Masalah motor tak mahu hidup kali pertama
Rileks dulu,memang penat kalau motor tak mahu hidup ni..selepas baca nanti boleh cuba lagi ‘start’ motor tu tengok boleh hidup ke tak.
Ini adalah berkenaan masalah motor tiba-tiba tak hidup buat pertama kali ya,maksudnya semalam motor ok saja,senang saja hidup dan tiba-tiba saja dia meragam hari ini.
Hal pertama ialah pastikan tiada perubahan berlaku pada meter penal atau benda-benda lain seperti horn atau signal semuanya seperti sediakala ya..
Jika semuanya tak ada masalah bolehlah lanjutkan percubaan untuk menghidupkannya.
Cara menghidupkan motor
Ini adalah ikhtiar anda sementara hantar motor terus ke bengkel.Apa yang diperlukan di sini ialah hanya sebatang skrudriver leper(slot )
kerana anda diperlukan untuk membuat sedikit setingan pada karburator.
Kalau sudah jumpa karburator tu terus saja ke bahagian ini
Sudah jumpa skru yang ditunjukan seperti dalam gambar di atas silalah longgarkan atau buka terus skru tersebut.Jika karburator motor berkeadaan baik pastinya akan ada minyak keluar dari karburator itu melalui hos kecilnya.
Biarkan beberapa ketika untuk membuang minyak kotor di dalam karburator itu selesai,anggaran dalam 60ml petrol sudah dibuang kemudian tutup kembali skrunya.
Gunakan sepana yang sepadan supaya skru dan dibuka tanpa loose.
Ke-2 ganti spark plug
Selalunya penyebab motor tak hidup seterusnya ialah Spark-Plug.Berkemungkinan spark telah rosak adalah besar,silalah gantikan kepada spark plug yang baru.Anda boleh periksa ‘api plug‘ jika tahu semasa menukar plug itu.
Harap motor boleh hidup
Itulah 2 langkah awal yang boleh anda lakukan untuk cuba hidupkan motor yang tak mahu hidup secara tiba-tiba pertama kali berlaku.Harapan saya tentunya motor boleh hidup dengan cara ini.Jika dicuba sebaiknya tidak berhasil silalah ke bengkel berdekatan.