Cara kerja clutch motosikal ex5

Bab 5 belajar mekanik motosikal – fungsi mekanikal clutch/klac/kopling



Pembelajaran enjin depan ex5 dikira sudah selesai lalu tajuk baru hari ini
pembelajaran mekanik motor kita beralih ke bahagian klac/clutch /kopling pula .kita mulakan dengan tajuk pengenalan terlebih dahulu CARA KERJA CLUTCH MOTOSIKAL SECARA MEKANIKAL..Pengenalan umum tentang klac telah saya ulas pada post terdahulu jadi kita langkau saja hal itu untuk pergi secara mekanikal pula.

Perbezaan clutch auto dengan manual(tangan)

Motosikal ex5 adalah menggunakan clutch jenis automatik kelebihahan clutch automatik(auto clutch) ini ialah berbeza kita tak perlu menarik lever klac untuk masuk tukar gear seperti clutch manual,hanya perlu tekan pedal gear saja.Satu lagi kebiasaan pada clutch manual kita tak boleh berhentikan motosikal dalam posisi ada gear tanpa menarik lever clutch kerana enjin pasti mati,dengan clutch auto kita boleh bersenang pada gear berapa pun kita suka dan enjin kekal hidup.

Jadi di sinilah saya cuba untuk tunjuk kepada awak apakah benda yang terdapat pada sistem clutch automatik yang berbeza dengan sistem manual.

Kita lihat persamaannya dahulu,persamaan di antara clutch auto dan clutch manual iaitu masing-masing menggunakan kepingan plate-plate clutch dan perumah clutch.Dalam bab pengenalan ini saya namakan semua itu sebagai clutch utama.

cara kerja clutch motosikal
gambar cara kerja clutch motosikal berfungsi
Sistem auto clutch

Tujuan adanya plate clutch dalam clutch utama  ialah untuk memisahkan kuasa enjin ketika pertukaran gear dibuat’selepas itu clutch kembali mencengkam apabila  penunggang melepaskan lever clutch(manual) atau lepas pedal gear(auto).

Clutch utama  bekerja dengan beberapa alat pendukung lain  seperti Tuil/tuas klac dalam,spring clutch dan beberapa barang lagi.

 

Cara kerja clutch utama motosikal

saya ambil contoh(manual) pada motosikal yamaha rxz ,tindakan kita menarik lever clutch membuatkan tuil dalam akan menolak perumah clutch(atas) yang sebelum ini tertekan oleh spring clutch .

Setelah tertolak kedapan bermakna akan ada ruang bebas di antara kepingan clutch,inilah yang menjadikan clutch hilang cengkaman(grip) antara satu sama lain lalu maknanya semasa inilah kuasa dikatakan terpisah seketika untuk membenarkan pertukaran gear berlaku.pisahkan kuasa enjin dari terus memusingkan roda belakang!

Sebab apa perlu pisahkan kuasa enjin? Kelancaran la..maknanya tak ada masalah sentakan terasa kepada penunggang dan juga kesehatan enjin..

Rumusnya;

Kuasa–>clutch utama–>gear box
–>roda belakang

Lihat video cara kerja clutch motosikal 2 stroke(manual ) 

YouTube video

Perbezaan auto dan manual

Gambar auto clutch
Kekasut auto

Ok,sekarang tibalah masa kita ketahui perbezaan antara auto dan manual  yang saya dah sebutkan di awalan tadi iaitu tentang perkara tak tarik clutch(ada gear) enjin mati ketika di trafik light misalnya.

Kita berbalik tentang cara kerja enjin ,contoh pada motosikal 4 stoke ia perlukan 4 gerakan lejang untuk satu pembakaran bahanapi(kuasa) yang mana kuasa itu akan sentiasa memutarkan crankshaft selagi suis tak dimatikan atau tentunya jika petrol masih ada.jadi nampak disini ada 2 perkara yang memaksa enjin mati tapi sebenarnya ada satu lagi hal yang boleh memberhentikan enjin normal iaitu apabila pergerakan putaran enjin terhalang.

Kiranya sebelum gear dimasukan putaran enjin hanya di hujung crankshaft (tahu lebih lanjut nanti) dan apabila gear sudah ada maka sekarang ini enjin dan roda adalah satu putaran setelah ditolak campur dengan nisbah gear.

Apa yang berlaku disini ialah apabila roda tayar tidak bergerak dan menghalang untuk crankshaft terus berpusing,mungkin disebabkan beban kita atau berat motor itu sendiri contoh diawal gear 1.

jadinya putaran enjin telah dimaksudkan terhalang.

Kekasut auto

Kekasut auto adalah pendua clutch bagi sistem auto.Ia  berpasangan dengan perumahnya iaitu mangkuk auto.

Kekasut auto atau biasa mekanik kat malaysia sebut kulit auto ini adalah clutch yang kedua selepas clutch utama, fungsi khasnya untuk mengatasi enjin mati yang diulas sebelumnya tadi.Disebabkan motosikal clutch auto tidak ada lever clutch pada bar handle yang boleh mengawal clutch dan alat ini adalah penggantinya.

Cara kerja auto clutch boleh dikatakatan sama juga seperti cara kerja clutch plate iaitu melalui prinsip cengkaman.fungsi clutch plate pada sistem auto hanya terhad semasa pertukaran gear sahaja ,setelah pedal gear diangkat kepingan plate itu tidak boleh lagi mengawal clutch seperti lever clutch.kerja itu diambil alih secara auto oleh kulit auto.

Kulit auto tidak berfungsi pada rpm rendah ketika idle jadinya walaupun kita masukkan gear motosikal masih tidak bergerak tetapi enjin tetap hidup perkara ini pasti tak boleh pada motosikal clutch manual perlu tarik clutch.

Apabila minyak dipulas(rev) barulah tiba masanya kulit auto berfungsi.ia mengembang mencengkam mangkuk auto.Di bawah mangkuk auto ada gigi gear yang berhubung dengan clutch utama.

Dibawah adalah gambar ilustrasi cara kekasut auto clutch berfungsi;


Kuasa–>auto clutch –>clutch utama
–>gear box–>roda belakang

Saya rasa cukup untuk pengenalan cara kerja bahagian clutch secara mekanik ini untuk awak fahami sebelum kita lanjutkan untuk membuka komponen clutch honda ex5. Tonton video dibawah cara kerja clutch

YouTube video