Cara overhaul enjin motor 4-stroke

Belajar mekanik motor bab 8-full overhaul

Hari kita akan masuk bab penghabisan belajar  bahagian enjin motor ex5 iaitu cara membuat Overhaul @ ‘full Overhaul’,membuka semua bahagian enjin motor 4-stroke Honda ex5 100cc.Jika anda terus singgah pada post ini boleh baca pada bab terdahulu diterbitkan untuk dipelajari.

Top Overhaul

Buka Clutch

Buka Flywheel

Sehingga tinggal yang terakhir yang belum ya..iaitu pada bahagian enjin tengah.Maknanya sampai disini anda belum lagi selesai membuat  Overhaul enjin kerana Overhaul mencangkupi seluruh bahagian enjin.

Gambar overhaul enjin

Cara membuat Overhaul enjin motor  lebih senang anda pelajari secara online adalah melalui video dan sekarang ini saya rasa banyak sekali video buat Overhaul motor ex5 boleh anda lihat di YouTube.Saya akan kongsikan beberapa link dari channel YouTube yang bukan saya punya tapi dengan kebenaran pemiliknya akan membantu proses pembelajaran kita.Terima kasih kepada beliau..jika anda mahu boleh Subscribe Channel beliau.

Jadi saya akan terangkan secara teori sahaja sambil anda boleh menonton video melalui link yang dikongsikan di bawah.Ok,terus saja kita ke bahagian tengah enjin yang belum anda ketahui sebelum ini.

Video 1

Bahagian Tengah enjin

Bahagian enjin tengah ialah tempat di mana adanya Crankshaft,Gear Box dan Shaft Gear untuk motor ex5.Bahagian ini ialah yang terakhir dibuka untuk kerja Overhaul.

Selepas semua selesai dibuka boleh segala isi enjin itu dicuci menanti proses pemasangan pula.Anda membersihkan semua isi enjin itu dengan menggunakan minyak petrol,minyak tanah mahupun diesel..tak kisah asalkan semuanya bersih.

Barangan yang sudah dicuci bersih itu kemudian disusun rapi untuk memudahkan proses pemasangan.Tips untuk tidak lupa skru atau komponen tertentu sila lah susun berkelompok dari awal proses membuka enjin lagi barangan itu.Teknik ini menjadikan kerja anda lebih mudah sebagai pemula mekanik.

Aturan kerja pemasangan enjin

Pemasangan enjin Overhaul bermula dengan memeriksa Bearing-bearing,pastikan berkeadaan baik. Bearing-bearing ini perlu diperhatikan jika tidak berfungsi sebaiknya silalah  ganti baru.Bearing yang tidak berfungsi dengan baik akan mengakibatkan  perjalanan enjin jadi kasar,bunyi bising.Berikan pelincir pada semua Bearing enjin sebelum memasang barangan seterusnya iaitu meletakan Crankshaft pada Crankcase,selepas itu diikuti pula memasang Gearbox.Perkara yang perlu diambil perhatian ketika memasang Gearbox ialah Washer.

YouTube video
Play video

Washer Gear

Gambar gearbox ex5

Pada komponen dalaman enjin tengah terdapat beberapa kepingan washer yang bertindak sebagai pengisi ruang kosong (gap) pada celahan Gear Box,Starter Shaft contohnya.Selalunya inilah punca yang menjadi ‘error’ pemasangan balik enjin..lupa letak atau tak pasang washer biasa terjadi di kalangan mekanik  kerana..biasalah sifat cuai.

Kesan lupa pasang washer atau salah tempat pasang selalunya ialah gear susah masuk/tak boleh masuk atau hasilkan bunyi bising dalam enjin selepas siap Overhaul. kesan jangka masa panjang boleh menjadi penyebab Gear Speed pecah.

Susunan Gear Speed pada Gear Box semestinya mahu betul,juga akan berlaku error jika tersilap pasang.Tapi perkara ini jarang berlaku jika anda membuat pemerhatian dengan teliti kerana setiap gear itu dengan jumlah kiraan gigi yang berbeza,ertinya ia tak sepadan jika dipasang pada tempat yang salah.Biasanya kesilapan terjadi hanya kerana kedudukannya terbalik pada gear tertentu.Masalah ini boleh di kesan dengan membuat uji cuba gear selewatnya sebelum ‘naik enjin’.

Lebih mudah untuk permulaan tak perlulah buka semua gear semasa Overhaul,tidak di wajibkan kecuali perlu sahaja.

Sesudah selesai pasang barangan enjin tengah,uji cuba juga dibuat maka sekarang menunggu waktu untuk menutup bahagian ini.Perkara terakhir yang anda buat ialah ‘bubuh’ Gasket baru.

Gasket tengah

Enjin Honda Cub ini masih menggunakan Gasket tengah ya..bukan pakai gam.Gasket lama perlu di gantikan dengan yang baru samada rosak ataupun tidak kerana jika dikekalkan gasket terpakai itu risiko bocor minyak hitam adalah lebih tinggi..letih buka pasang enjin 2 kali..:(

Enjin tengah bolehlah di tutup setelah itu pasang dan ketatkanlah skru pada bahagian ini.

Sampai di sini bolehlah ‘flashback’ post yang lepas untuk proses pemasangan.

Tambahan lagi ulasan tentang membuat Overhaul enjin motor ex5 ini iaitu perkara yang terakhir  sekali ialah menukar Oil Seal.

Oil seal dan Oil Ring baru pada semua tempatnya perlu ditukar supaya nanti tak ada masalah ‘ leaking’.Pastinya gunakan set Oil Seal yang berkualiti adalah lebih baik untuk elak masalah enjin cepat ‘leaking’.

Gambar enjin motor

Penutup proses kerja Overhaul enjin motor

Sampai di sini saja panduan membuat Overhaul yang saya rasa anda sudah untuk terus mencuba sendiri.Jika kekurangan boleh ajukan di ruangan komen di bawah.

Seperkara lagi sebelum kerja Overhaul anda di anggap selesai pastikan buat juga perkara di bawah ini.

Cakap Pomen Motor ;” Selesai sudah pembelajaran mekanik motor  kita pada sebuah enjin Honda ex5.Akan tetapi mungkin saya akan terbitkan lagi pecahan tajuk Overhaul enjin ini supaya lebih detail untuk pembelajaran mekanik motor secara online ini.Inyallah,jumpa anda di TAJUK SETERUSNYA ..”
Wassalam.





Leave a Comment