Gasket adalah kepingan kertas ataupun logam digunakan untuk menutup bahagian belahan enjin bermotor termasuk enjin motosikal.Fungsi gasket ialah supaya enjin tidak bocor,dilihat pada belahan enjin boleh keluar minyak pelincir walaupun telah ditutup rapat dan diketatkan dengan skru.Oleh itu perlulah ada penebat supaya pelincir tidak dapat lolos keluar.
Pada bahagian tertentu enjin motor kegunaan gasket juga untuk menghalang kebocoran angin(compression) khasnya pada bahagian Cylinder Head kerana itu juga gasket pada bahagian ini diperbuat daripada meterial yang lebih keras seperti besi aluminium atau tembaga.Gasket amat penting untuk membaik-pulih pada bahagian enjin bermotor.Proses menukar ganti gasket pula dilakukan dengan pemilihan gasket terbaik untuk hasil kerja yang sempurna
Overhaul Gasket
Overhaul Gasket adalah set gasket untuk kerja membuat overhaul enjin.Terdiri daripada beberapa kepingan gasket untuk bahagian tertentu seperti belahan tengah crankcase enjin,gasket clutch,gasket bahagian head block serta beberapa kepingan lagi gasket kecil seperti ekzos gasket.
Biasanya set lengkap overhaul gasket juga tersedia bersekali dengan O-ring.Kegunaan O-ring adalah untuk menutup sisi rongga kecil seperti lubang aliran minyak pelincir contohnya.O-ring diperbuat daripada getah
Top End Gasket / Top Set
![]() |
Top set gasket |
Top End atau Top Overhaul ialah kerja-kerja membaik pulih pada bahagian depan enjin motor atau lebih faham bahagian pembakaran enjin (combustion) sahaja yang mana tidak perlukan Full Overhaul.Gasket untuk ini adalah separuh dari set gasket untuk buat Overhaul.Dijual berasingan dari Overhaul Gasket khas untuk kerja membuat Top End.
Racing Gasket
Racing Gasket khas bagi enjin yang menggunakan barangan racing.Ukuran barangan racing yang selalunya lebih besar dari standard perlulah disesuaikan dengan gasket racing.Jenis gasket ini lebih berketahanan tinggi untuk prestasi enjin yang sudah dipertingkatkan.Racing Gasket juga boleh dibeli berasingan contohnya seperti 53mm Head Gasket aluminium untuk motor ex5 dengan Cylinder Block Racing 53mm.
Block Gasket Racing pula biasanya dikira berdasarkan saiz lubang Bore dan juga ketebalan contohnya 0.3mm Block Gasket 125zr.Gasket ini menjamin untuk meningkatkan Compression.
Kertas Gasket
Alternatif lain selain set gasket ialah kertas gasket.Kertas ini boleh diguna pakai pada semua bahagian enjin kecuali pada Head Cylinder.Syaratnya ialah anda perlu buat sendiri lorekan lubang-lubang gasket mengikut kesesuaian di mana tempat yang ingin dipasang gasket itu.Kertas gasket dijual mengikut saiz ukuran mengikut kemahuan pembeli.Dikira agak melambatkan proses kerja kita tapi cukup menjimatkan kos.Inilah dinamakan ‘gasket buat sendiri’.
Pemilihan Gasket Berkualiti dan Bermutu
Sudah pasti untuk hasil kerja yang baik para mekanik memilih gasket berkualiti dan bermutu sahaja dari jenama-jenama pengeluar gasket terkenal contohnya dinegara ini ialah NP Gasket/ Sun Gasket dan beberapa nama lagi untuk enjin motor.Kelebihan Gasket jenis ini ialah memberi ketahanan lebih lama daripada masalah gasket bocor.Adapun sesetengah enjin terutamanya enjin 2 lejang adalah tidak menggunakan gasket keping sebaliknya ia hanya perlu sapuan gam gasket,juga berfungsi sama seperti gasket keping.