Apa itu overhaul enjin

Pengetahuan umum tentang overhaul enjin motor untuk bukan mekanik



Jika anda tidak tahu apa itu overhaul enjin, saya akan menerangkannya secara ringkas untuk anda yang bukan mekanik.

Overhaul enjin atau lebih dikenali sebagai “turun enjin” adalah kerja membaik-pulih secara menyeluruh pada enjin kenderaan, seperti enjin motor. Setiap komponen enjin akan dianalisis oleh mekanik dari luar ke dalam. Proses overhaul enjin memerlukan masa yang agak lama, biasanya mengambil masa satu hari atau lebih dari proses membuka, membaiki, dan memasang semula komponen. Penyelarasan akhir enjin juga perlu dilakukan.


Aturan kerja untuk membuat overhaul enjin adalah seperti berikut:

  • Membuka komponen
  • Membersihkan
  • Membaiki kerosakan
  • Memasang semula komponen
  • Penyelarasan akhir

Mengapa enjin motor perlu di-overhaul?

Enjin perlu di-overhaul apabila terdapat kerosakan pada komponen dalaman di bahagian paling dalam enjin, pada komponen dalaman enjin seperti crankshaft, gearbox, starter shaft*, atau bearing tengah. Sekiranya terdapat kerosakan atau kegagalan fungsi pada komponen ini, maka enjin perlu di-overhaul untuk menukar ganti alatan yang rosak itu. Baca lanjut ciri-ciri enjin nak kena overhaul

Gambar overhaul enjin motor

Enjin Jammed

Dikalangan mekanik biasa disebut enjin jammed(kejang), seperti jammed rod, jammed piston atau jammed gear atau bearing. Ia berlaku secara tiba-tiba ketika menunggang yang membuatkan motosikal berhenti secara mengejut, kadang-kala membuatkan roda belakang tekunci.

Biasanya selepas motor jammed “lekat”, enjin tidak dapat dihidupkan lagi dan penyetat kaki menjadi keras atau starter elektrik tidak bergerak. Dan untuk membaik pulih masalah ini mekanik perlu membuka/meleraikan komponen satu-persatu untuk pemeriksaan lanjut, dan akhirnya menukar ganti barangan yang telah rosak itu.

Gambar enjin

Enjin mengeluarkan bunyi bising

Enjin bising adalah tanda-tanda awal sebelum jammed. Disyorkan ke bengkel untuk pemeriksaan awal. Jika perlu di-overhaul lebih awal adalah lebih baik kerana ia dapat menyelamat dari belanja yang lebih besar.

Kes-kes seperti enjin pecah, cranksaft putus, gearbox pecah, dan bearing pecah ini menyebabkan kerosakan fatal. Tidak boleh dibaik pulih lagi dan perlukan sparepart baru dan sudah pasti kos untuk itu berganda.

YouTube video

Video di YouTube

Kesimpulan

Overhaul bukanlah satu perkara yang mengerunkan bagi pengguna motor, ia disyorkan dibuat apabila sampai waktunya untuk memberi kesegaran kembali kepada motor anda yang sekian lama berjasa. Hal yang merugikan adalah apabila ia terjadi lebih awal dari sepatutnya atau berlaku secara fatal seperti disebutkan di atas. Untuk tidak merugikan, jaga minyak enjin tukar seawal waktu yang boleh. Motor selamat, poket pun selamat!