing Chain.Pastikan juga saiz Timing Chain adalah tepat.

gambar tensioner Honda ex5
Tensioner
Ok, ok itu dia cara mark timing cam, kita sudah selesai jadi silalah tutup balik semua Cover yang berkaitan.
Pemasangan Top Overhaul kita hampir selesai tinggal lagi beberapa perkara sampingan yang akan kita perlajari pada bab seterusnya.Salam jumpa lagi.